Tuesday, May 13, 2008

Hari Bersama Keluarga & Mother's Day

Dari hari ke hari aku nak berdating ngan asben, rasa cam dah lama tak dating berdua-duaan, tgk wayang ker, bowling ker, karaoke ker, tapi tak jadi2 gak. Hujung minggu aku byk dihabiskan bersama-sama keluarga. Tapi takpe, daripada kuar berdua baik kuar ramai2 ngan family gitu kan.. Keluar berduaan any time pun boleh, ngah malam pun boleh; tgk midnite. Yg penting ada masa utk bersama family.



Cuba teka mana aku bwk mereka ni sumer?



Eh, si Ain tu tiru aku punya pose ke ape?
Left to Right: Aku, Adik aku, Ain, Akak aku (sambil dukung Adam) & Mak aku




Hahaha.. ke Tugu Negara aku bwk family aku jalan2? Oklah tukan, jgn ingat kita duk KL ni kita pernah jejak kat situ.. korang ado? cam akak aku tak pernah langsung jejak kat situ tau. Tapi sebenarnya saje nak bawak si kenit2 tu, kata nak memupuk semangat kenegaraan gitu..





Si Adam ni tetiba jer nangis2 kat tugu, rupenya dia takut tengok tugu yg besar tu.. so kejap je kiterang kat situ, kemudian kami ke sini pulak....

Ke Jakel.. Ala kedai kain tu. Akak akulah, sibuk nak cari kain tapi alih2 satu pun tak dibelinya.


Aku pulak yang beria memilih. Chiffon tetap menjadi pilihan aku.

Selamba ajer budak berdua ni wat tempat tu cam rumah derang jer.... ok .. ok korang boring yer...jom ayang bawak gi sini pulak..



Kite ke Lake Garden pulak... korang main2 lah puas2 kat sana


Lepas shopping2, jalan2, malam tu pulak kiterang makan kat Kg Baru. Sebenarnya program hari ni adalah untuk meraikan mak aku sempena sambutan Hari Ibu. Kiterang adik badik tong2 duit belikan apa yg mak aku nak & sama2 belanja makan. Alamak gambar masa makan2 takde lah pulak, almaklumlah masing2 dah kelaparan.



"Selamat Hari Ibu Mak, kami sumer sayang mak, terimalah pemberian kami yg tak seberapa itu"

p/s: Baru aku pasan gambar asben aku takdelah, yg nyata dia ada bersama-sama kami, sibuk mengambil gambar

3 comments:

mama-syira said...

Bagusnye semangat patriotik korang. ish ish..terharu. aku pun tak penah jejak tugunegara. hehe.

chempaka said...

thn lepas baru jer menjejakkan kaki kat tugu negra tu...betul la, time kecik2 dulu rasa cam tak penah pegi jer...

Deqna said...

Mama-Syira: patriotik tak patriotik sgt lah... hehehe..ayat cover line bwk anak buah jenjalan

Chempaka: Dulu masa kecik2 pergi pun join rombongan sekolah, kalau tak takdelah..