Wednesday, January 14, 2009

Shopping-Shopping

Last Saturday ari tu aku gi Sale Preview kat Sogo ngan mak, akak & adik aku. All ladies. Laki masing2 tak ikut, termasuklah laki aku. Derang sumer sibuk nak tgk bola Selangor vs N. Sembilan.

Sampai jer kat Sogo masing2 berpecah. Masing2 ngan haluan sendiri tuk menyoping. Aku pun bergerak sendiri mencari-cari barang yg aku inginkan. Sebenarnya takde mende pun aku nak beli tapi nak gak buang duit tuk diri sendiri. Yelah semenjak 2 menjak ni kiterang asyik spend tuk rmh jer, sekali sekala kenalah belikan sesuatu utk diri sendiri kan.

Hasil rembatan aku ialah 2 helai baju dan sehelai short. Lepas habis beli barang2 aku, aku terus tuju ke Men's Department utk membeli barang yg dikirim oleh asbenku. Terpaksa aku menebalkan muka mencari seluar kecik asben aku tuh. Dahlah kat situ sumer lelaki. Ada pun seorang perempuan menemankan anak bujang dia membeli 'spender'. Suka hati asben aku jer suruh2 aku belikan nie, pastu demand pulak tu, asyik2 nak renoma jer. Sekotak jer 30 ringgit lebih, kalah aku punya tuh..

Mak aku pulak sibuk mencari handbag. Handbag murah2 dia tak nak, harus nak yg ratus2. Ikut perangai aku lah tu kot. Patutlah bila aku beli beg mahal2 (taklah mahal sgt pun sebenarnya) dia tak bising2 rupa2nya dia pun sama. Nak cari beg seketul pun makan masa tuh.. aduh layankan ajer. Bkn apa mak aku bengang pasal hari tu masa raya dia ada beli beg, baru bape kali pakai ada jer yg dah tercabut. Tulah sape suruh amik yg display? Tulah mak aku kalau kenan yg itu, yg itulah jugak dia nak.

Sambil2 tu aku sempatlah rembat sehelai comforter jean perry yg sangatlah murah. masa tgh jalan2 kat tgh2 tu dengar org cam terpekik2 wat lelongan, oh rupanya ada happy hour sale. Derang offer comforter tu dalam tempoh 10 minit dgn harga RM110, sebelum atau selepas waktu tu harganya ialah rm189 (after less). Aku apa lagi terus rebut2 sekali. Comforter tu kalau normal price biasa 5 6 ratus gaklah.

Akak2 aku pulak sibuk cari barang masing2. Sedar tak sedar hampir kul 11 kiterang kat sana. Seb baik hari tu waktu perniagaan dipanjangkan sehingga jam 11 mlm.

Selain hasil2 shopping yg diperolehi, aku juga mendapat voucher sogo sebanyak 90 ringgit. patutnya leh dapat 100++ tapi akak aku lambat kasi resit kat aku. Aku lak malas nak beratur lagi. Kalau dah sampai seratus voucher nya, korang kiralah berapa kiterang berabis dalam sekelip mata??

p/s: satu gambar pun tarak...

6 comments:

dakgilachoc said...

pergh ni mesti misi mengabiskan duit secara besar2an erk deqna..haha...asalkan hepi sudahla..heh!

fazemy said...

Wahh shoping sakan..I penah beli handbeg dgn cara 10 minit tu..berebut dgn makcik2..siap tolak2 lagi..kah2..hasilnya dptla sebijik handbeg..ghee

Suri said...

lama giler tak pergi sogo!! mcm best jer.. :p

Deqna said...

dakgilachoc a.k.a nani - haha habiskan duit secara berhemah sebetulnya... eh shopping mesti hepi tau.. hehe

fazemy - citer pasal rebut2 ni saya pun dulu pernah berebut ngan satu kakak tu, tapi saya tak mengalah still nak gak beg itu...sape cepat dia dapat mar...hehe

Suri - saya selalu, yelah ofis pun sekangkang kera jer ngan sogo nie.. haruslah jadi customer setia..

Suki Cida said...

syok.... best kalau shoppingkan...

Deqna said...

suki cida - shopping memanglah syiok... bahagia jer rasa dapat shopping