Senaraikan 5 hadiah yg anda impikan:
Sebelum tu, dengan tak malunya aku nak cakap aku terima jer apa2 hadiah yg org bagi. Tapi untuk memudahkan korang (kalau ada org nak kasi aku hadiahlah) cari hadiah utk aku, refer je lah list kat bawah nie yer:-
1) Rumah Banglo
2) Notebook
3) Menang peraduan juta2 dgn tanpa disangka-sangka
4) GUESS handbag
5) Tiket Penerbangan percuma ke mana sahaja untuk seberapa ramai (Bkn Air Asia punya, Air Asia aku blh beli sendiri)
Senaraikan alasan atas pilihan itu:
1) Yelah kalau sendiri nak beli mesti tak dapat punya, kalau dapat pun bila aku dapat hadiah yg no 3 tuh.
2) Walaupun dah ada satu, tapi mcm tak syioklah sbb kadang2 asben pun nak guna sama. Ada 2 senang sikit.
3) Boleh beli rumah banglo. Hehehe. Taklah bkn tu jer, mcm2 aku leh wat dengan wang sebanyak tu. Selain itu, kalau dah dapat juta2 aku rasa aku lak akan hadiahkan hadiah kat org lain pulak.
4) Saje tak nak impi yg melampau sangat, kang takde sape yg larat nak hadiahkan kat aku, at least Guess handbag ni kira tak membebankan sangatlah.
5) Boleh bawak family aku & family mertua, jalan2 serata dunia. Gi Mekah ker..kan..
5 Impresi terhadap orang yang diminati:
1) Berbudi bahasa
2) Sopan santun
3) Hormat org tua & org sekeliling
4) Pandai jaga hati org
5) Tepati janji
Perkara hebat yang pernah dilakukan:
Kahwin. Kenapa kahwin? Adalah.... Tak yah taulah korang.. hehe..Takpelah aku gitau gaklah sikit. Akhirnya kawin jugak aku dengan dia, walaupun mula2 kenal tak terfikir dia nak amik aku jadi bini dia & yg paling penting 95% majlis kawin aku diuruskan oleh aku sendiri.
5 Ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju):
1) Segala-gala ciptaan Allah S.W.T
2) DVD kahwin aku
3) Blog
4) Handphone
5) Mekap
5 perkara yang dibenci:
1) Traffic jam
2) Komuter buat hal, pastu penuh gila b*bi, pastu ada bau ketiak.. eeii..
3) Org bersin / batuk tak cover2 men lepas je kat depan org, pastu terpercik kat org
4) Org yg suka citer belakang2 & tak abis2 jaja citer kat org
5) Cakap benda yg sama berulang kali
5 orang yang mahu di tag:
Ryn (opis mate)
Tini (saje nak suh dia update sikit blog dia tuh)
Cida (Member baru ni)
Cempaka (Member baru gak)
You! my silent reader (Aku tau ramai gak yg diam2 baca kan, kalau korang ada blog korang buat yer, pastu gitau aku)
Aduh... letih gak yer nak siapkan tag ni yer... akhirnya siap jugak. Sian laki aku sampai tertido-tido tunggu aku.. Aku dah ngantuk huargggh.. nak tidolah good nite.. eh good morning..
********************************************************************************
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2. Teristimewa buat ibuku dan ibu mertuaku. Dua2 aku syg sangat... mmmpphh..
7 comments:
oooo impian awak sangat tinggi, even handbeg guess saya sendiri tak mampu nak pakai :( kesian yek... anyway saya tertanya jugak sebab kawin tuh... uhuhuhu...
byk2 inpian tuh..suka sgt no.3!! best betul klu dpat berjuta2 duit tuh!! Erk..nak pikir impian sy pulak nih...
Cida & Cempaka: jgn lupa siapkan tag ni yer...
salam sis :) kita kan dah wat tag tuh..kita silent reader sis..tp hari ni tershout out plak..hehe
Hai adique.. tadi kita pun msk blog awak, tgk2 awak buat tag tu.. thanks yer... tadi pun kita dah drop komen kat blog awak, tapi dunno where goes wrong, komen tu tak kuar lar...
sis :) ekcelikan...kita ada 2 blog..yg blogspot tuh mcm hidup segan mati tak mahu..so kalo pape, sis juz drob by kat kisahadique.blogdrive.com je eh :)
adique, o baru kita tau awak ada dua blog, tapi so far memang masuk kat blogdrive ajer... nanti kita cuba lagi drop comment yer...
Post a Comment