Dari hari ke hari aku nak berdating ngan asben, rasa cam dah lama tak dating berdua-duaan, tgk wayang ker, bowling ker, karaoke ker, tapi tak jadi2 gak. Hujung minggu aku byk dihabiskan bersama-sama keluarga. Tapi takpe, daripada kuar berdua baik kuar ramai2 ngan family gitu kan.. Keluar berduaan any time pun boleh, ngah malam pun boleh; tgk midnite. Yg penting ada masa utk bersama family.
Left to Right: Aku, Adik aku, Ain, Akak aku (sambil dukung Adam) & Mak aku
Si Adam ni tetiba jer nangis2 kat tugu, rupenya dia takut tengok tugu yg besar tu.. so kejap je kiterang kat situ, kemudian kami ke sini pulak....
Aku pulak yang beria memilih. Chiffon tetap menjadi pilihan aku.
Kite ke Lake Garden pulak... korang main2 lah puas2 kat sana
Lepas shopping2, jalan2, malam tu pulak kiterang makan kat Kg Baru. Sebenarnya program hari ni adalah untuk meraikan mak aku sempena sambutan Hari Ibu. Kiterang adik badik tong2 duit belikan apa yg mak aku nak & sama2 belanja makan. Alamak gambar masa makan2 takde lah pulak, almaklumlah masing2 dah kelaparan.
"Selamat Hari Ibu Mak, kami sumer sayang mak, terimalah pemberian kami yg tak seberapa itu"
p/s: Baru aku pasan gambar asben aku takdelah, yg nyata dia ada bersama-sama kami, sibuk mengambil gambar
3 comments:
Bagusnye semangat patriotik korang. ish ish..terharu. aku pun tak penah jejak tugunegara. hehe.
thn lepas baru jer menjejakkan kaki kat tugu negra tu...betul la, time kecik2 dulu rasa cam tak penah pegi jer...
Mama-Syira: patriotik tak patriotik sgt lah... hehehe..ayat cover line bwk anak buah jenjalan
Chempaka: Dulu masa kecik2 pergi pun join rombongan sekolah, kalau tak takdelah..
Post a Comment