Saturday, June 27, 2009

Aku Tak Halalkan Dia Sentuh Aku

Memang macam cilaka betul tau. Geram aku. Bongok punya org. Eeeeeeeeiiiiii geram!!!!!!

Semalam aku balik kerja naik komuter. Semalam train ada terdelay sikit ar. Org dah tentu ramai lar. Nasib bila train sampai, dia berhenti pintu dia betul2 depan aku. So, aku dapat gak lah menyelit masuk. Kalau tak memang takde harapan lah nak masuk sbb penuh. Bila pintu train terbukak jer, aku tak yah susah2 nak rebut, sbb org2 kat belakang akan menolak-nolak. Bila dah menolak2 aku pun akan tertolak ke dalam sekali. Tak yah aku susah2. Kes tolak ni satu hal lah. Tapi aku tak kisah lah, janji ko bukan nak amik kesempatan aku kan.

Tapi yg aku bengang giler nie, masa kat dalam train, cam biasa sesaklah kan. Kalau setakat berlaga buntuit tu memang dah biasalah. Berlaga sesama jenis ar. Tapi kalau berlaga ngan lelaki harus dielakkan lah. Tak kuasa aku.

So, masa aku berdiri, kat belakang aku memang aku tau pompuan. So, aku cam tak kesahlah kalau belakang aku terkena/tersentuh ngan belakang dia. Yelah, train pun penuh, takkan aku nak berlapang-lapangan pulakkan.

Nak dijadikan cerita, aku terpandang badan aku belah kanan (kat bahagian pinggang lar), cam ada tangan sedang berpaut. Aku pelik lah tangan sape pulak kan? Aku ingat kan pompuan kat belakang akulah. Pastu aku pusing belakang. Rupa2 ada sorang mamat sial sedap jer berpaut kat aku. Babi betul! Bila dia dah perasan yg aku dah terperasan terus dia lepaskan tangan dia. Pastu buat muka tak bersalah. Macam sial sgt.

Aku pulak terkejut lah. Tak tau nak buat apa. Nak bersuara tak berani. Takut kang aku pulak yg dimalukan. Aku cuma pandang dia dengan renungan tajam sambil mengatakan stupid kepada dia.

Serius dia memang buat muka biasa jer, sambil balas balik pandangan aku tu. Nampak cam lelaki biasalah, ada rupa sumer. Takdelah nampak cam lelaki yg gila seks. Geram betul aku. Memang aku haramkan dia kalau dia memang sengaja mengambil kesempatan menyentuh aku. Kalau tak sengaja lain citer lah.

Ikutkan hati memang aku nak keluarkan jer hp pastu amik gambar dia. Pastu papar gambar dia letak dalam blog nie. Tapi aku takut. Aku sorang ketika itu, buatnya time aku amik gambar dia pastu tetiba dia mengamuk "ko pehal amik gambar aku?!" pastu nanti dia rampas hp aku pastu dia buang, camne? Kalau ada geng tu aku berani lah sikit.

Pasni aku akan lebih berhati-hati lagi. Kalau ada org wat camtu lagi, aku akan pijak kaki dia dengan tumit kasut aku. Pastu kalau aku berani aku akan jerit "Awas, kat sini ada org gila seks!" Kalau tak berani aku cakap dalam hati jelah.

10 comments:

Yaniez said...

isy2...
teruk tul laki tu...
syukur la kak tak apa2 kan..
lelaki skrg ni jangan di cabar, takut dia buat benda lain...
tapi memang bengang kan sedap2 sentuh orang cam tu...
eeeee geramnyeeee

NeenaAnuar said...

eeee... memang babik itu jantans!!

kalau boleh lar kite tanyer org camtuh... "Woiii!! kalau mak @ adik @ kakak ko kene cam apa yg ko buat nie ko suka ker??"

lepas nie ko harus lebih berhati2 yerr.. marilah kite berdoa supaya tangan jantan cilaka tu kudung sbb meraba org sesuka hati..

Suki Cida said...

oh... sokong neena... hati2 deqna... jangan melawan atau kurang ajar dengan org macm tu... sbb takut diorg buat benda yang bukan2... apa-apa pun hati tau

TiNiE said...

huhuhu..sabaq na...
nasibla..yg pasti ko kena hati2 selalu ek...

Deqna said...

Yaniez - memang teruk sakit hati betul ngan jantan tu tau... tulah sekarang ni macam hal kat luar sana.. kita pulak yg jadi takut nak bertindak..

NeenaAnuar - memang babi.. elok org tu kena selessema babi kan..

tulah camne kalau bini dia yg kena kan? tgk gaya cam dah kawen lah orgnya.. nampak cam org2 terpelajar tapi takde sivik... geram aku nie..

wah tapi ko lagi hebat.. doa dia sampai kudung tangan..hehehe... tulah harap dia dapat pembalasannya...padan muka dia!

Deqna said...

Suki Cida - tulah Cida kan.. dia yg buat salah kita pulak yg jadi takut ngan dia.. memang lah sekarang nie.. tu pasal mcm2 kes berleluasa.. pastu org ramai pun sekarang ni mana lah nak bantu satu sama lain kan...

Tinie - tulah aku kena more careful pasnie... cumanya aku memang tak perasan time dia pegang tuh.. tah berapa lama lah dia pegang.. mangkuk betul!

Hasra_Razali said...

Penah terkena kes cmni...masa tu naik bas...tp walaupn hati tu marah, ntah nape, cm takde "keberanian" nk mluah kan kata2...esihhh...!

Deqna said...

HasraRazali - tulah kita memang geram dan marah sgt time tu kan.. tapi tak tau nak buat camne kan has kan?

Pinkjambu said...

ewwwww... kurang hajarrrrr la sangat.. iskhh.. selalu org2 gini mmg akan buat muka xbersalah jek, mcm xde apa2 berlaku.. setan je pangai!!

Deqna said...

bulan - memang kurang ajar.. tak terfikir ke yg dia tu ada bini, adik or kakak yg pompuan.. bengong.. tu mesti dah desperado sgt tuh..