Wednesday, December 19, 2007

Syukur

Rata-rata semua staff kat tempat aku kerja ni tersenyum gembira kerana habuan yang masing2 terima hari ini. Tempat kerja aku telah memberikan bonus yang tertinggi pada tahun ini berbanding tahun2 yang lalu.

Aku tidak terkecuali. Hampir tak percaya bila melihat payslip diri sendiri. Betul ke nie? Tapi apapun aku amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas kurniaan yang diberikanNya ini. Alhamdulillah.

Aku juga berterima kasih kepada bos aku yang memberikan aku penilaian prestasi yang agak bagus. Thank you boss. Penilaian prestasi ini amatlah penting kerana kadar bonus yang diperolehi adalah berdasarkan dengan penilaian prestasi. Syukur juga, my hubby also get good assestment. Dia punya bonus pun alhamdulillah. Mengikut pengiraan aku, bonus yang diperolehi tahun ini melebihi daripada 4 bulan gaji, tahun2 sebelum ni paling tinggi pun 3 bulan lebih jer.

Apapun harus diingat setiap rezeki yang kita perolehi ada sebahagiannya hak org lain. Insyaallah itu aku tak lupa.

Dalam hati: Takde niat nak beli apa2 cuma nak menyimpan ajer.

No comments: