Saturday, December 15, 2007

His Birthday

Sempena birthday darling hubby on 1 December 2007, I would like to wish happy 27th birthday to him.. sebenarnya dah wish pun masa 1hb hari tu, kali ni nak wish kat dalam blog lak. Masa birthday dia hari tu, aku adalah celebrate sikit2 ngan family aku terutamanya anak2 buah aku. Kebetulan derang pun ada kat rumah hari tu.

So, untuk suprise party yang tak berapa surprise itu aku telah membelanjakan sebiji kek secret recipe dan KFC.. simple jer pun... takpelah at least ada gak lah kan..

Aku juga telah memberikan dia prezent berupa sehelai seluar jeans Levi's. Since dia memang berminat menambahkan koleksi jeans Levi's nya itu. Mula2 plan nak kasi dia sun glass, tapi tup2 kedai optical yang aku nak pergi tu tutup masa hari kejadian, so hadiah telah berubah kepada sehelai seluar. Tidak cukup dengan itu, aku juga telah menghadiahkan diri aku sendiri sehelai seluar dari jenama yang sama (tambah lagi koleksi aku).

Like his last year's birthday, aku hadiahkan hubby hp since hp dia selalu jer kong, asal cakap je putus, aku pun fed-up tu pasal lah aku kasi dia hp. Tak cukup dengan itu, aku juga telah membelikan diriku sendiri sebuah hp juga time tu. Ni sumer kerana hasutan kawan baik aku tulah, ada ke patut dia cakap "baik ko tukar sekali hp ko tuh. Bapak aku pun dah tak pakai pun hp tu". Berpandukan kata2 semangat dia tu, aku pun terjebaklah jugak menukar hp ku itu.

Kesimpulannya, setiap apa yang aku hadiahkan untuk dia, setiap itu juga lah aku hadiahkan untuk diriku sendiri (tapi tengok budget time tu gak ar). Sib baiklah birthday hubby aku ni hujung tahun....tengah bonus..hehehe


Dalam Hati: Birthday aku dan hubby berkongsi bulan. Apa kejutannya untukku?... tunggu...

No comments: