Tuesday, December 23, 2008

Last Day

Aku ke Penang idaklah lama benor, cuma 3 hari 2 malam jer.... cukuplah tu kan dari takde.. InsyaAllah tgh plan next trip pulak kalau boleh jauh sikitlah pada penang nie..


Pagi sebelum check out tu, bawaklah budak2 ni gi mandi laut & main pasir dulu.

Layan jelah tah pebenda lah yg dibuat oleh budak2 nie.. nak kata istana tak de rupa pun...





Biar jelah 2 beradik ni buat apa yg derang nak





Mira ngan abg ipar aku jer berendam.. yg lain2 sanggup jadi pemerhati saja, kerana risaukan kulit bertukar kaler..

tgk tak abis dua beradik ni main pasir...



dah.. dah cukup tu. nenek dah panggil naik....


Takkan gambar org jekan.. aku nak gaklah...



Berlatar belakangkan tempat penginapan

dah puas main pasir jom balik

haha aku pose cam apa ntah... koser..

Lepas tu, kami pun bersiap sedia utk pulang.

Ke Pesta

Malam kedua di penang kami ke Pesta pula. Ala pesta apa lagi kalau tak Pesta Pulau Pinang. Setau aku lah kan pesta penang ni setiap hujung tahun ada. Kalau salah org penang tlg betul kan yer.. sbb dulu aku gi hujung tahun, ada gak pesta nie.


Ke pintu masuk tapak pesta. Waktu dibuka dari jam 6.00 ptg hingga 11.00mlm (klu tak silap lah)

Bayaran masuk yg dikenakan. Apa korang ingat free??
Kiterang sampai agak awal. Lebih kurang kul 6.30ptg kami semua dah terpacak kat pintu masuk tu. Malas nak balik resort dulu, kang kalau balik kang langsung malas nak kuar semula. Apa lagi masuk jelah. Waktu tu pengunjung pun tak ramai lagi.

Menanti hari malam. Yelah bila malam baru cantik sikit tmpt tu ngan lampu2 segala. Tapi seb baik tempat pesta ni ada kemudahan surau & toilet sumer..

seperti biasa, pose je lah manjang....

Oh ya, kat dalam tapak pesta ni ada macam2 jualan. ala lebih kurang karnival jom hebohlah kiranya... pastu ada tempat mainan cam kat fun-fair tu, tapi mainan dia tidaklah se cikai fun-fair2 biasa tu, mainan kat sini memang hebat2 gak lah setaraf gak lah ngan genting.... rumah hantu pun ada gak.

Ini adalah Istana Minang.

Kat dalam istana ni adalah sedikit sebanyak pameran mengenai masyarakat minang.

Dalam byk2 mainan yg ada mainan yg ala2 eye on malaysia ni jelah yg aku berani naik. Yang lain2 aku rasa leh wat aku sakit jantung.. Ain pun naik sama, dia mana reti gayat ke takut.. sumer dia nak lenjan


Ini game utk budak. Yang ni aku berani gaklah naik tapi giler apa aku nak main mainan kanak2

Actually byk lagi game yg ada, tapi bateri kamera tidak mengizinkan pulak. Ada game tu aku tengok pun boleh wat urat perut aku putus... ngeri siot.. ada sorang pompuan tu lepas turun dari main tu terus pitam..

Ain yg bertambah mesra ngan adik ipar aku. Apa taknya si Mira ni rajin melayan dia..

Lepas shopping2 sikit kat sana, lps main game sumer, kiterang tgk konsert pulak. Tak taulah kumpulan apa yg perform, tapi rockers lah....

Masa kat tapak pesta tu jugaklah si Ain telah mengepau mak. Mcm2 lah dia nak, kejap belon lah, pedanglah. Ibu dia tak kuasa nak melayan haruslah dia mengendeng kat nenek dia pulak...

Perbualan yg tak boleh bla antara ain ngan mak aku:

Ain: Nenek, ain nak beli belon tu lah...

Nenek: Ala.. beli2 kang bkn nak main pun...

Ntah apa yg ain pujuk2 akhirnya mak aku pun menuruti gaklah permintaan cucu dia tu..

Tiba kat tmpt org jual belon tu...

Ain: Nenek, ain rasa ain tak nak lah belon nie, Ain ingat belon ni kita beli kasi kat Adam jer.. Ain pilih belon ultramen.. adam suka...

Nenek: Suka hati lah...

Ain: Nenek, belon kita kasi adam, ain ingat ain nak bola gegar lah.... (ada bola tu, bila kita gang dia cam bergegar2)

Nenek: Ko ni betulah kasi nenek bergegar....

itulah kisahnya si Ain tu yg pandai main politik ngan mak aku... konon nak kasi kat adam, yg sebenarnya ayat je lebih tu, tapi bila dah beli tu sumer jadi dia punya.

Line Clear & Pasar Chowrasta

Kalau ke Penang adalah tidak sah kalau tidak mencuba nasi kandaq (sbt dengan idgham sekali ok) kat Line Clear ni.


Perut dah lapar kembali.. jom kita gi makan pulak.. jalan2 cari makan

Tgh mencari-cari di manakah Line Clear itu

Akhirnya ketemu jua. Kedainya ala2 sahaja. Tapi pengunjungnya adalah ramai sekali.

