Dah lama tak makan nasi minyak org kawen. Last pergi kenduri kawen masa tgh sarat dulu.
Masa tu memang tingin sangat nak makan nasi minyak. Lepas2 tu bukan takde undangan tapi tak berkesempatan nak pergi. Baru2 ni jugak ada member kawen kat Kuantan sana, tapi tak dapat pergi sbb asben kena kerja. Apapun Selamat Pengantin Baru buat pasangan tersebut.
Tapi kali ni aku nak citer kenduri kawen kawan sekerja iaitu Marie & Boy (nama glamer). Pertama kali gak gi wedding bawak si kecik nie. Mula2 ingat cam takmo bawak jer anak, tapi bawak lah jugak since ada lah sorang tu yg sampai termimpi2 nak jumpa Marissa, so bawak lah jugak.
Majlis bertempat di Ijok sana. Erm.. kalau tak pernah pergi memang rasa jauhlah jugak. Tapi sebenarnya takdelah jauh sgt pun dari Sg. Buloh. Tapi sbb dah sesat barat memang lah rasa jauh. Apanya tak sesat. Dahlah kad jemputan tinggal kat ofis. So, ikut direction dari member thru phone jer. Direction oklah clear. Tapi sesat jugak. Bukan sesat lah actually. Tapi kiterang dah termasuk jauh ke dalam. Apa taknya si member aku ni pun satu, dia kata bila dah nampak loji air tu stret jer jalan sampai nampak pintu gerbang warna kuning. Kami pun ikut lah kata dia. Ada satu pintu gerbang tapi warna hijau. Kami pun terus. So, bajet kat depan sikit sana adalah pintu gerbang warna kuning, tapi sampai ke sudah batang hidung pintu gerbang pun tak nampak. Rasa macam eh napelah jauh sgt ni dulu 8 thn lps gi rmh dia ni takdelah jauh macam ni sekali. Rupa2nya.....
Member dah salah kasi info. Pintu gerbang kaler hijau dikatanya kuning. Memang sampai ke sudahlah tidak ketemu. Sudahnya berpatah balik lah kami.
Dimulai dengan gambar ini
Awas yer, entry ni memang penuh gambar2. Ingat nak letak sikit jer, tapi cam sayang jer. Gambar bapak punyak banyak.
Sesampai jer perut memang dah lapar giler. Waktu tu pun dah pukul 2 lebih. Ingatkan dah tak ramai org dah. Jangkaan meleset. Jemputan yg datang masih bertali arus. Yelah 2 pasang pengantin sekali kan, haruslah org meramai.
Sebelum jumpa pengantin aku terus makan dulu. Makan kena gilir2. Kalau makan serentak sapa pulak yg nak jaga anak kan. Padahal ada jer org yg amik Marissa. Bak org kata dari tangan ke tangan lah. Tapi yelah takkan suka2 jer kasi anak kat org mak pak sedap2 jer makan.
boleh tahan gelojoh
turn asben makan plakMakanan dia memang terbaik lah. Tak macam menu org kawen biasa. Ni siap ada sayur campur, paprik, pecal bagai. Sedap memang sedap.
berlatar belakangkan pengantin
belatar belakangkan pelamin
Dua pasang pengantin yg bersanding kat situ. Pelamin ala2 garden gitu. Standardlah gi rmh org kawen, pas makan haruslah nak bergambar bagai. Marissa lah paling letih kot. Dari tangan ke tangan. Adatlah baby kan. Memasinglah nak bergambar ngan baby.
3 comments:
Marissa memang glomourlah kan..
Nasbib baik tak nagis waktu anti2 berebut nak ambil gambar
Deqna: kaler baju pengantin tu cantik!
kakak ipar fashya pun pegi wedding yang sama..:)
Post a Comment