Gate utk ke puncak Fraser Hill
Bila sampai kat gate nie hanya satu laluan sahaja yg akan dibuka. Sejam tuk naik, sejam tuk turun. Aku ingat2 lupa lah.. waktu genap utk turun kot, waktu ganjil utk naik. Tetapi selepas pukul 7 mlm, laluan dibuka tuk 2 hala.
Jalan tuk naik ke atas tu takdelah besar mana pun. Boleh lah muat2 sebijik kete. Tapi aku terfikir kalau after 7 dia bukak 2 hala, muat ke tuk 2 bijik kete jalan sekali. Tentulah tak muat, sbb jalan sempit, so para pengguna kena bertolak ansur lah kasi laluan mana perlu dulu. Lagipun after 7 tak ramai pengguna sgt dah.
Tak taulah sape punya kereta. Punyalah perlahan tahap siput babi. Pastu terbrek-brek. Punyalah berderet kereta belakang kereta kiterang. Mungkin dia kali pertama naik ke atas tu kot. Dia takut ada kete kat depan turun lalu bertembung ngan keretanya kot, tu pasal lah dia asyik terbrek2. Mungkin dia tak tau yg waktu tu takde kereta yg akan turun time tuh.
Aku adalah tamak, membooking 2 tempat dalam satu masa iaitu apartment kat Pine Resort dan sebuah banglo utk percutian yg singkat itu. Tapi kami mengambil keputusan utk menetap sahaja di banglo yg besar dan terpencil di atas bukit itu. Ini kerana pintu di apartment Pine Resort tu susah sgt nak dibukak. Mungkin kuncinya sudah rosak.
Bila dah sampai ke tempat penginapan, rasa malas pulak nak keluar2 cari makan. Dengan cuaca petang yg semakin mendingin. Jadi kami, mengambil keputusan tuk masak2 sahaja di sana. Mujur bekalan bhn mentah dibawa siap2. Apa yg kami masak?
Telur dadar
Menu makan malam yg simple tapi lazat; ada juga sambal kentang & ayam goreng ayamas
Selepas makan, kami duduk bergelimpangan di hadapan kaca televisyen, sambil merehat2kan diri dan menghilangkan sakit2 kepala, maklumlah jalan nak ke Fraser Hill tu kan berlingkar2. Mujur aku tak muntah.
Kalau nak duk di sini gi ramai2 syok lah.. kalau gi berduaan tak sanggup aku.. yelah rmh dah lah besar, bilik byk pulak, issyy seram kalau gi berdua. Tapi kalau gi ramai2 tak seram, tapi meriah.
Pagi keesokannya, kami bangkit awal dan amik udara pagi yg nyaman. Akak aku gi bawak anak2 dia berjogging.
Kat sana memang takde ke manalah. Just stay kat sana jer. Sambil melakukan aktiviti2 riadah & bergambar2.
Time main congkak nie memang kelakar tau. Dah lah mak aku pakai kain batik tu wat kelubung kat kepala, sbb mak aku lupa nak bawak tudung sarung dia tuh (tudung segera tu), pastu anak tudung pulak tah hilang ke mana, pastu nak cpt mak aku sauk jelah kain batik tu wat tutup kepala. Boleh aku ngan adik pompuan aku wat lawak. Kiterang duk citer pasal citer "Congkak", kan maknya si Adlin tu berlakon main congkak siap pakai kain batik bagai kan.. Bongok betul kiterang selamba jer melawak tak kira tempat. Dah lah tempat tinggal kiterang tu dah mcm ala2 dalam filem congkak tuh, jauh daripada org sekeliling... Tapi kiterang selamba jer sebab petang tu nak check out dah.. kalau tidak mau malam2 dengar org main congkak.. hahahaha mulut celupar..
Tapi serius memang seronok lah kat sana. Takdelah apa2 kejadian yg tidak diingini berlaku. Yelah sebelum ni ada gak lah dengar org kata Fraser Hill tu keras lah, tempat jin bertendang lah, apalah, yelah tempat yg kurang dikunjungi org. Tapi pada kami ok jer tempat tuh. Sesuai tuk menenangkan jiwa dan raga.
Kami stay satu malam jer kat sana. Pergi hari Sabtu dan check-out hari Ahad. Sbbnya hari Isninnya itu aku kena kerja.
Tak sangka pulak tengah menunggu tu ternampak pulak Malika (kenal sape itu Malika? ala.. yg berlakon cucu betong tu, yg byk kena komen tu). Tak kenal gak? Sheila Rusli lah. Jinggo pun ada gak. Mereka pun lepak2 gak kat situ, sementara nak menunggu gate dibuka.
Sekian, entry aku yg agak panjang selepas mood malas melanda. Tak taulah pasni terus rajin ke malas.
4 comments:
memang sgt2 sesuaii tempat nie tuk merehat-rehatkan jiwa & minda kann... harus aku plan2 nak ke sini lak lah.. dah berkurun abad rasanyer tak menjejakkan kaki disitu..
bestnya cuti2..dengan family...
bila kita bole gi sana beramai2? hehehe... anyway makanan yang korang masak lagi menyelerakan...
hahah persoalan siapa gemuks tu... still shah pegang trofi... heheh bini maintain jerkkan?
kt pernah p bukit fraser, first time p, balik dr ipoh, kr mcm lewt gak time tu, uisshh..time nak turun tu, mengucap panjang, sb dah agak mlm...gelap gila je bila noleh belakang...rs mcm lambat beno nak sampainyer... ngeri ooo...
Post a Comment