- Belum pandai berjalan dengan sendiri lagi. Mesti nak berpaut. Tapi kalau ada org pegang dia, berlari pun boleh. Takpe no hurry ye sayang.. kang kalau dah pandai jalan kang harus aku rasa jauh dengan dia, sbb mesti dia nak lepas dan bebas.
- Merangkak aku rasa dia skip kot.. takat tonggeng2 bontot tu adalah.. pastu dia duduk balik.. tak pernah lagi aku nampak dia merangkak.. rugi lah aku tak dapat tgk anak merangkak.. tau2 dah nak berjalan.
- Perkataan yg clear dia sebut adalah mama, kakak, nanny, nenek, buah, cat, buku n a few words lagi lah. Tapi tak berapa pandai sebut ayah, kadang2 jadi yaya.. oklah tu..
- Duduk dah steady dah, tapi berdiri tanpa bantuan belum berapa steady lagi. Mesti dia nak tgk ada org kat sekeliling dia, kalau tak dia gayat sikit nak berdiri sorang. Sgt berhati2 lah kononnya. Ke kurang konfiden? hehe.
- Gigi adalah baru tumbuh 2 batang belah bawah. Yang lain2 belum nampak bayang lagi.
- Walaupun gigi baru byk itu, tapi makan serupa org yg dah banyak gigi. Apa yg kita makan dia pun nak jugak. Tapi takde lah sumernya pun aku sua kat dia. Cuba tuk jaga pemakanan dia, tak nak kasi dia kenal ngan jajan2 or makanan ringan.
- Nasi dia kengkadang aku blender, kengkadang aku kepal2 kan jer. Tapi dia lebih suka kalau tak blender. Feeling dah besar lah tuh.
- Yang tak tahan tuh sekarang ni, kalau kita kasi makanan pakai dia punya pinggan mangkuk, mesti dia geleng kepala siap2, pantang betul dia nampak mangkuk ngan sudu pink dia tuh, terpaksalah aku tuang kat dalam pinggan yg sama kiterang guna. Baru dia nak makan. Padan muka kena tipu.
- Byk gak perangai budak ini. Tak leh pisah ngan teddy pink dia nie. Cer kalau aku amik, berusaha dia dapatkannya balik. Pergi mana2 kena hangkut ini teddy pink, kalau tidak konpom dia tak leh tido punya. Dulu tiap minggu aku basuh, sekarang ni 2 minggu sekali lah aku basuh, sbb takut lunyai cpt pulak. Tu pun kengkadang belum smpt kering terpaksa kasi gak kat dia.
- Dah tau harta benda sendiri. Org tak leh main amik jer barang dia. Contoh dia punya baju, mainan, buku dll. Pandai mintak balik.
- Suka perasan. Biasalah gigirl kan. Pantang kita kata comel sikit, cantik sikit, mula sipu2. Pastu siap2 pegang baju. Nak sikat rambut pun kena dpn cermin.
- Sudah ada perasaan jugak. Pantang tinggi suara sikit mula lah cebik, mula lah teriak. Mula dah nak merajuk2. Tapi dia ingat dia jer leh merajuk, mama dia pun leh merajuk gak. Mana taknya, kengkadang tu suka2 hati jer dia tampar muka kita. Apa lagi merajuk lah mama dia, tapi pandai gak budak ni pujuk... dia pegang balik pipi kita, ataupun kadang dia kiss pipi. Terus syg balik sama dia.
- Sebelum tido kena bacakan buku kat dia. Pastu baca Surah Fatihah, ayah kursi dan doa2... so, dia tau tu time tido lah tuh. Tepuk2 sikit dia pun tido. Tido malam memang senang. Takde ganggu mak pak dia. Tido sampai ke pagi. Subuh2 nanti baru bangkit nak susu.
- Kalau dengar azan berkumandang, otomatik tangan dia letak kat mulut. Tanda suruh diam.. syyhhhh..
- Suka attention lebih.. memang tak leh lah nak wat tak tau kat dia. Pantang dia kalau aku duk tercongok kat dpn pc nie. Time tido pun dia leh spot cek, dia bukak mata sikit, bila tgk org takde kat sebelah terus meniarap sambil merengek. Datang balik kat dia, dia sambung tido.
- Manja, frenly, ceria. Dah pandai flying kiss.
- Mula2 jer cam jual mahal sikit, tapi lama2 dia ok ngan org lain. Nak kata tak takut org pun tak, takut org pun tak. Kena gaya, letih lah org nak melayan.
- Buang air besar pun sekarang ni konsisten lah jugak. Tapi hangen jer aku timenya adalah selepas mandi. Selalunya tengah hari. Elok dah wangi2 time tulah dia membuang. Jarang dia membuang di waktu malam.
- Suka sgt tanggalkan pelekat pampers bila time kita siapkan dia lepas mandi. Tapi kalau time nak mandikan dia, kita suh tanggalkan pampers takmo pulak dia.
- Budak yg kuat berpeluh. Dalam aircond pun leh peluh2. Snow white sgt lah kononnya tuh.
- Oh lupa pulak.. update berat dia.. berat dia adalah lebih kurang 9kg sekarang nie. Timbang masa gi injection hari tuh. Tinggi aku tak pasti. Tak pernah ukur pulak.
Cukup lah ni kot.. apapun tak kisah lah apa pun, lambat itu ker, cpt ini ker, yg penting mama harap Marissa membesar dengan sihat dan sempurna dengan sepenuh kasih sayang yg ayah dan mama curahkan. Mama harap dapat besarkan Marissa sebaik mungkin dan menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat.
10 comments:
agaknya memang diorang nie peel sama la...lepas dah tukar pampers..wangi2 baru la nak membuang...sabar jerk la..kekekekkeke....wah marissa suka baca buku nyek..amani suka koyak buku..ehhehhehehe..
wah dah makin bijak.. banyak akalnye skrg.. haah cpt ke lmbt, yg penting sihat.. mmg smua baby x same perkembangannya kan.. kite pon da sentap2 sikit sbb ade org ckp baby kite da 9 bulan x pandai duduk sendiri.. tp die tengah belajar skrg ni.. pakej skali ngan merangkak..
bijak dah marissa. mcm2 dah pandai skrg..
chomellss lah marissa dgn teddy pink tuu.. :)
da besar dah marisa yer..hurm.bila anak2 da membesar kita pulak rasa rindu time dia baby..hukhuk..
muka Marissa yg menguap tu macam Tweety pulak tgk. comel je. heheheh
bila la dapat jumpa marissa 1 tahun...dulu baby jek...godek godek tgk skrang dah big girl..Insya Allah bulan pose ke ..raya jumpa ek
makin besar n makin bijak marissa ni..yelah betul setiap budak lain perkembangannya..
besaq dh diaaa......
pantas betoi masa belalu..
marissa comei..gerammm acik tgk ha.........
sangat somelll la ini marissa...
Post a Comment