Mak bapak Marissa adalah excited nak bawak Marissa kuar gi shopping. Padahal kuar shopping tak yah bawak baby lagi senang, tapi tujuan sebenar nak bawak Marissa kuar jenjalan.
Aku boleh katakan yg anak dara aku ni pun cam aku gak kot. Suka shopping. Elok jer dia duk diam2 bila mama dia sibuk pilih2 baju. Pastu bila kita acukan kat badan dia, kemain lah dia sengih. Suka ajer. Sbb dia suka terpaksalah jugak beli kesemua yg dicuba. Hehehe. Alasan..
sonok bawak budak kecik nie
bila dah letih apalagi tido lah..Gitulah keadaannya. Tido kat mana2 pun jadi. Tapi bila dia terasa lapar mula lah.....
menangis
Standard lah baby kan. Mana ada baby tak nangis. Dah tu jer cara dia nak berkomunikasi. Ermm nampaknya Marissa sudah lapar.
at baby's roomSatu aku suka kat Jusco ni ialah kemudahan ni lah. Senang utk yg beranak kecil. Memang selesa kalau nak tukar pampers baby ke, nak feeding baby ker. Kalau kita nak tumpang tido sekali pun boleh. Hihi.
Senang.. tak yah nak bawak botol segalaWah berani mati aku letak gambar tgh breastfeed. Takpe bukan nampak pun. Sekadar nak support seruan "breasfeed your baby".
Muka Marissa kelakar
Aku macam dapat rasakan yg Marissa cakap "huh... tak abis2 nak amik gambar"
again...
dah kenyang, dah tido
Kalau camni Marissa behaved macam nie, next time mama bawak jalan lagi eh. Apa barang yg dishopping yer? Haruslah baju2 Marissa. Tidak ketinggalan 3 pasang kasut mama dia.
Shopping2 jugak, kewajipan jgn dilupakan. Sudahkah anda membayar zakat fitrah? Kat Jusco memang ada kaunter pembayaran zakat.
Selesai sudah tanggungjawab
Biasanya asben bayar zakat kat Imam masjid kat rmh aku. Tapi hari tu sbb tgk kaunter kat sana lengang jer, so utk mengimarahkannya asben bayar kat sana. Mana tau kot lepas tu org lain pulak menyusul. Niat utk membuka jalan.
Tapi memang betul pun. Lepas asben bayar, ada org lain pulak yg turut beratur nak bayar. Alhamdulillah.
Marissa kini sebahagian daripada tanggungan ayah dia
Lepas shopping kami pun balik. Penutup citer yg asal boleh jer. Huhu.