Thursday, November 13, 2008

Seksi Ker??

Wah nampaknya permainan tag telah kembali berleluasa, pas satu, satu aku kena tag.. kali ni mummytobe ni lak yg tag aku, tag seksi pulak tu...

1. - Tangkap @ sertakan 3 keping gambar anda yang anda rasakan paling Sexyyyy..
2 - Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan..mungkin anda rasa senyuman anda masa itu adalah sexy..sertakan!!!
3 - Nyatakan kenapa gambar itu begitu sexy di mata anda?
4 - Tag 5 rakan-rakan anda yang sexy..
5 - Selamat bersexy!!

Aiyoo...aku ngaku, aku ni idaklah seksi... tapi aku wat gaklah tag ni supaya tak menghampakan permintaan mak yong ni kan. Utk menyempurnakan tag ni takdelah aku pun terus gi amik gambar pose seksi2.. ni aku carilah dari koleksi peribada aku.. wah peribadi katanya..

Setelah ditapis-tapis ni sajelah gmbr2 yg berjaya melepasi tapisan oleh lembaga penapisan filem. tetiba lak kan. Jadinya untuk tayangan umumlah (U) jelah yer.. takde maknenya 18SX ke apa yer..


takdelah seksipun sebenarnya gambar nie... tapi pada aku seksi, sbb tu muka aku original tanpa mekap ok & paling penting tanpa mandi ye tuan2 dan puan2... pastu aku berjaya mengstimkan asben aku (walaupun memang dia kalau amik gambar mata selalunya gitu)


Ni gambar kira paling latest lah... seksi tang jelingan mata & senyuman yg boleh menggegarkan jantung.. tui.tui.tui.. pasan giler... actually baju ni leher dia luas... kira kalau duduk2 memanglah jatuh leher dia sampai ke lengan... tapi aku tak sanggup nak meletakkan ia di sini demi menjaga hati dan perasaan suami yg tersayang lagi dihormati...

Dengan ini aku dengan rasa tak berapa seksinya ingin memberikan tag ini kepada wanita2 seksi ini pula.. Sila lah buat yer.... kalau tak aku nak majuk tak update blog... padahal ada korang nak kisah..hehe
Wanita2 seksi tersebut adalah.
  1. PearlEJ
  2. Peeja
  3. Sukicida

Pastikan anda2 sumer letakkan gambar2 yg paling seksi ok.. me love it...nakal aku kan..

Wednesday, November 12, 2008

Cerita Kawen Shima 1

Shima ni sebenarnya salah sorang kawan aku yg agak rapatlah kat tempat keje aku nie. Aku kenal ngan dia sbb dia ni dulu satu intake ngan aku. Dia ni bolehlah dikategorikan seorang yg ramah mesra.. memang ramai kawan lelaki, semua dia layaan.. tapi jodoh lebih memihak kepada Jeff. Walaupun satu masa dulu kemain dia menidakkan hubungan itu.

Sudahlah panjang pulak mukadimah aku nie..

Ok seperti yg korang sedia maklum last weekend aku ngan asben turun Pontian utk wedding derang berdua nie. Aku ngan asben gi berdua jer since ramai yg nak gerak hari Ahad. Aku ngan asben gerak Sabtu sbb niat nak bantu2 dia sikit. Yelah time aku kawen dulu, selain Watie dialah yg banyak membantu aku. 2 malam dia tido rmh aku.

Kiterang gerak hari Sabtu petang. Sebelum gerak ke JB singgah kat Dewan Tan Sri Mahfoz kat JKR dulu, jumpa MIL & FIL, derang ada function kat situ. Yg sebenarnya kiterang singgah kat situ sbb nak tukar kereta. Family asben yg suh tukar kereta katanya selesa sikit utk perjalanan jauh. Kami ok jer. Tapi rasa membazir pulak sbb kete besar2 hanya diisi 2 org penumpang sajer.. padahal boleh naik sampai 8 org. Abih apa nak buat dah takde sape nak ikut kiterang.

Tapi walaupun 2 org jer.. kereta itu tetap penuh dengan barang2 kami. Penuh dgn bantal. Boleh member aku ni kirim bantal utk bilik pengantin dia.. sabajelah.. pastu suh kiterang bawak siap bantal & toto sendiri, takut tak cukup, maklumlah sedara mara kan ramai.

Tepat 4.50 ptg sabtu kami gerak ke JB. Tak singgah mana2 pun cuma singgah buang air jer sekali. Sampai Pontian lebih kurang pukul 7.00malam. Sekejap dah sampai kan... apa taknya kereta 2.7 lah katakan. Agak gelap dah waktu tu. Tu yg sampai terlajak tu. Aku sampai gaduh2 ngan asben, dia tuduh aku tak reti tgk map. Yg sebenarnya bkn salah aku salah map tu, sbb dlm map tu kata ada kilang, puas aku cari kilang tu tapi tak jumpa, rupa2nya kilang tu dah roboh. Adakah patut...last2 asben aku turun kete gi tanya kat org kampung..

