Friday, July 24, 2015

Bersalam-Salaman Di Pagi Hari Raya

Tahun ni turn beraya di rumah mertua. Dah dua tahun berturut-turut sebelum ni beraya kat rmh mak. Patutnya tahun lepas turn rmh mertua, tapi asben kerja time raya, so aku stay je lah kat rmh mak. So, this time around kena raya sana lah. Ala takyah nak kecoh sgt lah, bukan jauh pun, kalau ikutkan hari raya pertama tu pun memang kami cover dua2 belah pun, cuma turn pagi raya tu je lah. Nasib lah kawen ngan org dekat2 jer. Tak yah gaduh2. Hehe.


 Ni lah family potrait yg semenggah sikit rupanya. Yang lain2 sumer tak jadi. Kalau jadi pun adalah a yg ada, ada yang takde, sorang lari sana, sorang lari sini

Dengan pertambahan anak2 ni memang tak samalah cam dulu2, lar nie nak selfie laki bini pun payah inikan pulak nak kumpul bebudak tu sumer. Amik gambar je pun leh jadi letih ok.


 keluarga mertua ku

Nak dapatkan gambar family ni punya lah hazabedah. Kelakar sgt. Mula2 dah dapat lah shot satu family, tup2, bila tengok gambar ada sorang takde, anak buah asben tah ke mana pulak menghilang. Puas mencari satu rmh, rupanya tengah main laptop atuk kat dalam bilik dendiam. Terpaksalah amik sekali lagi. Maka dapat lah gambar seperti di atas. Seb baik jadi. Seb baik anak2 pun sporting. Rasa paling over si Marissa tu lah kot kemain moncong.

Tahun nie lengkap adik badik asben sumernya ada beraya sekali. Cumanya suami adik ipar yg tiada sbb kena bertugas pagi raya tu. Alhamdulillah tahun ni bertambah 2 cucu En. Jamil dan Puan Nora.

adalah satu gambar selfie suami-isteri nie

wefie ngan anak2



 nak ajak Inara wefie sekali amatlah payah, tah apa lah sgt dia sibukkan, sudahnya kami bertiga jelah


 dah besar dah anak dara ni

Tak sah kalau pagi raya jika kita tak bersalam-salaman mohon kemaafan sesama keluarga. So, sesi salam-salaman dimulakan oleh asben. Ni pun actually nyaris2 lupa nak salam sbb memasing sibuk dah nak keluar beraya ke Raub kononnya. Tapi alih2 tak jadi pergi sampai kat Gombak jalan jammed gila.
 mohon ampun maaf dari ayah & mama


Lepas asben turn aku plak. Cam biasa lah aku tak reti nak cakap panjang2 cam asben. Aku punya kata2 short & sweet jelah. Hehe.

 with father in law. Ni jelah ayah yg aku ada sekarang nie. Eh Marissa tu kemain terjegat kat situ, tak sabar tunggu turn lah tu. Dia kan suka drama dan ratu air mata juga.

 with super sporting MIL. Inara pula yg tercegat di situ.

 Marissa punya turn pulak. Tapi kali ni takde pulak adegan air mata. Mungkin dia segan kot bila sumer og gelak tengok video tahun lepas punya. Kemain tacing lagi dia time tu.

 adik baby with atuk

 Inara with nanny. Inara ni memang copycat nanny dia.

 kena terapkan dari sekarang sesi salam2 ni sumer kat bebudak. Kang dah besar esok tak delah kekok or terlupa nak buat.

 Semoga dimaafkan segala salah dan silap sepanjang menjadi isteri

 Disebabkan pagi raya tu tak dapat bersama dengan keluarga sendiri, maka kami just berwasap je lah gambar keluarga masing2 dan ucap selamat hari raya. Walaupun tak dapat bersama tapi ada gak gambar kami sekeluarga. 

my beloved family

Lepas salam2 dan dapat duit raya masing2 maka keluar lah kami pergi beraya ke rmh sanak saudara. Lepas habis beraya petang tu aku balik rmh mak pulak, nak beraya kat sana pulak. Cam biasa kat sana first raya memang lah full house sentiasa. Tak menang tangan mak aku. Nasib ada adik yg membantu. Oh ya lupa nak cakap this aku dapat duit raya lagi dari asben, ayah dan Mr. Bos. Alhamdulillah rezeki. Ok sambung citer raya di lain entry. At least, siap gak satu entry raya.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Assalamualaikum. Salam lebaran buat kengkawan semua. Hari ni macam rajin pulak nak post citer raya. Tapi sebelum tu just nak post gambar ni jer. Tahun lepas aku janji nak up entry raya tapi satu pun nan ado rasanya. Time tu kemalasan melanda. Rupa2nya simptom pembawakan. In Sha Allah tahun ni rajin sikit kot.



