bas yg membawa kami
Di Madinah kami menginap di Hotel Elaf Taibah, lebih kurang 30-40 meter ke Masjid Nabawi. Di Madinah memang kebanyakan hotelnya terletak dekat sahaja dengan Masjid Nabawi.
Cuaca di Madinah pulak adalah agak sejuk dan nyaman. Rasa macam berada di tanah tinggi Cameron camtulah.
Kelihatan Masjid Nabawi dari hotel kami
Selepas memunggah barang turun daripada bas, kami berkumpul di lobi hotel dan diberikan sedikit briefing oleh petugas Utas. Kami juga diberikan nombor2 bilik pada masa itu.
berkumpul dulu
Marissa masih lena
mendengarkan apa aktiviti yg telah dijadualkan
bilik kami
mula2 sampai memang kemas, tapi bila barang2 dah masuk, cam gini lah jadinya... tapi tetap selesa
Masjid Nabawi dari hotel
Selepas briefing kami pulang ke bilik masing2 dan berehat seketika. Tak lama lepas tu kami bersiap sedia tuk menunaikan solat Subuh di sana. Hati berasa sayu dan gembira kerana pertama kali menatap Masjid Nabawi tersergam di depan mata.
berjalan ke masjid
beginilah keadaan setiap pagi ataupun setiap kali waktu solat
Semua org berpusu-pusu menuju ke masjid apabila tiba waktu solat. Alangkah indahnya jika perkara yg sama ini berlaku di masjid2 negara kita bukan?
Masa ni Marissa dah jaga dari tidur. Aku ye ye jelah nak pasangkan dia dengan tali keselamatan tuk budak tu, tapi meraung budak tu takmo pakai. Tapi oklah dia pun tak ke mana pun time kami solat.
Kali pertama solat dekat Masjid Nabawi, hati rasa gementar dan seolah tidak percaya yg diri sebetulnya sudah berada di sana. Yelah mungkin satu sbb pun perjalanan yg jauh jugak menyebabkan kita rasa seperti di awang-awangan. Kami pun baru sampai dan memang tak sempat berehat pun sebelum tuh.
Masa ni Marissa dah jaga dari tidur. Aku ye ye jelah nak pasangkan dia dengan tali keselamatan tuk budak tu, tapi meraung budak tu takmo pakai. Tapi oklah dia pun tak ke mana pun time kami solat.
Kali pertama solat dekat Masjid Nabawi, hati rasa gementar dan seolah tidak percaya yg diri sebetulnya sudah berada di sana. Yelah mungkin satu sbb pun perjalanan yg jauh jugak menyebabkan kita rasa seperti di awang-awangan. Kami pun baru sampai dan memang tak sempat berehat pun sebelum tuh.
setelah selesai solat subuh
Dekat Masjid Nabawi, memang peraturan ketat sikit, dekat pintu masuk ada polis2 yg jaga dan memeriksa setiap org yg nak masuk. Kami telah dipesan yg kaum perempuan tidak dibenarkan membawa kamera ataupun telefon berkamera ke dalam masjid. Jika kantoi, sama ada nanti kena rampas atau mungkin tidak dibenarkan masuk tuk solat di dalam.
Berbeza dengan kaum lelaki, dorang dibenarkan tuk membawa kamera ke dalam masjid. Itu pasal lah masa kat Madinah ni bila tengok gambar, balik2 gambar yayah Marissa saje, sbbnya kamera sentiasa dengan dia 24jam.
terang berderang cahaya di Masjid Nabawi
tapi gambar gelap lah pulak - salah setting lah nie
kami semua
ibu dan anak
cucu dan atuk
nanny and cucu
cucu dan atuk dan nanny
suka gambar ni
Selepas Subuh tu memang sakan kami bergambar dekat dataran masjid. Kalau dekat luar masjid takpe, nak amik gambar takde masalah, cuma kat dalam kena cover2 sikit lah.
My SIL dah cam budak sekolah
perhatikan tiang2 kat belakang tu
anak-beranak
Selepas Subuh, payung-payung besar ini akan dibuka. Ni lah gambar tiang2 yg kat atas sebelum ni, masa ni payung start mengembang.
kembang sikit
sudah kembang begini lah rupanya
view dari tingkat 14 hotel Elaf Taibah
Selepas solat Subuh kami kembali ke Hotel utk bersarapan pagi. Sepanjang kat Madinah dan Mekah, pihak pengurusan memang menyediakan makan minum; sarapan, lunch dan dinner kepada semua jemaah. Alhamdulillah sepanjang kat Madinah, kami rasa apa saja yg dihidangkan adalah sedap2 dan lazat. Walaupun kengkadang nampak macam tak berapa, tapi bila dah makan, MasyaAllah sedapnya....
sedang breakfast
Ok sambung lagi nanti yer......