Thursday, July 22, 2010

Cari Kambing.

Sebagai mensyukuri kelahiran Marissa, aku dan suami akan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih kambing utk dibuat Aqiqah.

Maka baru2 ni kami telah berkesempatan ke tempat ternakan kambing utk membeli dan memilih kambing utk dijadikan Aqiqah tersebut.


Citer pasal Aqiqah ni mari aku kongsikan bersama, pengertian di sebalik Aqiqah. Seperti yg aku baca daripada buku lah yer.

Untuk kanak2 lelaki disyaratkan sembelih 2 ekor kambing dan utk kanak perempuan pula seekor kambing. Sebaik2 nya dilakukan pada hari ke-7 selepas bayi dilahirkan jika tidak dpt maka pada hari ke 14, jika tidak dpt jugak lakukan pada hari ke 21. Jika hari2 tersebut masih belum dapat dilakukan, maka ia boleh dilakukan pada hari2 lain yg memungkinkan utk melakukannya.

spesis biri2

spesis gurun

Antara hikmah2 Akiqah:

  • Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah utk menjalankan syariat Islam serta dianugerahkan seorang anak.
  • Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada org tua mereka kelak.
  • Sebaik Aqiqah berbentuk kambing, walaupun ada juga yg menyembelih unta, lembu atau kerbau.
  • Bagi seseorang yg mengetahui bahawa org tuanya belum menyembelihkan aqiqah untuknya, maka dianjurkan utk melakukan aqiqah. Seperti Nabi telah mengadakan aqiqah utk dirinya setelah diangkat sebagai Rasul.
Ini hanya sebahagian sajelah. Ada byk lagi hikmah2nya. Nak list satu2 penat pulak nak taip. Aku copy from buku jer.

Tapi mengapakan aku tulis agak detail pulak pasal Aqiqah ni yer? Supaya besok anak aku dah besar dia boleh baca dan tau lah apa yg mama dan ayah dia buat utk dia. Dan InsyaAllah akan dilakukan pulak utk anaknya pula nanti.

Mana satukah yg kami pilih?

Kami pilih yg ini

dan yang ini

Tapi kenapakah sampai 2 ekor? Kata utk kanak2 perempuan seekor kambing sahaja? Betul. Memandangkan dulu2 mak dan arwah ayah aku tak berkesempatan melakukan aqiqah utk aku, maka aku pun buatlah tuk diri sendiri jugak.

Bersama tuan ladang

Adam yg sibuk nak ikut tgk kambing jugak

Actually, cari kambing ni dah beberapa minggu yg lalu dan time tu aku pun masih tak abis pantang lagi. Tapi gigih jugak nak keluar. Takpelah lebih afdal kalau kita yg pilih kambing2 tu sendiri kan.

Tanda dah confirm

Pada yg kelapangan itu, jemputlah hadir ke kenduri kesyukuran dan Aqiqah yg akan diadakan pada hari Ahad ini kat rmh mak aku. Mana fren2 yg ada dlm my fb, aku dah jemput dah. Details sumer ada kat situ. Thanks yer for the confirmation.

7 comments:

attyfir said...

bagus info yang deqna .tulis nie.
leh marissa atau sapa saje .buat rujukan ..

ensem kambing tuh .

misha.w said...

kalau ade rezeki lebih nnti nak buat utk diri sendrik jugak. :)

NeenaAnuar said...

insyallah aku akan sampai ahad nie.. mesti best dpt makan kambing fresh nie! :D

nasaoji said...

bagus, wat awai2...kt wat raya haji ke-4..nak meriahkan raya haji tu..time tu, anak pun, dah besar.. ;)

Beautiful Disaster said...

kambing biri-biri tu cutelahh.

CidaZam said...

kambing yang first tu brutal oooo

Pepel BoNda AmaNi said...

marissa untie xmakan kambing....xpa la...untie tengok marissa jerk la kan..huhuhu sedey dak ayat??? heheheheh...