Gambar curi dari fb adik ipar aku dgn statusnya berbunyi "setiap tahun bertambah cucu :)"


p/s: Tengah gigih menyiapkan entry Raya 2015 dengan harapan tidak tersimpan lama di dalam draft.

Monday, July 13, 2015

Percutian Pertama Kali Buat Zahira

Ok tengah transfer gambar dari dalam hp ni hah. So, apa kata kita update lah blog sekali. Gambar adalah tidak mengikut susunan hari kejadian.

Aku cuti bersalin hari tu amik 3 bulan. Dua bulan pertama tu memang tak ke mana lah, melainkan gi klinik gi check kuning Zahira. Dia pun kena pro-longed jaundice gak cam Inara gak. Letih gak lah berulang-aling ke klinik pada bulan pertama kelahiran dia. Citer pasal kelahiran, kuning, hospital, klinik bla bla.. kita citer kat entry lain. La ni nak citer pasal gi cuti2 ke PD. Balik2 ke PD, balik ke PD cam takde tempat lain kan, dah tu, tu jer yg dekat. Lagipun tak sesuai lah nak jalan jauh2 ngan budak2 ngan baby lagi.


 Mee udang

Petang2 kami jenjalan kat Teluk Kemang. Duduk2 tepi pantai sambil jamu selera. Nampak org makan Mee udang terus rasa nak order jugak. Tapi tak meet my expectation, kuah dia tak panas. Aku kalau kuah2 ni suka panas2 baru lah puas nak makan.

 Kue tiau goreang seafood

Sedaplah pulak tengok nya.. tambah lagi tengah puasa2 nie, sumer lah nampak sedap kan.



Cam biasa kalau ke PD kami menginap kat resort ofis aku. Time tu pokok mangga kat situ tengah lebat berbuah. Rezeki kami gamaknya, pekerja kat situ hantar kan satu bekas mangga yg telah dipotong bersama2 dengan sambal coleknya. Mak aiiii sedap kemain.

tgk gambar ni menjejes ailio

 kat gerai makan kat teluk kemang

 Marissa yg happy sbb lama sgt tak dapat jalan2 masa mama dia pantang


amik angin petang di tepi pantai

pengalaman pertama buat Zahira

 Pagi2 di resort main bubble di tepian pantai


 Sebelum mandi-manda di kolam, bawak budak2 ni main pasir dulu.

 I love Mama katanya

 3 beranak

 nampak tak water fountain tu? Tinggi kemain

Dari belakang resort tempat kami menginap tu memang nampak dengan jelas Lexus Hibiscus Hotel. Lexus Hibiscus ni baru siap dan tak open sepenuhnya pun lagi. Tapi dah open lah for public. Yang mana belum siap tu tak bukak lah lagi, yg dah siap dah boleh duduk dah. Syok wo, setiap unit ada private pool. Pastu berada di atas tengah laut.

 alahai baby nya lah Zahira time nie. Baru habis pantang kot aku time tu

 water chalet lexis hibiscus

 Tido 

 jaga

Time2 tu memang Zahira memang tido jer kerjanya. Tambah lagi kalau berpangku, memang syioklah dia tido. Cuba sekarang nie, suka sgt berjaga malam, kengkadang tu dari pukul 3 pagi dah berjaga, buntang jer mata tuh sampai lah time kita nak sahur. Pastu sibuk nak sahur sekali.


Gi bercuti, takde nak buat aktiviti apa pun sangat, just lepak2 jer atas katil.


 kiri kanan buli adik





 kemain lah ayah gulung rambut adik ngan towel

 eh bff pun ada gak join. dia dtg lewat sikit.. 

 ni aktiviti wajib pada anak2 

 adik baby duk dendiam kat tepi pool yer

 ala... saya nak join gak

 berendamlah kome

Sebelum pulang, kami sempat singgah ke Lexis. Ramai nya lah org time tu.  Takpelah kita lepak2 jer kat situ. Ada mini cinema tuk budak2, boleh lah lepak kat situ tengok movie.



 moi and family

amboi kemain bulat mata tu dik. Si Inara pulak memang lah tak lekang ngan botol susu




Sebelum tu ingat nak singgah makan kat Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood ni, tapi sayangnya tutuplah pulak. Teringin sebenarnya nak makan kat situ lepas tengok Jalan2 Cari Makan hari tu. Takpelah takde rezeki, next time kita gi yer.



Ok tu jer update cuti2 PD. Rasanya ntah kali ke berapa ntah kami ke sana. Tetap lah tak jemu2. Demi anak2.