Wednesday, November 3, 2010

Ini Baru Betul2 Car Seat

Setelah difikirkan perlunya car seat utk Marissa, kami pun sepakat tuk membelikan sebuah car seat utknya. Nak kata kami ni selalu travel pun tak jugak. Kalau travel pun biasa aku pangku jer Marissa. Cuma masalah timbul bila aku or asben nak gi hantar or jemput Marissa ke rmh akak aku. Kalau jemput hantar sama2 takde masalah. Tu yg car seat ni pun jadi. Tapi sampai bila nak guna tilam kan. Sekang dia tgh tak lasak boleh lah.

So, setelah bersepakat, lepas jumpa doktor hari tu kami terus ke Manjaku. Memang nak terus beli dah. Takde nak survey2 lagi dah.


Mula2 cuba yg nie

Si kecik ni cam tau jer nak belikan dia barang. Elok jer dia jadi model car seat kat situ. Kebetulan pulak ada sorang couple kat sana pun nak beli car seat jugak.
Sampai si model kecik ni pun keletihan. Apa taknya kan sebelum tu, dia baru je lepas kena jab. Mama ayah dia pun satu tak sabar2 kan. Sian anak.

sampai tertido gamaknya

Cuba teka yg mana satu kami beli? Kalau ikut asben dia nak kaler pink or merah. Tapi stok nan ado. Maka amik jelah yang hitam nie. Lepas bayar terus suruh org tu pasangkan kat kereta. Since masa keluar hari tu naik kereta aku, maka buat sementara waktu car seat itu dipasangkan kat kereta itu.

Asben sudah tamak. Dia kata dia nak beli dua. Sbb nak letak kat kereta dia pulak. Nasib dapat bini yg tak tamak. Aku kata tak payahlah, lagipun bukan selalu sgt pun nak guna. Car seat tu kan boleh dibuka2, kang kalau nak guna kete satu lagi, tukarlah car seat tu kat situ. Tak yahlah nak beli sampai dua bagai.

Terus dirasmikan

Mem kecik duk depan. Mem besar duduk belakang lah jadinya. Punyalah selesa sampai begini jadinya....


terlentok-lentok

Sian anak aku dah kena berdikari. Duk sorang2. Tapi tapi tuk keselamatan lah jugakkan. So, tak dapatlah nak pangku2 macam ni lagi............



Lupa nak cakap aku beli car seat biasa2 jer. Brand Sweet Cherry jer. Murah jer. Harga sebelum diskaun RM299. Lepas diskaun dapatlah RM239. Tak mampulah nak beli yg mahal2. Jangan tak tau car seat pun sampai ribu raban.

Diam tak diam, dah byk gak barang2 si kecik nie. Ngan strollernya, ngan rockernya, ngan bumbo seat nya, ngan car seatnya. Kang tak lama lagi nak walker pulak... mentang2 lah first baby kan, sumer nak dibelinya. Takpelah boleh dipeturunkan kat adik2 Marissa pulak nanti kan.

9 comments:

Softtouch [Hanim] said...

cantik car seat dia..nismpai 4 tahun pun boleh guna lagi...comelnya marissa nie...geram

dayana said...

ala awalnya u g beli...sekarang ada warehouse sales my Dear until this weekend(6/11/10)..harga more cheaper tau!

dayana said...

ala awalnya u g beli...sekarang ada warehouse sales my Dear until this weekend(6/11/10)..harga more cheaper tau!

Rizziela said...

comel ajer marissa dalam new car seat...boleh nampak kereta kat depan lepas ni kan Marissa

Beautiful Disaster said...

kak, nanti belikan marissa kepala punya tempat pegang tu. tah ape tah nama dia. dia macam ada span kiri kanan kepala. so kepala dia xlentok ke kiri kanan sangat. tegak sikit. comel je. hehehe.

nasaoji said...

huhu..sweet cerry pun jdik pilihan kami..sb murah..plus kualiti..

kak, mner beli hok penghadang panas tu?..kaler pepel tu..

hurrmm..kak, kajian menunjukkan memang baby buh lan walker, cepat jalan, tpi, ianya jugak tak elok utk kaki budak tu, nak2 bila besar, sebab lututnya macam goyah..pernah kuar kat tv3 tang ni..

contoh kakak kt mcm tu, mak kt ckp, ramai2 adik bradik, dia yg pakai walker, tu sampai la, pantang tersilap, jatuh...

hurrrmm... ;)

Unknown said...

hitam putih..lawa2
comel je corak dia
melabur demi anak..takpe, bleh pakai turun temurun

Deqna said...

dayana - warehouse kat mana tuh? kat puchong tu ye?

nasaoji - sunshade tu dapat free jer. masa beli barang2 baby org kedai kasi jer sunshade tuh.. tak salah tu anmum punya kot..

p/s: aku just komen balik yg mana perlu je ye.. yg lain2 tu jgn sentap yer..

mama-syira said...

Memang gitu kekdahnya bila ada anak. Macam2 barang jadi kat umah tu ala2 kedai barang baby. Takpe lepas tak guna, simpan leklok nanti leh bagi adik guna :)