Tuesday, July 12, 2011

Meraikan Hari Ulangtahun Dengan Masakan Istimewa Dari En. Suami

Pada 7 Julai yg lepas kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami secara sederhana. Ni kira pre-celebration lah. Yang betul2 punya nanti yer.

Maka pada hari kejadian, keluar lah kami anak beranak, plan mau makan2 dan shopping2 saje. Kita mulain dengan gambar budak yg suka terkangkang ni dulu ye.

 gaya pemalas

Marissa ni kalau letak dia kat dalam stroller ginilah gayanya. Kepala tu kalau tersenget camtu, camtulah keadaannya, takdelah inisiatif dia nak betul2kan kedudukan dia. Kaki tu memang feberet lah cam tuh satu kat atas satu kat bawah.

 ada aku kesah?

Tapi semenjak dia nak dapat kaki ni, tidaklah dia mau duduk lama2 kat stroller tuh. Mula lah dia amukan. Mintak keluar.

 Dukung lah jugak


 me and my noti baby

Takpe noti2 pun mama tatap sayang. Budak ni kan so manja terlebih sekarang nie. Perangai kemain lagi. Tapi kalau melampau sgt perangai tu, mendapat lah jugak.

Ntah kenapa hari tu Marissa ni wat hal pulak. Tak nak duk diam. Asiklah nak berdukung, takpun dia nak lepas berjalan. Kalau pandai jalan sendiri takpe, ni terpaksa pulak kena pegang dia. Letih mak nak. Ingat mama ko ni larat sgt ke. Pastu kalau tak ikut kehendak dia, tak ikut arah mana dia nak jalan, mula nangis jerit2.

Aiyoo, first time ok dia nangis2 jerit2 camtuh. Selalunya kalau kat luar dia behaved jer. Jarang wat kelaku. Siap sebelum tu aku ada cakap ngan asben "seb baik lah anak kita ni kalau kat luar baik je, senang kita". Sekali amek kau. Selalu tgk anak org jer teriak2, selalu kalau anak org teriak2 mula lah aku nak jeling2 kan, sekali anak sendiri pulak yg wat hal. Takpe2 new lesson for mama and ayah, macam mana nak memujuk anak yg tiba2 wat hal kat luar.

Maka layaaankan ajer...

"I want to walk lah mama"

 dalam pada nak berjalan tu, sempat gak nak sentap2

Nak jalan kemain lagi, tapi bila kita cuba lepaskan pegangan tangan, kemain dia brake. Nak jugaklah berpaut kat org. Kan aku cakap dia ni memang manja terlebih.

Eh, apa nie? Katanya citer anniversary, ni balik2 citer budak kecik nie. Apo nak buek, sekarang ni dia je lah yg lebih interprem kat blog nie.

 kita minum dulu lah yo


Eh tang mananya pulak citer asben masak special seperti tajuk di atas? cer citer.. cer citer...

Ada.. ada... ni nak citer lah nie. Eh tak yah citer, kita tunjuk bukti je senang. Ni hah gambar2 asben tgh memasak utk isteri terchenta.



 "ye puan2 kita pastikan air dah mendidih...

 ..... kemudian kita masukkan bahan2 tadi seperti udang, ayam... "
sgt lah tekun. hehe.

Aci tak? Oklah tu kira masak lah jugak kan.  Kami makan kat Johny's saje. Nak pekena steamboat pulak. Tapi tak nyesal lah, memang sedap.

Mula memang lah plan mcm2 nak beli kek, pastu nak makan tempat spesial2 sikit, tapi bila anak dah start wat hal, makanya terjah je lah apa yg ada kat dpn mata.  Tapi for me, ia tetap istimewa.

teruja tgk ayahnya 'memasak'

muka noti

memang noti

Kami makan hari tu pun gilir2, sbb kena pegang dan layan Marissa. Sabar jelah. Selalunya kiterang kalau time makan, makan je sama2 sbb dia leh jer duk diam2 kat baby chair, tapi hari tuh, duk kat baby chair pun dia takmo. Sajelah tu nak kasi hadiah kat mak bapak dia lah tuh agaknya.

Tapi yg sebenarnya, kenapa Marissa meragam hari tu adalah kerana gigi atas dia nak tumbuh. Dia tak selesa lah tuh. Baby lain dah berderet dah gigi, anak aku baru dua batang kat bawah.

Amacam sedap tak masakan saya?

Sambil tersenyum si isteri menjawab..

"sedap.. kalau begitu selalu2 lah memasak yer!"

Memandangkan mood Marissa pun tak berapa nak elok pada hari itu, maka selepas makan, kami pun pulang, agenda lain tidak dapat diteruskan. Huhu. Takpe2..  will continue at next celebration... oye.

Sebelum pulang marilah kita amik gambar anak beranak.

tgk lah marissa tuh.. start dah..





Sekian, ini saje kisah semasa hari anniversary kami yg ke-4 pada 7 Julai baru2 ini.. 
  
Hadiah anniversary?? cam biasalah... cam taun2 sudah gak..

10 comments:

Mak Izz said...

tajuk entry sgt noti tau! ingatkan betulla abg shah masak. skalik masak kt kedai ye. sabor sabor. bdk2 ni makin besau makin byk pe'el. makin cerdikla katakan... raya esok dh blh bjalan la ni. blh catwalk dgn gaun ye syg!

AdanyaKauUntukku said...

seronoknya dapat celebrate cam ni kan.....

ni kat AEON AU2 tu yek Derna..

btw...Happy Anniversary...

Ibu Dhia Danial said...

Happy anniversary again kak... Hihi.. Marissa somel la.. Dah besar makin byk akalnye ye..
Aci la jugak masak steamboat.. Hehe.. Happy tgok family akak..

nadia said...

best nye....hepi anniversary kak..=)

::PoRcUpiNe:: said...

1st skali nak gelak dulu..hahahahahaha...

Alololo marissa....knp ler cute sgt?eheheh...buli mama die..

Btw,kak cantik la akak pkai tudung!Luv it!!!

Softtouch [Hanim] said...

ooo marissa meragam nk besar tu deqna...xpe layankan jer..kwn dia kat ni pun same...

sweetnya clebrate mcm tu...pd sy dah ok sgt tu...semoga bahagia hingga akhir hayat...peluk cium utk marissa

NeenaAnuar said...

happy anniversary my fren!

aku doakan kesejahteraan ko sekeluarga.. bahagia dunia akhirat... aminnnn... ;)

mama-syira said...

Happy Aniversary Derna & Boy. Lama tak jumpe ko Derna. Rindu pulak nak borak2 pasal anak2.

Biasalah Derna, biarlah dia noti janji dia sihat kan. Si Ipan tu sah2 lelaki adoi la memang tak dpt nak makan proper kalo kat luar.

Pepel BoNda AmaNi said...

wah marissa dah dapat kaki..bestnya...amani baru jalan sambil meniti2 kat sofa..n kabinet....melasak xyah cakap la...dalam baby chair pun selamba badak jerk dia bangun sendiri..uwaaaaaaaaaaaaaaa tension makbapak ko nak..kekekekke

misha.w said...

wow! 4 tahun sudah!

happy anniversary to deqna & suami.

semoga kasih-syg bertambah2 dan kekal hingga ke akhir hayat..:)