Jadi nak berkumpul satu keluarga adik badik, ipar duai memang susah sikit lah. Raya hari tu pun tak dapat berkumpul sekali sumer. Since adik aku baru balik hari tu, sebelum dia membelanja gelpren dia, kami sumer telah memaksa rela utk belanja kami sumer makan.
mula2 sampai
Tak kuar jauh pun, kali ni saje nak try mkn kat satu tempat yg kiranya baru bukak lagi lah kat kawasan rmh mak aku. Nama tempatnya D'Manggis. Sajelah nak try sbb biasa tgk org ramai jer makan kat situ, sampai penuh tempat parking.
Keluarga aku takdelah besar mana pun, aku ada 5 org adik badik. Aku yg tgh. 3 org dah kawen. 2 lagi belum. Anak buah ada 2 org. So campur2 sumer baru 12 org termasuk Marissa.
Org sibuk nak tgk menu, si Adam pun nak menyibuk gak. Katanya nak order air jus yg ada payung. Budak tu memang suka feeling2 duk hotel.
Masa kat rmh masing2 dah bajet dalam pale nak makan menu yg paling mahal sekali. Sajelah nak pekena adik aku, tapi bila sampai sana masing2 ubah menu pulak, nak makan nasi berlauk pulak. Ingat nak order western pastu, tapi perut dah memenuh terus tak jadi order.
Sian Ain, dia tak sihat time tuh. Badan panas. Tapi tetap gigih gak nak keluar. Nasib dalam peti ais ada lagi cool fever Marissa. So tepekkan kat dahi Ain. Mujarab. Tak lama lepas tu badan dia pun tak berapa panas.
Since ucu yg open table hari tu kita up gambar dia lebih sikit.
Budak kecik nie memanglah pantang nampak kamera. Ada jelah pose yg dia berikan. Apa nak buat, dah ayah dia ajar since dari dalam perut lagi kan.
First time ke sana, rasa cam ermmm boleh lah.. servis memang kedaung. Mungkin org agak meramai so, lama gak lah menunggu. Makanan memang sampai satu2. Air minuman pulak jangan katalah, dah separuh nasi abis, air tatap tak sampai. Mak aku sampai hilang mood nak makan. Sbb tercekik sudah.
Sambil2 boring tu apalagas amik gambar je lah kerja. Sambil2 tu dok diskas kemanakah percutian family tuk tahun ni. Ye ye oo jer kejap nak ke sana, kejap nak ke sini. Plan bagai nak rak. Kita tgklah nanti jadi ke tak.
Marissa tidak berapa kelihatan dalam gambar di atas kerana beliau tgh menyusu. Baik dia malam tu, lepas gedik2 bergambar, dia menyusu, pastu terus ketiduran. Tak mengganggu kami makan. Tak yah gilir2 bagai.
Sementara menunggu, makan otak2 sebagai pembuka selera.
Antara menu yg diorder:
Sbb makanan tak sampai serentak, so ada yg tak diambil gambarnya. Selain tu ada tomyam campur, udang goreng tepung, sotong goreng tepung. Mood nak amik gambar makanan terus merundum sebab dah lapar sgt menunggu dan bengan bila org lain yg baru sampai dah dapat makanan dulu.
Kesimpulannya memang best makan sama2 dengan famili. Makanan ok ke tak ok ker, servis ok ke tak ok ke yg penting dapat bersama-sama. Bila dah makan ramai2 makanan sumer pun jadi sedap.
7 comments:
makan dah best...service kedaunnnnn plak..memang hangen btoi la..poting stim kan...marissa sangat cute..geram tengok dia buat mulut cam tue..heheheh
siakap stim tu mengancam..
Marissa cute laa sis......
bTW nice to meet u.... Deyna.=)
ari tu mkn pun air smpai lmbat..abah sy pun tercekik jgk...mknan oklah kan tp servis kene perbaiki..
bgus marissa, gud girl...comel sgt...skali tgk mcm darissa plak..he he he..perasan saya nie..
wah.. comey sungguh si marissa tu...
grrrrrraaammmm .... sgt2 tgk pp marissa ni... moga jd ank solehah ye..
P/s : Jom support sy.. n ada cbutan juga..
http://miraclesoflifeonline.blogspot.com/2010/11/support-saya-and-anda-berpeluang.html
purplelicious love - memang kedaung servisnya.. nasib org belanja.. so diam jelah..hehehehe...amani pun suka wat mulut gak kan..
atty's - harapkan siakap tu jerlah yg ok ok.. yg lain so-so jelah..
Nids - Thank u sis...terima kasih gak sudi melawat blog ini:)
softouch[hanim] - marissa & darissa kan twin...hehehehehehe
Nur solehah - terima kasih :) InysAllah semoga besar jadi anak yg solehah dan berguna..
p/s: ok kang ada masa saya terjah link tu yer..
Post a Comment