Akhirnya selamatlah kami sampai ke destinasi yg dituju. Masa kiterang sampai pengantin tgh siap utk malam berinai.

Family member aku ni sgtlah mesra ngan aku ngan asben. Walaupun baru pertama kali bersua. Mak si Shima siap bungkuskan siap2 sambal tempe tu kat aku suh aku simpan dalam beg cepat2 takut abis.. Pastu masa nak balik masing2 peluk aku sambil sedih2 aku nak balik, aku yg berjiwa lembut ni apa lagi meleleh lah jugak ayaq mata sikit...

Eh eh.. pehal aku ni citer baru sampai tetiba citer nak balik pulak... nantilah sambung lagi yer... eh tetiba lak abis kan.. suka2 aku jer.

sebenarnya susah sikit aku nak stori mori kalau takde gambar.. gambar sebenarnya blm diupload.. later2 yer...

Tuesday, November 11, 2008

Lagi Tag

Aku kena gak wat tag ni. Kang kalau tak buat mau sentap mak budak nie. Siap ada rules2 bagai..tak larat.. tapi demi kawan tersayang aku wat lah jugak..hehe

RULES :

1. Take a recent picture of yourself & take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag 10 people to do this (aku tak nak tag kat sesape)



dah cukuplah tu.. aku tak edit pun.. itulah rupa aku di petang hari nie... dah aku nak balik dah.. ingat nak wat tag ni kat rumah, tapi takpelah alang2 aku takde wat apa sekang nie...

oklah aku nak balik rmh, .. bye bye...

Banyaknya Soklan

Hai korang2 sumer. tqlah sbb sudi gak masuk blog ni walaupun tak berupdate-update. Walaupun aku balik dari Pontian Ahad lagi, tapi serius aku cam slow jer nak update blog... penat kot. Since aku pun cam slow jer nak update, apa kata aku buat tag dari cida ni dulu...giler panjang lebar soalannya...

Name one person who made you laugh last night.
Suamiku dah tentu

What were you doing at 0800?
Dah sampai ofis, ngah breakfast

What were you doing 30 minutes ago?
Read e-mails, reply e-mails

What happened to you in 2006?
bertunang

What was the last thing you said out loud?
Bye…

How many beverages did you have today?
2 – mihun goreng for breakfast & mihun sup for lunch .. eh silap org tanya minuman aku jawab makanan takpe itu adalah bonus... errm ribena & ayaq kosong

What color is your hairbrush?
Pink, purple & red

What was the last thing you paid for?
Touch & go sebanyak RM200

Where were you last night?
Just stayed at home

What color is your front door?
cekelat

Where do you keep your change?
sumbat je dalam wallet

What’s the weather like today?
mendung tak bererti hujan

What’s the best ice-cream flavor?
chocolate, strawberry, vanilla

What excites you?
Shopping, husband

Do you want to cut your hair?
Not now

Are you over the age of 25?
over 25 below 30

Do you talk a lot?
Tengok keadaan & tgk org

Do you watch the O.C.?
pekebendenya tu?

Do you know anyone named Steven?
belum berkenalan lagi

Do you make up your own words?
Tak jugak

Are you a jealous person?
cemburu tanda sayang bukan?

Name a friend whose name starts with the letter ‘A’.
Azreen Salfina

Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
takde kot.. sebenarnya ada tapi tak nak sebut sbb dah jadi x..nanti hubby jeles..ngeh ngeh ngeh..

Who’s the first person on your received call list?
Hubby darling

What does the last text message you received say?
Salam, shah dah call pemaju, minggu depan mungkin dapat cheque

Do you chew on your straw?
oh tidak

Do you have curly hair?
pernah perm dulu as my hair terlampaulah lurus

Where’s the next place you’re going to?
surau

Who’s the rudest person in your life?
the person who never respect other person

What the last thing that you ate?
Keropok ikan segera

Will you get married in the future?
cukuplah sekali. I love this marriage so much

What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?last??
lama bangat tak nonton

Is there anyone you like right now?
my husband forever and ever

When was the last time you did the dishes?
gulp.. dah lama tak masak.. abih setiap minggu aku asyik kuar jer

Are you currently depressed?
Nope

Did you cry today?
malam tadi kul 1.00pagi. considered today.

Why did you answer and post this?
sbb taknak mengecewakan pemberi tag & taknak mengecewakan korang bila blog ini tak berupdate hehe.. sebenarnya tak de idea nak update blog, jadi tag ini adalah penyelamat..

phew.. akhirnya abis gak aku jawab.. sapelah yg create tag panjang lebar nie....
aku baik aku tak nak tag sesapa.. sila tag diri sendiri :) i would appreciated it. lol..

