Ok sambung lagi cerita perjalanan Umrah kami.
Sesampai saje kami ke Masjidilharam pada malam bersamaan 17 Mac 2012 kami dibawa oleh Mutawil utk melakukan Umrah kami yg pertama.
Buat yg pertama kali melakukan umrah ini, jgn risau kerana Ustaz yg membawa akan membimbing kita dari awal hingga akhir iaitu sehingga kita bertahalul.
Gambar selepas melakukan tawaf
selesai solat sunat tawaf dan menunggu jemaah2 lain
Time ni Marissa sudah ketiduran. Aku letak jer dia kat atas lantai berlapikkan shawl. Alhamdulillah Marissa dapat jugak melakukan tawaf bersama-sama. Masa tawaf tu, Marissa didukung oleh ayahnya.
walaupun dah hampir tengah malam, org semakin ramai bertawaf
masih lagi berperasaan sayu dan terharu
Marissa di dakapanku
Tengok org2 kat belakang aku tu, ramai kan? Memang nampak macam musim haji.
Selepas tawaf 7 pusingan, kami semua sama2 melakukan saie sebanyak 7 pusingan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Masa saie Marissa adalah terjaga dari tido, bila dia sedar dia takmo sapa2 dukung dia melainkan aku.
macam nilah keadaan aku dukung Marissa semasa saie
Kuasa Allah, walaupun mengendong anak kecil ini, tapi takdelah rasa letih sgt, lagi bertambah semangat adalah. Sepanjang tu jgklah Marissa memeluk erat mama dia ni. Oh tak leh lupa lah detik2 manis ini. Ada ketika jugak aku terpaksa serahkan Marissa kepada ayahnya buat seketika, utk aku mengumpul tenaga semula.
Selesai melakukan saie dan bertahalul iaitu dengan menggunting/mencukur sedikit helaian rambut kami ambil peluang utk duduk dan berdoa di atas Bukit Marwah. Syukur Alhamdulillah selesai Umrah pertama kami.
keadaan safa-marwah
Sekarang ni keadaan dah macam dulu, tempat saie pun dah selesa dengan berhawa dingin sumer. Siap ada 2 lane. Satu utk ke safa dan satu utk ke Marwah, so takdelah nak bertembung ke apa. Oh ada lagi satu lane utk jemaah yg berkerusi roda. Agak selesa.
Di atas Bukit Marwah
Selesai melakukan saie dan bertahalul iaitu dengan menggunting/mencukur sedikit helaian rambut kami ambil peluang utk duduk dan berdoa di atas Bukit Marwah. Syukur Alhamdulillah selesai Umrah pertama kami.
kami sekeluarga
ramai kan jemaah?
Marissa masih mengantuk kot
selesai melakukan saie - balik ke Safa
dia nak berjalan
berehat sebentar menikmati air zam-zam
gambar yg menyentuh perasaanku
di dalam Masjidilharam
yg belah kiri ni lah ustaz yg membimbing kami
Kami selesai melakukam Umrah pertama ini lebih kurang pukul 3 pagi dan kami mengambil keputusan utk tidak pulang ke hotel dan stay sahaja di Masjidilharam sementara menantikan waktu Subuh. Aku pun takde lah bawak bekalan susu Marissa pada malam tuh, hanya bertawakal kepadaNya supaya Marissa tidak meragam dan boleh terus tido tanpa susu. Alhamdulillah hanya berbekalkan air zam-zam Marissa lena hingga ke Subuh.
Cerita pasal air zam-zam ini memang byk khasiatnya, nak dijadikan cerita, masa mula2 masuk ke masjidilharam aku rasa sakit perut nak membuang tau... aisey.. sgtlah risau kalau terkentut dan terbatal wuduk, bukan apa kalau nak ke toilet memang agak jauh dari kawasan masjid. Kalau ke toilet nanti, kesian pulak kat jemaah lain yg kena tunggu aku pulak... so, masuk2 jer kat masjid aku ternampak air zam-zam kat tepi pintu masjid, aku pun tanpa berlengah amik segelas air dan dengan berniat di dalam hati supaya dihilangkan semua rasa ketidakselesaan dan dapat menunaikan umrah dengan baik. Alhamdulillah selepas minum air tu, rasa hilang semua ketidakselesaan. Allah Maha Besar.
Ok sambung lagi yer....



























