Thursday, January 16, 2014

Hello Kitty Town

Kalau ikutkan dah alang2 kami ke JB hari tu memang nak lah singgah ke Singapore kejap gi USS tapi disebabkan pasport kami laki bini dah hampir expired dan tak sempat utk direnew, memang kami pendamkan jelah hasrat dihati. Maka tak dapat lah ikut mak mertua dan adik ipar aku dan family mereka bersuka-ria di sana. Dorang gigih gi renewkan jugak pasport walaupun turun naik imegresen sbb asiknya lah sistem down.  Kiterang dah sampai JB hari Sabtu tuh, pasport mak mertua aku baru siap. Siap jer pasport terus berdesup mereka ke JB. Kami adalah berjumpa malam masa mereka sampai, sempat lah dinner sesama pastu kami berpecah. Dorang memang plan nak ke Singapore. Takpelah mereka ke USS kami ke Hello Kitty Town jelah bawak budak.

Walaupun sebelum ni Marissa beria nak ke Legoland, tapi kami tak plan utk ke sana, sbb beberapa faktor. Faktor pertama anak2 aku ni kecik lagi, apa jer mainan yg dorang leh main, pastu dahlah time tu time cuti sekolah. Memang giler ramai lah umat manusia. Memang pilihan bagus gaklah kami tak beli tiket ke Legoland, kami tgk dari kejauhan tersangat ramailah maknusia. Nak main satu2 game kena beratur panjang. Kalau datang lambat lagi lah rugi, penat beratur jer, pastu tak sempat pun nak explore sumer.

Maka kita bawak jelah bdk2 kat tempat yg bersesuaian dengan mereka. Maka ke Hello Kitty Town lah kami.


Udah sampai

Bayaran yg dikenakan utk memasuki Hello Kitty Town ini adalah RM55 seseorang. Tu pun harga diskaun bila tunjuk mykad. Kalau tak de mykad bayarannya ialah RM75. Kecik besar sama jer bayarannya. Cuma budak bawak 3 tahun jer free. Tu pun kena tengok ketinggian gak. Cam Marissa baru 3 tahun lebih tapi tetaplah kena bayar gak bila diperiksa ketinggiannya.

Hello Kitty Town ni terletak di Puteri Harbour Family Theme Park yg terletak di Kota Iskandar. Selain Hello Kitty, dekat Puteri Harbour Family Theme Park ni ada jugak karakter kartun lain cam Thomas and Friends, Barney, Bob the Builder, Angelina and Pingu. Yang tu nak masuk kena bayar lain pulak. Bayarannya pun sama gak tak salah aku. Aku pulak nyaris2 nak purchase kedua2 tiket, konon nak bawak anak2 masuk kat dua2 theme park, tak sedar yg kiterang sampai pun dah dekat kol 3. Nasib baik lah budak yg jual tiket tu suruh aku confirm betul2 sbb park tutup pukul 6, so kalau beli tiket utk kedua2 park rasanya tak sempat nak hbs explore sumer kot. Nanti rugi. Dahlah time tu pun org memang ramai, kalau nak main2 game kat dalam tu pun sure kena tunggu. So, purchase tiket tuk hello kitty jerlah. Maka tak dapatlah nak kasi Marissa dan Inara naik keretapi Thomas and Friends. Huhu. Takpelah anak2 mama kan gigirls so kita masuk Hello Kitty jer lah yer. Len kali kita dtg lagi yer. Lagipun masing2 dah semangat dengan memasing dah siap2 pakai baju Hello Kitty.


Inara tgh tido time nie

tgh main permainan budak2, naik kerusi pusing2 sampai pening tuh

org besar pun leh join anak2 gak, tapi alahai tempat duduk dia kecik sgt.. muat lah separuh bontot..haha

Marissa sibuk pijak2 kepala kitty tuh..

Activity card

Utk game yg kita join kat situ dapat lah cop. Byk cop maknanya banyaklah aktiviti yg dilakukan kat dalam tuh. Antaranya Hello Kitty Costume, Hello Kitty Jewellery, photo session,  Hello Kitty Black Wonder dan macam2 lah, aku pun cam tak koser nak ingat sumer.

Marissa in costume apa aku pun tak tau ni watak sape

Inara pakai kepala kitty jer lah

Minum air kotak yg harganya RM5  sekotak

Kat dalam ni ada kafe. Tapi harga boleh lah tahan cekik darah. Air kotak tu jer RM5, muffin biasa2 ajer pun RM8. Tapi sbb dah lapar belasah je lah labu.

Rehat sebentar

Berpura2 tengah dining

kalau berlakon kita kasi jer kat Marissa

feeling2 kat bilik sendiri layan game

almari hiasan kitty


adik belajar piano dari kakak

akak nak conquer sorang.. suh adik gi duduk tmpt lain

dapur hello kitty

bestkan kalau dapur camnie



bilik kitty Inara

adik ni mau tido kat atas ni.. dahlah ia memang kuat tido

Suka lah marissa tu dengan perhiasan kitty

cara2 utk mendapatkan gambar sekeluarga

feeling2 tgh mandi. Siap buat gaya tengah mandi tau budak nie


nak suruh org amikkan gambar payah. so amik sendiri jelah

lepas mandi nak lah pilih2 baju dalam gobok kitty

selca lagi

hah byk baju kitty dan perhiasan kitty kat sini



Tak lama pastu, ada show Hello Kitty. Lets watch lah anak beranak.

joget2 nyanyi2

suruh Marissa join sekali bdk2 tuh, tapi dia buat keras jer.. nak tengok jer katanya

main2 ball


adik nak memanjat

gigih ini budak

misi mencari kitty yg dicolek

Adalah kod2 rahsia yg perlu kami cari, tapi takde maknanya... layan anak2 jer..

Marissa feeling pelancong sgt..sibuk nak amik gambar


"hai kitty nampaknya saya tak dapat nak selamatkan awak"

meh ica amik gambar ayah


dapat sijil penyertaan jgk

Walaupun satu soalan pun kami tak jawab. Hehe. Alih2 budak yg jaga kat situ yg tolong jawabkan.  Maka dapat gaklah sijil. Aku pun tak tau nak wat apa ngan sijil nie. Bolehlah kasi budak2 suka.


tak abis2



Inara dah mcm boy pulak pakai seluar pendek camnie


dua2 pun dah kepenatan

Aku pun dah penat gak taip entry ni. Okbai.

Sudah 14 Bulan

Ala tak perasan pulak semalam 15hb. Ini bermakna semalam umur Inara dah masuk 14 bulan. Happy birthday sayang.  Apa perkembangan Inara setakat ini? Walaupun dah setahun 2 bulan, Inara belum pandai berjalan lagi. Bertatih-tatih tu boleh lah, jalan sambil pegang2 dinding, pegang2 kerusi tu bolehlah, tapi kalau lepas kan dia suh berjalan sendiri memang taklah. Sanggup dia lembik2kan badan dia, pastu terus duduk ke lantai. Malas sgt heh nak jalan. Tapi merangkak sikit punya laju. Kakak Marissa dulu, tak merangkak2 pun tau2 dah jalan, tapi Marissa pandai jalan pun lewat gak, tak salah aku dah setahun 4 bulan baru confident nak jalan tanpa bantuan. Ni tgk gaya adik cam mengikut jejak langkah kakak dia jer.

Tapi dalam pada tak reti berjalan tu tapi naik tangga kemain lah lagi. Tengok2 dia dah sampai atas. Pastu sengih ngan bangganya seolah-olah berkata "mama tengok nie.. adik dah pandai naik tangga". Berani sgt dia tuh.. bahaya tau main2 kat tangga nie.. Memang sentiasa kena pantau ini budak. Naik tangga pandai lah, tapi nak turun tak reti. Pastu sibuk terjerit2 kat kita minta pertolongan.

See.. saya dah pandai naik tangga

alamak mama kejar.. baik cpt2 naik

kakak si pengawas adik

Kakak dia boleh lah harapkan tolong tengok2 kan adik. Memang dia 'tengok'kan jer adik dia tuh pastu tolong jeritkan "Mama adik panjat tangga" ataupun kalau kat atas katil kita pesan dia suh tengok2 adik.. bila adik dah nak sampai tepi katil kang dengarlah dia jerit "mama adik nak jatuh". Takat tu jelah.. nama dia nak angkat or alihkan adik dia tu memang tak lah.. paling tidak pun dia pegang jer kaki adik dia supaya dia tak kemana2.  Tapi boleh lah diharap jgk. At least ada gaklah pembantu aku. 

Kalau citer pasal budak 2 org nie memang macam2 lah.. seronok sgt kalau taim cuti2 spend masa bersama ngan mereka. Time tu mula lah rasa nak jadi surirmhtangga jer.. tambah lagi anak time2 nak membesar camni memang macam kerenah yg menghiburkan.

Aku tak taula Inara ni pandai jalan dulu ker pandai ckp dulu ker.. tapi kalau nak ikut dah ada words yg dia sebut ngan betul.. takat panggil ayah tuh.. memang jelas sgt lah bunyi nya tuh..sebut mama pun pandai.. tapi aku notis dia lebih suka sebut ayah, kengkadang aku pun dipanggilnya ayah.. hahaha..

Pastu kalau nak makan kemain lagi ckp mamamam... pastu kalau nak lagi or kita lambat sikit suap dia mula lah dia jerit2... Nak umpan Inara senang jer, kasi jer makan senyap lah dia. Tu yg kena standby jer biskut2 baby kat rmh atau keluar. Kalau dia gelisah or start merengek ke apa hulur jer biskut terus ok.

Makan selera boleh tahan. Tapi gigi alahai baru tumbuh 6 batang. 4 kat atas dan 2 kat bawah. Ni pun cam baru nampak nak naik lagi sebatang gigi belah bawah dia. Makanan Inara aku masih sediakan setiap pagi utk dibawa ke rmh babysitter. Tak taulah Inara bosan ke tak, hari2 aku bekalkan puri buah2han dan bubur nasi. Bubur nasi tu aku tkr2 kan lah kadang daging, kadang ayam dan ikan. Pastu bubuh lah carrot ke kentang ker brokoli ker tomato ker.  Tanya babysitter Inara makan ke tak, baby sitter kata adik makan abis... so memang aku gigih lah jugak bangkit 4:30 pagi atau kol 5:00 utk masak tuk dia.

Tapi takdelah makan bubur or nasi lembik jer. Inara makan jer nasi yg kita makan tuh. Tu pun dia suka gak.. kalau kita makan kena gak suap2 kat dia gak. Kalau taim cuti aku malas sikit nak buat bubur2 nie, so dia makan nasi biasa jelah.. kadang tu siap ada sambal lagi. 

dapat pun capture gambar gigi

Aku suka sgt ngan gigi Inara. Nama pun gigi budak memang comel2 lah giginya. Pastu suka sgt cium mulut dia.. alahai wanginya.... tak kiralah cium waktu pagi ke petang ke malam ker.. bau dia sama jer... bau baby jer lagi... that's why saya tak kisah org kata anak saya lambat jalan ke apa.. sbb saya memang anggap dia baby2 jer lagi... 

Ok pasni ingat nak citer pasal adik Inara pulak lah. Adik yg tak sempat melihat dunia. Tetiba rasa sebak.