Friday, November 7, 2008

Sorrrrrryyy

Mintak maaflah kat korang yg masuk2 takde entry baru di blog nie. Mungkin tidak akan diupdate sehingga hari Selasa. Aku nak gi selatan tanah air. Member aku kawen. Senin aku cuti. Kalau aku blogger tegar aku akan update before Selasa... tapi rasanya tak lah kott...

dah dah gi blog ong len dulu yer...

p/s: hutang2 tag pun nanti yer...

Thursday, November 6, 2008

Sakit Kepala

Aku sakit kepala lah hari ni langsung aku ketiadaan mood & idea utk memblog. Berdenyut-denyut. Semalam asben aku ngadu sakit kepala hari ni aku pulak yg kena.

Semalam aku massage dia.

Hari ni aku nak dia massage aku pulak.

Nak balik... aduh aduh sakitnya kepala ini...

Wednesday, November 5, 2008

Takde Idea

Aku ni tgh mencari hadiah kawen utk member baik aku nie. Hari tu aku pusing2 kat sogo tak gak berjumpa ngan benda yg aku kehendaki..

Aku ingin mencari sesuatu yg lain daripada yg lain & benda tu hendaklah menarik dan berguna.

Tolong kasi idea korang.... plssss...

Aku ingat lagi apa yg member aku ni kasi aku dulu.. memang ku kenang sampai sekarang, sgtlah lain dari yg lain.. takkan aku nak kasi dia benda yg serupa lak kan...

p/s: sape nak ikut gi pontian weekend nie?? kete kosong nie...

Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu


Motif title seperti di atas?


p/s: Saje dendiam... 25 October 2008

Patutlah..

Tadi masa on the way nak ke ofis dgr Sinar FM.

Adalah satu caller ni melepaskan geram. Dia kata dia dah kawen dah lama (pada aku tak lah lama pun baru 2 thn je pun) tapi takde zuriat lagi. Dia tension bila balik kampung org asyik dok tanya, kat tempat kerjalah, member2 pun asyik dok perli kata cukup2lah hanimun tu.. Dia pun dah tak tau nak jawab apa pun.. biasalah kan..kengkadang org tu pun tak kisah tapi org lain lak yg terlebih kisah..

Kak Engku (Raja Azura) selaku DJ pun telah memberi satu petua, kalau nak dapat zuriat selalu2 lah bergaduh. Selalu2 lah cari pasal. Selalulah merajuk2. Nanti dapatlah anak. Ye ker??

Ooooooooooooooooooooo panjang o aku ni baru aku tau, nape aku takde anak lagi.. sebab aku ni laki bini jarang bergaduh rupanya, loving couple gitu weks mesti korang loya...dah jangan nak tanya2 aku lagi yer... fedap aku :!

Tapi sekiranya ditakdirkan kami dikurniakan rezeki kelak jgn korang memandai kata "ooo mesti dia gaduh ngan laki dia cam Abby & Norman". Aku sepak laju2 korang (ayat peej & ceera) nanti. Itu dinamakan rezeki :)

Tuesday, November 4, 2008

Kenduri Kawen Lagi

Start bulan sebelas ni memang setiap minggu aku gi jemputan kawen jelah...

Baru2 ni aku, asben, Wati & hubby gi ke wedding kawan aku ni ha... dia ni dulu2 nak kata ada pakwe ngan aku takdelah sangat, sbb aku dulu tak leh nak anggap dia more than fren..aku selesa kawan jer ngan dia. Tapi tak taulah dia leh terima ke tak (poyo aku kan).. terus lost contact...sampailah satu hari dia call aku nak jemput aku & hubby & frenz ke majlis perkahwinan dia.

Asben aku on jer.. itu yg aku suka tentang asben aku ni, dia ikut aku, aku ikut dia.. camtulah gamaknya...

Aku ngan best fren aku dari budak2 lagi.. kiterang ni dah macam sedara dah.. sampai org ingat aku ngan dia sepupu... watie ni pun kawan pengantin tu jugak

Akhirnya dapat gak kami tempat duduk.. penuh gila dalam khemah tu walaupun time aku sampai dah kul 2 lebih.. katanya wat majlis sekali jer (lelaki & pompuan) haruslah ramai berduyun yg datang..


from pengantin.. pengantin sendiri yg kasi..


Time pengantin duk makan ni barulah nampak pelamin kat depan nu.. kalau tak masa sanding tu, kerusi pelamin tu pun tak nampak langsung.. apa taknya sumer org berdiri kat depan tu cam nak tengok konsert.. kiterang yg duduk nie nampak bontot org jelah jawabnya..


me beloved darling


watie & hubby


Tak lama pun kami di sana. Abis makan jumpa pengantin jap.. salam2, aku tak salam, asben aku je salam.. tapi tak jumpa pengantin pompuan pun, sbb dia gi touch-up..
Apapun Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua..