Thursday, April 19, 2012

Kereta Baru?

the steering

 
the pemandu

the penumpang


I'm sowi.... too lazy to update blog lah nowadays.  Rasa nak tido jerr.... mengantuk.. menguap... cam niee...







Rasa2nya siapa kah gerangan empunya kereta ini? kereta baru en. suami kah? 

OKlah update lite2 utk hari ni.... ku ketiadaan idea utk menulis panjang2.... babai :P

Tuesday, April 17, 2012

Ziarah Luar - Ladang Kurma & Bukit Uhud

Dari Masjid Quba kami meneruskan perjalanan ke ladang kurma. Kat sana jugak ada kedai yg menjual beraneka jenis kurma.

dalam bas

Mentang2lah rombongan kami dalam 27 org sahaja, maka bas pun tidak lah penuh sgt, jadi suka hatilah memasing sorang amik satu seat.
bajet comel ke pun??

Lupa nak cakap, sepanjang kat Madinah dan Mekah (walaupun citer Mekah lum kuar lagi) aku suka sgt tau, rasa takde tekanan jer bila nak keluar mana2, biasa kalau nak keluar mesti nak fikir nak pakai baju apa, tudung apa, pastu mesti paling tidak pun mesti kena pakai bedak, lipstik.... isy... kengkadang rasa letih nak bersiap jer, tapi kan masa kat sana kat takyah pun fikir tu sumer, sarung jer jubah yg ada, pastu kalau nak senang pakai jer telekung....yg lagi best memang sikit pun tak jaga muka sgt2, takde lah nak berkrim ke berbedak ker.. muka memang togel cam tu jer... walaupun sebelum tu kemain lah beli sunblock lah ape, tapi aku tak pakai sgt pun, lagi selesa tak pakai apa2, sbb kat sana walaupun panas, muka adalah tidak berminyak dan melekit. Ai loike. Yang penting kalau boleh sentiasalah dalam keadaan berwudhuk, supaya senang tuk kita bersolat di mana2 masjid yg kita singgah.
cuaca agak terik sedikit tapi masih nyaman, cover Marissa dengan shawl, yelah budakkan tu tak leh nak silau2

 
di depan kedai kurma


Aku tak ingatlah pulak apekenama kedai nie, tapi yg pasti kedai ni memang khas tuk jemaah dari Malaysia/Indonesia. Kot. Sbb aku tak nampak pulak bangsa lain kat sini. Pastu siap ada tulisan "Selamat Datang" instead of Ahlan Wasahlan, mana tak terasa berada di bumi Malaysia. Pastu pulak peniaga2 dia pulak sumernya cakap melayu. So, tak perlu lah ko nak berbahasa2 Arab tanya harga. Anyway, berapa riyal dalam bahasa Arab ialah Kam Riyal?


beraneka jenis kurma

Kurma yg paling femes haruslah kurma Ajwa kerana ia adalah kurma Nabi. Nabi juga pernah mengubati pesakit dengan kurma Ajwa. Harga2 kurma di sini boleh tahan lah jugak mahal dia. Ingatkan kat Arab kurma murah lah kan, tapi kalau nak tau sekilo kurma ajwa berharga daripada 80 riyal ke 120 riyal. Bergantung kepada gred. Kita beli yusof taiyoob kat Malaysia pun leh dapat 10 hengget kan. Tapi yelah mana nak sama dengan kurma yg kita beli terus dari tanah Arab ni kan. Tapi kan, berapa byk tapi daa.. tak semestinya jugak kurma ni berasal dari Tanah Arab jugak sbb kalau bukan musim dia, dan tentu2 jugak kurma ini adalah diimport dari negara luar.
rasa jangan tak rasa

Kat sini jugak, kita boleh jer nak try ataupun rasa apa jua kurma atau manisan2 lain yg dijual di sini. Ia adalah percuma dan halal. Makan sampai lebam lah kalau ko mampu. Tu pasal agaknya harga kat sini a bit pricey sikit. Kot.


Cokelat kurma yg sedap dan best pun ada kat sini jugak. Rugi pulak beli sikit. Tapi takpelah sikit2 pun dapat gak kasi jiran2 dan kawan2 sikit.

tak sopan sungguh anak dara ini.. hehe


Marissa sgt memberikan kerjasama semasa berada di sini, dia duduk jer kat dalam stroller tuh, sambil tu dia makan buah2 kurma yg memang melambak kat sana. Seb baik lah Marissa ni jugak jenis suka makan kurma.

Oh ya peniaga kat sini jugak menerima ringgit malaysia. Tapi kita rugi sikit lah, sbb dorang amik lebih sikit lah. Oh ya 1 riyal adalah lebih kurang 1 ringgit kita jugaklah. Ada jemaah dari Indonesia tu, kemain dia borong kurma kat situ, sekali cashier tu bagi tau total adalah 6 juta rupiah. Terkebil2 aku dibuatnya, aku yg terkebil bukan org yg membeli tu, org yg beli tu rilex jer. Beli kurma sampai berjuta ok. Dan dibayar dengan duit rupiah jugak oleh jemaah itu. Ko bayangkan berkepuk-kepuk duit yg dia bawak.

mintak org tu siap2 wat packaging supaya senang nak dibawa

 


Dari ladang kurma kami dibawa ke Bukit Uhud dan Jabal Rummat pula.

Ni gambar2 dari dalam bas.




Walaupun keadaan kering kontang tetap tetap ada jugak air terjun buatan di celah2 bukit di tepi jalan

jalan raya yg tenang


dah sampai



diberikan penerangan oleh Mutawil

khusyuk mendengar

Sedikit info mengenai bukit uhud ini. Di Bukit Uhudlah terjadinya perang Uhud.

Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.


Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.






Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.






Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.






Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.






Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.






Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Menurut sumber dari Syiah, dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Tetapi sumber ini tertolak sama sekali kerana ia dilihat sebagai sikap memburukkan dan memfitnahkan, malah tiada hadis yang sahih mengenai hal ini. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.






Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya. ~ Wikipedia





sape nak naik dipersilakan

kami sekeluarga









Arab sesat.. haha

Mira fefeeling nak jadi mak arab. Taklah dia selsema, pastu nak halang debu pakai lah niqab ni. Aku pun ada beli satu masa kat Masjid Quba tapi tak pakai lah, saje nak simpan.

di puncak bukit


Kat bawah bukit2 ni jugak terdapat cam pasar lah jugak, ada byk peniaga di situ.

kurma-kurma

 
cengginilah keadaan pasarnya



Kami tak lama pun di sana, sbb kami kena bergegas pulang utk menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi.
menerai selendang yg dibeli

anak daraku yg sgtlah baik sepanjang waktu lawatan


Dalam perjalanan pulang ke hotel, dari dalam bas, kami ditunjukkan dari dalam bas, tempat2 yg bersejarah yg lain.

 






Aku tak buh caption sbb aku ingat2 lupa nama masjid2/tempat nie.

Oklah sambung lagi yo....