Berlatar belakangkan Line Clear - blh dipanggil warung tetapi dia nye fofuler kalah restoran

Kalau ke penang sila cari ini yer korang

makanan dah nak abis baru tingat nak amik gambar.. yelah bila kelaparan menguasai diri..


Masing2 makan dengan licinnya. Aku nak gitau korang, kalau makan kat sini korang biar jelah mamak tu campur pelbagai kuah kat nasi korang tu walaupun korang dah pilih apa lauk yg korang nak tu. sbb kalau korang tak letak kuah2 tu, rasanya kurang clear sikit... ni mamak tu cakaplah


ada berani?? aku tak amilah ikan nie.. takut aku nak makan kalau camni rupanya


kat sini, korang takde can lah nak cedok makanan sendiri, sumernya mamak2 tu yg akan amik kan... korang cakap jer nak apa


Masing2 kepuasan dan kekenyangan melampau

Harga pun berpatutan sahaja. Tapi ni bil bukan utk sumer...


Tgk tu berbaris tu org nak membayar... memang ramailah org luar penang yg makan kat situ..
Selepas perut masing2 dah kenyang, kiterang pun terus ke Pasar Chowrasta utk menyambung semula agenda membeli-belah.. Alah sekadar jeruk2 sahaja. Kat sana beraneka jeruk yg dijual dengan harga yg murah. Pilih sahaja segala jenis ada di situ.

Mak tgh pilih2 jeruk

Aku pun ngah memilih gak...


Adam makan jeruk sambil berkerut. Kat sini korang boleh jer try nak makan jeruk tu, pastu korang pilihlah nak jeruk mana satu


Akak aku pun beli gak...

Kelihatan bangunan Komtar dari Pasar Chowrasta ini

Inilah pasar lama yg juga salah satu tempat yg dituju bila ke Pulau Pinang

beraneka jenis... sila kecur air liur masing2...


Masing2 dengan beliang masing2..


Ok siap beli jeruk sumer... pasni nak ke mana pulak?

Selepas itu kami teruskan agenda ke tempat lain pulak.


Bukit Bendera & Kek Lok Si Temple

Alang2 dah sampai penang ni haruslah nak ke Bukit Bendera. Since aku tak pernah lagi jejak ke sana. Dulu gi pun tak sempat nak melawat.
Apa2 hal sebelum keluar harus breakfast terlebih dahulu.

Menu breakfast kami pada pagi itu ialah roti canai dan maggie kari. Roti canai tu beli lah kat mamak, maggie tu masak sendiri sahaja.

Siap makan sumer teruslah kami semua ke Bukit Bendera. Tetapi alangkah malangnya nasib kami sumer kerana tak tau yg Bukit Bendera telah pun ditutup buat sementara waktu utk kerja2 baik pulih. Dapat tgk dari luar jelah gamaknya. Takpelah janji ada gambar.

Takpelah gambar kat signboard pun jadilah

Bukit Bendera dari jauh


Memasing frust sbb tak dapat naik kereta kabel yg perlahan itu

Setelah tidak dapat menaiki ke Bukit Bendera, kami sumer terus pergi ke Kek Lok Si Temple. Mesti korang terfikir apa kejadahnya nak gi kuil tu kan. Actually Kek Lok Si Temple ni adalah salah satu tempat yg menarik gak di Penang nie.

Inilah templenya. Utk ke temple itu, sepanjang perjalanan terdapat gerai2 yg menjual pelbagai cenderamata, beg, pakaian dan byk lagi


Kat sini aku ada seleralah sikit nak beli2 barang sikit. Lagipun kawasan cam sejuk jer, takdelah rimas2 walaupun gerai zink jer.. mungkin kerana kawasan bukit kot.. adalah aku beli selai dua baju tido dari sini..


Selain pakaian terdapat juga pelbagai benda yg pelik2 dijual di sini. Antaranya gambar seperti di bawah. Sila pastikan ketika korang tgk gmbr ni korang tidak makan atau minum atau sebagainya. Jika korang seorang yg penggeli sila kuar dari sini secepat mungkin.
Ini adalah antara benda pelik yg dijual.



Isy kotor blog aku dibuatnya akibat gambar ini.... uwek geli sei.. ada ke taik pun nak dijualnya..


Gerai2 di sini terletak sepanjang nak mendaki bukit ke Kek Lok Si Temple tu... panjang gaklah gerainya itu. Tapi kiterang tidaklah sampai ke kuil tu. Cuma sampai kat tempat kura2 nie jer

Kat belakang aku ni ada byk kura2 kat dalam kolam yg keruh nie. Sekali tgk cam batu jer.. Tak taulah apa kepercayaan derang bela kura2 kat temple..


Sapa nak kasi makanan boleh beli sayur yg disediakan disitu

Kalau nak shopping kat sini kena pandai bargain. Korang boleh dapat harga 75 peratus dari harga asal.


Mira ngan adik aku ngah memilih barang utk dibeli.


Kaum lelaki cam biasa, cuma jadi pengikut setia sahaja. derang ni mana ada nafsu nak shopping cam perempuan kan..
End for this entry. Pasni ada lagi. Ala aku saje nak share ngan korang, sok korang nak jenjalan kat penang dah taulah kan sikit sebyk pasal penang...