Hari Kedua (24 Julai)
Hari ni kami berempat plan nak round island sambil tu nak snorkeling. Dah lama tak snorkel, rasa rindu pulak.
Sebelum tu haruslah breakfast dulu. We all breakfast kat hotel jer kat The Penyu. Actually ada dua tempat makan, satu The Penyu & satu lagi KingFisher. We all try The Penyu first.
Sekitar dalam restaurant.. makanan kat sini, mmm ok lah kot..
Di luar The Penyu
Lepas breakfast kat Hotel (The Penyu Restaurant) terus ke Jesselton Point. We all just parked the car kat tepi2 jalan tu.
Di sekitar Jesselton Point
Amik pakej bot ke Pulau Manukan & Pulau Mamutik. Tak mahal. Lebih kurang RM30 sorang lah pergi balik utk dua2 pulau tu termasuk tax.
Masa bot belum gerak boleh lah nak bergambar lagi... hah ko tunggu jap lagi Mula2 aku ingat naik bot yg besar yg ala2 feri tu, tapi rupanya speed boat yg tak berapa besar tu. Cuak gak aku. Dah lah mamat tu bawak laju nak mati. Laut pulak tu bergelora. Memang terangkat tinggi bot kiterang tu. Pastu kena hempas ombak. Yg siotnya botman tu saje2 nak tunjuk skill dia bawak bot, mcm merempit jer aku tgk, aku siap jerit2 kat brader tu suruh dia slow2 sikit, tapi hampeh lagi dia bawak laju pastu siap cakap "takpe jgn risau, kalau mati pun mati sama2." Kurang ajar betul.
Tu gambar paling atas tu gambar abg yg bot tu. Time ni memang dah terasa dah kelajuan bot itu. Terus simpan kamera sumer pastu pegang bot kuat2, takut tercampak keluar jer..Aku memang risau. Risaukan kamera & video cam aku. Yelah kalau masuk air mende2 tu camne, sia2 takde gambar. Teruk tul aku ni. Boleh lak itu yg aku risaukan. Tapi alhamdulillah kami sumer selamat.
Akhirnya selamat juga sampai ke Pulau Mamutik, masa ni terfikir nak kansel jer ke Manukan sbb seriau nak naik bot lagi
Mula2 kami ke Mamutik Island. Buat snorkeling kat situ. Seronok sgt aku bersama-sama asben snorkel bersama-sama. Teringat kenangan tahun 2002 tu. Taklah lama sgt pun snorkel, bkn apa takut kulit aku yg gelap ni jadi bertambah gelap berendam dlm laut tengahari buta. Yg lawaknya si Am tu leh tinggal bini dia sorang2 snorkel, dia sibuk kejar ikan. Lepas dia terperasan yg bini dia takde di samping dia, baru dia cari bini dia balik. Si watie ni pun satu, tak berani nak pergi ke tengah, so si am pun bawaklah bininya itu ke tengah sedikit. Tetapi hampeh sekali si Watie ni bila dia dah syok tgk ikan2 boleh lak dia tak perasan dia dok benamkan kepala laki dia. Apalagi lemas lah kawan tu. hahaha.
Pemandangan di Mamutik
Since kami dah janji ngan botman tu utk amik kiterang kat Jeti dalam kul 12.00tgh, kiterang pun stop snorkel & get ready untuk ke Pulau bersebelahan i.e. Pulau Manukan.
Pulau Manukan memang cantik. Airnya jernih & biru. Geram tengok2 ikan kat tepi pantai, tak yah snorkel, tgk ikan dari atas jer.. memang cantik. Pulau Manukan lebih besar dari Pulau Mamutik & lebih cantik.
Pemandangan di Manukan
Tengok jernih kan air dia.. geram jer tgk2 ikan tu
Kat Manukan kami tak snorkel. Cuma lepak kat tepi pantai jer sambil baring2 cam mat saleh.. huhu.. apa ko ingat ko putih nyah?? Masa kat pulau tu, aku tingin nak naik payung terjun, tapi haram sumer org tak nak teman aku naik. Nak naik tu kena 2 org, tapi masing2 tak berani. Ewah cam lah aku berani sangat, berani tu tidaklah jugak tapi aku nak cuba.. Untuk naik payung terjun tu oklah harganya RM150 untuk 2 org utk masa 15 minit tak salah aku... pastu yg bagus nye payung terjun sabah tak sama ngan semenanjung, sbb korang berlepas dari dalam bot, landing pun kat dalam bot gak.
We just lepak2, relax2, bergambar.
Masa kat Pulau2 ni, byk tul org2 Nokia kat situ, derang cam ada explorace dari pulau ke pulau.. so agak riuh sikit lah kat situ.
Mana kiterang pergi ada jer org2 dari Nokia ni, masa kat Mamutik pun derang ada gak..Memandangkan kiterang ada byk lagi agenda & tempat lain yg ingin dilawati, kiterang tak lama pun duk kat pulau tu. Dalam kul 2.00pm kiterang dah sedia menanti bot di jeti untuk balik ke darat.
Since nak jimat masa, kiterang tak balik hotel pun, just mandi2 koboi kat toilet kat jeti tu, pastu siap ala kadar, pastu terus ke Pasar Philipine untuk shopping2 sikit.
Kat sana korang tau lah kan, byk perhiasan dia jual di sana, especially gelang2, cincin, rantai, kerongsang dll. Rambang mata gak lar dibuatnya. Pening kepala pun ia jugak sbb nak belikan untuk ahli keluarga & rakan2 masing. Alih2 utk diri sendiri boleh lak dilupakan.
Shopping sikit2 jer.. rambang mata tauSebelum balik hotel we all singgah Giant (kat KK ni byk betul Giant tau) jap nak beli maggie & brg makan sikit. Sbb apa maggie? kat sini cam susah sikit nak cari makan yg ikut tekak si Am tu.
Malam baru kiterang balik hotel & tak kuar2 bilik, maklumkah memasing dah penat...rasa cam nyesal pulak tak bawak laptop, sbb kat bilik dapat internet free. Kalau aku bawak sure aku update blog aku hari2. Nak update pakai P1i asben aku cam tak puas pulak, kecit jer.
p/s: Jangan boring yer..