Petua 8P Ustaz ah Siti Nurbahyah
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.
"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"
Source: forwarded email (yg tukang forward adalah ryn)
Wah wah... ada forum perdana lak kat blog aku ni yer.. takpe aku sebenarnya nak relate kan dengan apa yg aku nak citerkan ni. Entry ni sebenarnya aku nak tuju kat asben aku sebagai penghargaan dan pujian (petua ustazah tu) dari aku atas apa yg dia lakukan semalam.
Semalam dia tak kerja. Yg bagusnya laki aku ni walaupun aku takde kat rmh maupun ada kat rmh dia jarang2 nak kuar berpoya-poya ngan kengkawan. Dia lebih suka duk kat rmh. Melayan anak bini. eh mana datang anak tu?? anak buah lah.. hehe. Kalau kuar nak lepak2 ker, mesti ajak aku punya.
Semalam tanpa disangka, tanpa disuruh beliau telah mengemas bilik tidur dengan sekemas-kemasnya. Maklumlah semenjak ada rmh baru, bilik sendiri (kat rmh mak) dah kurang diberi perhatian. Memang tak sempat nak kemas2, lap2, sapu2 atau apa saje yg sewaktu denganya, cuma sekadar kemas cadar jer.
Tapi semalam aku balik kerja, the moment aku bukak pintu bilik jer, aku rasa bilik aku lapang jer. Rupa2nya si suami telah bertungkus lumus mengemas & membuang barang yg menyemakkan bilik. Barang aku ngan barang dia memang byk sampai tak muat bilik. Takde sebutir habuk pun di atas lantai. Wah respek tul aku dibuatnya.
Selain itu, bakul pakaian juga kelihatan kosong. Wah cuci kain sekali... hebat... skius me aku tak suh ok laki aku wat tu sumer.. aku tau tu tugas aku, tapi dah dia nak buat, buat ajelah kan.. kang ada lak kata aku queen control lak. Baju putih kesayangan aku pun dia basuh gak. Seb baik takde kesan luntur ngan baju lain. Kalau idak mau meroyan aku. Maknanya pandai laki aku mengasingkan pakaian berwarna dan tidak. Good job dear:) Thank u so much & I appreciated it.
Dah tu jer sesi memuji laki sendiri. Korang pelagi gi lah puji laki memasing. Petua tu..... tapi aku cam suka P yg ke-7 tu lah..
10 comments:
wah. rajin arrr boy. yer yer. sy tkg forward emel. spe nk emel, meh btau sy meh. byk ni info2 bgune. muahahaha.
gud info deqna... erm insya Allahkan...
wah baguslah en shah... basuh baju, kemas umah... alas sesekali toong menolongkan... ermmm tak tahu la zamani macammana... adakah dia rajin macam en shah? kalau sama mmg saya gemukkan... semua kerja suami buat... ehehehe...
Beautiful Disaster - bagus2 forward lagi yer email2 yg berguna tu.. yg tak berguna pun tak pe taw..
Suki Cida - jgn lupa praktikkan yer cida... InsyaAllah zamani juga jenis begitu..
alhamdullillah...kesemua 7 pertua tuh sememangnyer ade dan diamalkan dlm rumahtangga aku.. syukur... ;-)
Deyna... Sememangnyer laki ko ngan laki aku banyak tol persamaannyer....
meringan beban isteri yang turut sama membantu mencari rezeki...luv u so much.....from hubby
Neena Anuar - syukur lah kita dapat laki yg begitu yer neena.. hehe.. ada satu lagi persamaan.. nak aku reveal kat sini tak?? hehe takleh wat malu suami kan?? kih kih kih..
Deqna - to hubby - love u tooo.. so much ok.... miss u..
miss u too...hubby...
tak leh deyna.. tuh nanti dah kire kite "mengaibkan" laki kite laks! hehehehee... berdosa!
Neena Anuar - tapi kalau kita diamkan diri tentu mereka akan teruskan tabiat mereka tu.. hehehe...
haa.. tuh ar pasal!! ahaks!
Post a Comment