Sunday, March 1, 2009

Dia memang Suka Dimanja & Dibelai

Aku lupa nak citerkan yg sekang ni kat rmh aku dah ada kucing. Yelah semenjak kehilangan kucing aku dulu, takdelah kucing kat rmh aku wat seketika. Sehinggalah kucing ni asben ambil dari rmh dia. Tapi kucing ni manja sesangat.

Siapakah yg landing baik punya nie??

Asal nak tido jer mesti berbantal. Pastu pandai2 jer kepala kat atas bantal..


Inilah dia Buyeen..

Nama kucing ni Buyeen. MIL aku kalau bela kucing mesti letak nama Buyeen. Dah berapa byk kucing mesti letak nama yg sama. Ain & Adam suka betul ngan Buyeen sbb dia ni manja sgt. Apa taknya kalau petang2 si Ain layan kartun si Buyeen ni harus tido kat sebelah, pastu si Ain ni mesti siap2 selimutkan dia.

Masa mula2 sampai dulu berapa kali derang tanya aku nama kucing nie. Aku cakap BUYEEN. Tapi bila aku dengar budak2 ni panggil kucing tu BUDEN. Buden sudahnya nama kucing tu. Patutlah kucing tak layan derang mula2. Hehe.

Lagi satu yg kelakar, pagi tadi aku bangun lewat sikit. Yelah dah tu Isnin sampai Jumaat dah bangun awal, kasi can lah weekend bangun lewat sikit. Tgh sedap2 tido, si Ain dah mengetuk pintu bilik aku. "Ayang cepat selamatkan kucing kat atas bumbung!".

Aku pun bangunlah jugak. Rupanya dua2 kenit sedang menjalankan misi menyelamatkan si Buyeen yg takut nak turun dari bumbung rmh. Cute jer aku tgk si Adam yg menghulurkan tangan konon nak sambut kucing tu. Dah macam citer wonder pet pulak. Kami tak besar kami tak kuat.. bila bekerjasama kami jadi kuat.......yg penting berkejasama.. lebih kurang lah lagunya

Aku tlg lah budak2 tu. Memang kucing ni penakut nak turun. Bukan tinggi nar pun. Buyeen hulur sebelah tangan eh kaki eh tangan ke kaki? Apa2 jelah yer... aku capai lah suh dia lompat, tapi dia undur balik. Byk kali gak percubaan dia nak lompat tak jadi.

Tetiba dapat satu akal satu jer akal ko?. Aku amik kusyen kerusi kat luar tu. Aku tampunglah dari bawah suh kucing tu lompat. Cuba teka dia lompat ke tidak? Yes.. akhirnya si Buyeem lompat kat atas kusyen tu. Terus dia berterima kasih ngan aku. Dia tak cakap tapi dia leser2 jer. Buyeen ni memang suka cium2 org pastu org tak panggil pun dia selamba jer lompat atas kita & duduk atas riba. Very the manja.. i loike...
p/s: Kesayangan asben aku tu... pergi balik kerja harus dia cium dulu.

5 comments:

Beautiful Disaster said...

kak, make sure boy cium akak dulu br cium kucing. kang melekat pulak bulu kucing nnt. hahaha.

Suki Cida said...

eee demuknya kucing tu!!!! kalau la zamani nampak ni, dia confirm teringat anak dara dia yang ilang tu... hahah nama terus budin... lawak tul!

Deqna said...

Beautiful Disaster - tulah apa2 hal bini mesti didulukan.. kalau tak gi tido luar..huahuaha

Suki Cida - tak berapa gemuk kucing ni sbb dia makan memilih.. nak friskies jer.. nasi tak main.. p/s: mana hilang nye kucing zamani tu?

Yaniez said...

wah... comelnye...
teringat la kucing kat umah...
bukan kucing akak jek cam tu, tido kepala atas bantal.. kucing sy pun suka wat cam tu.

Yang bestnye.. dia amik tempat tido sy.. elok jek kepala kat bantal.. huhu..

Deqna said...

Yaniez - kucing sekang ni memang pandai2 belaka lah.. tido pun memilih...