Setelah sekian lama tempat aku tidak ditimpa hujan selebat ini.
Tetapi setelah selesai majlis pengkebumian jiran aku yg meninggal dunia pagi tadi, hujan terus turun mencurah seolah-olah mengiringi pemergiannya.
Walaupun tidak lama tetapi cukuplah membasahkan tanah, dan memberikan sedikit minuman kepada tumbuh-tumbuhan dan rumput yg kian kering.
Hujan rahmat bisik hatiku.
**************************************************************************
Pagi tadi, lepas mandi, aku nak bersiap ke ofis, aku telah dikhabarkan bahawa Angah anak jiran aku sebelah rmh telah meninggal dunia.
Angah merupakan mangsa kemalangan langgar lari 5 thn lepas. Angah cedera parah, dan koma selama beberapa hari. Alhamdulillah Allah masih sygkan dia, dan dia sembuh jua setelah beberapa bulan. Walaupun tidak sembuh sepenuhnya. Akibat kemalangan itu Angah tidak dapat melihat, tidak dapat bertutur dengan baik, tidak dapat dapat mengingati dgn sepenuhnya (sungguh ajaib, dia dapat mengingati peristiwa sebelum kemalangan tetapi tidak dpt mengingati peristiwa selepas kemalangan).
Dia bertuah kerana ibu dan bapanya menjaganya dengan baik dan tidak pernah berputus asa melakukan apa saja ikhtiar utk menyembuhkan semula anak mereka. Mereka memang tabah.
Angah memang seorang anak yg baik. Walau keadaan dia begitu, dia masih menghormati org2 tua, masih mampu melakukan ibadah solat.
Emak memang terasa dengan kehilangan dia, kerana setiap pagi ketika emak menyiram pokok2 bunga di halaman rmh, mak akan ditemani Angah yg melakukan fisio di laman rmhnya. Rumah kami bersebelahan. Dia akan menyapa emak. Sungguh baik orgnya. Kalau dia nak masuk ke dalam rmh, dia akan memberitahu "Cik Angah masuk dulu yer".
Pernah satu ketika sewaktu aku berkunjung ke rmhnya dia sedang menunaikan solat duduk di atas kerusi. Pertuturannya memang sukar difahami, kami sangkakan dia berckp kepada kami, rupa2nya dia tgh solat.
Menurut ibunya, walaupun keadaan dia begitu, tetapi dia tidak pernah meninggalkan solat. Dia mampu menguruskan diri sendiri walaupun dalam keadaan yg kurang upaya.
Menurut ibunya lagi, dia baru saja menyambut ulangtahun kelahirannya. Tak salah aku yg ke-24 (tak berapa pasti).
Semalam dia mengadu sakit2 perut, dan demam sedikit. Malam keadaan dia semakin teruk. Dia muntah2 sampai lembik. Keluarganya bercadang utk membawanya ke hospital pada hari ini.
Tetapi Allah lebih syg kepadanya, di saat azan Subuh berkumandang, dia telah pergi buat selamanya.
Aku dapat lihat masa subuh tadi, nampak cuaca mcm nak hujan, mendung dan angin bertiup kencang. Tetapi hujan tidak turun di kala itu. Rupa2nya hujan ingin turun selepas segalanya selesai.
Al-Fatihah buat Angah. Semoga kamu tenang di sana.
p/s: Tetiba aku rasa entry aku ni mcm cerpen pulak. Ini adalah kisah benar yer. Mungkin aku menulis dengan penuh perasaan terus jadi mcm ni.
13 comments:
al fatihah buat angah.
semoga rohnyer di tempatkan di kalangan org2 yg beriman. amin.
Ssugguhnya Tuhan lebih menyayangi dia..AlFtihah..
al-fatihah... sedihnya... org yang mcm tu selalu di sayangi Allah
al-fatihah. semoga roh nya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah...
Allah lebih sayangkan Angah... semoga dia ditempatkan di kalangan org2 yg beriman lagi soleh...
Sesungguhnya Angah anak yg baik... dan dia akan menunggu ibubapanyer disyurga kelak.. insyallah.. amin...
al fatihah..
semoga rohnya dicucuri rahmat..
sedihkan..org yg kurang upaya pun x tggl solat..aku yg sempurna sihat bagai..hampeh aje..
Al-Fatihah buat Angah.. sedih pulak rasa baca entry kali nih.. mmg pagi cuaca mendung..
Aah laa Yang mcm karangan cerpen..pndai mengolah ayat..menusuk kalbu tau bca n3 kali ni huhu..
Al-Fatihah buat arwah Angah,mdah2an dia d tmptkan bsama org2 yg beriman..Amin
al fatihah...dariNYA kita datang..kepadaNYA kita kembali..semoga rohnya dicucuri rahmat..AMIN.
salam singgah..alfatihah..amin
Alfatihah buat arwah...
Tuhan lebih menyayanginya..
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman...
amin...
al fatihah...
semoga beliau tenang di sana..
Kepada semua - terima kasih kerana meninggalkan komen dan juga doa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.
Post a Comment