Thursday, April 5, 2012

Memulakan Perjalanan

Ok, kita start dari awal perjalanan kami menunaikan Umrah. Actually, memang ada terfikir sama ada utk menceritakan mengenai perjalanan Umrah kami di blog atau tidak, kerana bimbang disalah tafsir. Yelah sepatutnya kita memang tak sepatutnya tuk mengwar-warkan ibadah yg kita lakukan kepada org ramai, tetapi jika tidak disimpan di dalam blog, di mana lagi kami nak simpan kenangan terindah ini. Mungkin juga buat tatapan si anak buat satu masa nanti. Jadi, InsyaAllah apa yg aku ingin kongsikan ini bukanlah atas sbb apa, mungkin aku akan cerita secara general sahaja dan mungkin juga boleh dijadikan panduan kepada sesiapa saje yg mungkin akan ke sana kelak. Juga utk tatapan dan panduan diri sendiri di masa mendatang. InsyaAllah.

Kami suami isteri telah lama memasang niat utk menunaikan Umrah. Since last year, niat kami bertambah kuat. InsyaAllah kawan2 ku sekalian, bila kita dah ada niat, maka Allah akan bukakan jalan utk kita. Tetapi pada masa yg sama ujian demi ujian tetap juga didatangkan kepada kita, utk melihat sama ada kita berputus asa atau tidak. Ayooo tetiba pulak rasa sebak di dada, sambil menaip sambil bergenang pulak air mata ini.

Sepanjang persiapan utk ke sana, macam2 hal yg berlaku kepada kami, antaranya rmh kami kena pecah masuk, pasal umrah jugak kami nyaris ditipu oleh org yg tidak bertanggungjawab, pastu lebih kurang sebulan sebelum berangkat tangan aku pulak mengalami kecederaan akibat jatuh. Hai lah nasib baiklah tangan ni dah ok sebelum kami berangkat. Kalau tidak tak taulah camne aku nak mendukung si kecik tuh. Tapi apapun yg mendatang ia tidak melunturkan niat kami utk ke sana. Alhamdulillah setiap masalah yg mendatang, dapat diselesaikan.

Setelah beberapa bulan menunggu, maka hari yg ditunggu pun tiba. Maka pada tanggal 14 Mac 2012, maka kami pun berangkatlah ke tanah suci. Oh ya, selain aku, asben dan Marissa, terdapat 4 lagi ahli keluarga yg sama2 mengikuti kami, iaitu, PIL, MIL, SIL dan my sister. Dan sepatutnya juga, mak aku pun turut sama, tapi atas sbb2 tertentu, mak tak dapat pergi. Sob sob... aku janji aku akan pastikan satu hari nanti mak akan sampai juga di sana satu hari nanti, kalau bukan dengan aku mungkin jugak dengan adik-beradik yg lain. InsyaAllah...

Kami memilih Utas Travel utk Umrah kali ini. Rasanya takde apa yg dikomen mengenai travel agent ni...dan kami memilih Saudi Airlines utk flight kami. Biasanya Utas punya flight adalah Saudi Airlines dan MAS. Sbb apa aku tak pilih flight2 lain, sbb aku takmo transit2 kat mana2, aku mau direct flight, sbb memikirkan aku kan membawa Marissa, so agak sulit sikit kalau nak turun naik kapal terbang nie.  Utk pengetahuan, saudi airlines ni akan terus ke Jeddah, dan kalau bernasib baik akan terus turun di Madinah. Thats mean, tidak perlu menaiki bas selama lebih kurang 6 jam ke Madinah daripada Jeddah. Tetapi, flight yg direct ke Madinah ni tak setiap hari ada. Tapi utk aku yg baru pertama kali ke Tanah Arab ni, aku rasa kalau ke Jeddah dulu pun ok jer, sbb leh tengok2 tempat org kan.

Sebelum keluar rmh, kita digalakkan utk mandi sunat dan melakukan solat sunat musafir supaya perjalanan kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T.

Pagi dalam pukul 9 kami telah bertolak dari rmh kami, dan berkumpul di rmh parent in law. Flight pukul 3 petang, dan kami dikehendaki berada di KLIA by 12 noon.  Sebelum bertolak apa lagi, sesi amik gambar lah kan.

kami

ramai2



with SIL

with emak

Lepas dah amik gambar sumer baru kami bergerak ke KLIA. Akak pulak straight ke sana, husband dia hantar. So, we just jumpa kat sana jer.
skema sgt dan dan tu pakai tag nama dengan beg pemberian Utas

Maklumlah, pertama kali lah katakan, apa yg Utas bagi/suruh sumer kita buat. Katanya senang nak cam dengan jemaah lain nanti.
our flight SV 831

pink bear pun tak ketinggalan

Bear ini jgk byk membantu sebenarnya, dia lah penenang si Marissa sepanjang perjalanan kami, kalau takde tuh, mau masalah aku dibuatnya.
my sister n her family - marissa selit sama


kami2 yg pergi - jemaah wanita

my BIL and my biras

Takpe as promised by mama & ayah, next time turn shahrin ngan yatie pulak pergi ke sana kan. thanks to shahrin for sending & fetching us pergi dan balik.
with emak

kanak2 riang

Lepas check-in sumer, ada short briefing daripada petugas Utas. Kami diberitahu utk group kami ada 27 org jemaah termasuk baby (Marissa lah tu). Marissa was the only kid yg lain sumer dewasa.  Ok lah 27 org jer dalam group kami, tak begitu ramai, maka senang sikit lah kot... nanti naik bas kat sana pun, bas pun tak penuh sgt...
petugas utas

mendengar dengan tekun

Petugas Utas tu tidak ikut kami sekali menaiki flight, kerana katanya di Jeddah nanti akan ada wakil yg menunggu dan menguruskan kami di sana.

naik train menuju ke balai berlepas international

 


Sebelum menaiki pesawat, kami singgah di surau sebentar utk menunaikan solat zohor dan solat asar secara jamak. Walaupun kat pesawat memang ada ruangan utk solat tapi rasanya lebih baik kami lakukan di surau.

 
flight kami

sempat lagi tuh

First time naik Saudi Arabian Airlines nie, rasa best jer, sebelum take off, kapten akan membacakan doa terlebih dahulu.

 
dapat duk kat depan sekali

Sbbkan bawak anak kecik, kami diberikan tempat di depan which ruang adalah lebih besar sedikit. Marissa naik2 flight jer sudah ketiduran. Beberapa jam lepas tu baru dia bangun. Pastu minum susu dan layan citer Dora. Ok gak entertainment airlines nie... macam2 ada.. tapi aku tak layan pun movie2 yg ada, kalau Marissa tak tgk kartun aku pasang bacaan ayat Al-Quran jer. Sedar tak sedar terus terlelap.

Menonton Dora


Sepanjang perjalanan, kami diserve dua kali, aku pun tak ingat apa yer makanan dia, ada nasi, ada salad, mcm2 adalah... sedap!.

 
penat dipangku dia nak turun pulak

 
aku pun letih join sekali duk kat bawah. ok gak sbb kaki pun dah lenguh duk atas kerusi


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam. Pada pukul 11:30  malam waktu tempatan bersamaan 6:30petang waktu Saudi, kami pun selamat mendarat di Lapangan terbang Jeddah. Kiranya dah nak masuk waktu Maghrib lah kat sana.

Menjejakkan kaki sahaja di tanah Arab, terasa cam di awangan2, eh dah sampai ke aku? cam tak percaya. Udara sgt nyaman dan cuaca adalah sejuk.

Turun dari flight, kami kena menaiki bas dan menuju ke Lapangan Haji. Lapangan Haji kalau tiba musim haji memang sesak giler, tapi kalau time biasa2 ni takdelah sesak sgt, tapi ramailah jugak, lapangan ni khas utk jemaah yg ingin menunaikan Umrah.
bas yg menunggu



dalam bas


tiba di lapangan haji

Kat sana utk selesaikan sumer urusan beg, imegresen  dan lain mengambil masa lebih kurang 2-3 jam.

budak penjaga beg


Yang si Marissa ni kemain lah aktifnya dia tak mo tido2 pulak dia, padahal time tu dah pukul 1-2 pagi waktu Malaysia dah. Dia kemain lah lari sana, lari sini. Tak sempat nak tukarkan baju, aku sarungkan jer seluar kat dia, supaya tidak kesejukan.

 

kena paksa duk dalam stroller

ruang legar di terminal haji

Beberapa jam selepas urusan sumer, kami pun keluar dari terminal haji, dan petugas utas sedia menanti kami dengan sebuah bas.

Perjalanan akan diteruskan lagi. Dari Jeddah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan. kalau naik flight dalam satu jam macam tu kot.

Teruja bilo tengok di tingkap melihat bumi Allah ini. Pada masa yg sama masih tidak percaya yg kaki ini sudah menjejak tanah Arab. Kawasan kiri kanan agak lapang. Highway nya jugak keadaannya ok. Perjalanan berjalan lancar. Marissa dalam bas memang tido je lah.  Aku pun sekali-sekala tak dapat mengawal mata dari terlelap.

 
dari dalam bas


Alhamdulillah kami sampai ke Madinah sebelum Subuh. Ok bersambung lagi yer....



Wednesday, April 4, 2012

Membawa Anak Kecil Tidaklah Sesukar Yang Dikatakan..

Actually aku nak update pasal Umrah ni step by step start dari pergi sampai balik (utk kenangan dan panduan diri sendiri pada masa hadapan). Tapi sbb gambar2 pun belum ditransfer kat notebook, maka aku update ikut mana yg teringat dulu lah yer. Gambar kali ni dari handphone pulak. Memang tak byk pun gambar kat dalam handphone aku, sbb memang mula2 tak terfikir pun nak amik gambar thru hp sbb fikir dalam kamera asben dah ada watpe nak amik lagi kan. Lagipun aku pun malas nak bawak hp, selalunya aku tinggal jer kat bilik, yelah tak terfikir pun nak contact sape, sbb suami, anak sumernya dah ada depan mata kan. Tapi bila dah beberapa hari di sana baru terfikir nak gak snap a few pics from hp sendiri, kurang2 kalau rindu2 leh tgk gambar dari dalam hp terus. Tu pasal kat Madinah satu gambar pun takde kat dalam hp ni. Satunya sbb kat Masjid Nabawi strict sikit org pompuan tak leh bawak masuk kamera dan hp berkamera. Ada polis yg akan spot cek kat pintu masuk. Aku pulak memang malas nak bawak, tab apatah lagi. All gajet memang aku simpan jer dalam luggage kat bilik. Tapi takpe kat dalam kamera asben ada byk gambar. Nanti kita share yer.

Oh ya masa kat Mekah, aku notis bateri handphone cpt sgt habis. Baru cas, walaupun tak guna, tak lama lepas tu mesti bateri habis. Aku ingat bateri kong ke apa, tapi bila balik tgk ok jer hp nie. Yelah mungkin tarikan graviti yg kuat di tanah suci Mekah.

Ok mula2 ni nak share pengalaman aku membawa anak bersama-sama menunaikan Umrah. Pertama kali bagi Marissa travel yg agak jauh dan panjang perjalanannya. Bermacam-macam respon yg aku terima bila ada org dapat tau yg aku bakal membawa anak sekali. Ada yg positif dan ada jugak yg negatif.  Tapi berbalik pada niat asal aku, aku yakin, aku berdoa dan bertawakal kepadaNya semoga semuanya dipermudahkan.

Alhamdulillah, syukur, sepanjang di sana dari waktu pergi hinggalah sekembalinya kami, tiada sedikit pun bebanan yg aku rasakan bila membawa anak bersama-sama.

Ada juga yg akan mengatakan, bagaimanakah ingin mengerjakan ibadah dengan khusyuk sekiranya anak pun di bawa bersama, tidak kah ia akan mengganggu? Pada aku tu semua subjektif. Tepuk dada tanya iman.

Apakah bezanya pula dengan mereka yg tidak membawa anak tetapi hati dan fikiran mereka sentiasa teringat anak yg ditinggalkan? Sekurang-kurangnya ketika di sana aku memang terlupa tentang dunia luar, lupa tentang segala-galanya.  Apa yg kita ingat hanyalah satu.

Alhamdulillah Marissa sgt baik sepanjang perjalanan pergi dan balik. 9 Jam di atas flight tidaklah begitu mencabar buat diriku. Sbb Marissa almost sepanjang perjalanan dia tido, bila dia jaga dia minum susu, pastu tgk kartun, pastu tido balik. Dia tido aku pun tido. Lepas tu, perjalanan dengan bas pun begitu jua, seolah-olah tiada jemaah kecil dalam kumpulan kami, sbb adalah sgt2 jarang dia buat hal ataupun menagis.

Apa yg membimbangkan aku sebelum ni kalau Marissa buang air besar kat tempat atau waktu yg agak sukar bagiku tuk menguruskannya, tapi Alhamdulillah sepanjang 15 hari kami di sana, waktu pembuangan Marissa sgt sistematik. Tak pernah terberak sepanjang perjalanan sama ada flight ataupun bas, tak pernah terberak semasa aktiviti ziarah. Tah camne timing dia kat sana adalah waktu malam, semasa kami dah pulang ke hotel selepas solat Isyak. So, aku memang langsung tidak merasakan kerumitan menguruskan anak. Nak tido pun dia ok jer, rasa mengantuk dia tido jer kat mana2, kat dalam masjid pun kalau dia nak tido, dia tido.

Masa kat Madinah, setiap kali waktu solat dia akan bersama-sama ikut ke Masjid Nabawi. Alhamdulillah hotel adalah hampir dengan Masjid Nabawi so, memang setiap waktu solat memang bawak dia sekali. Kalau dia tido pun, bawak jugak, dan dia akan sambung tido hingga ke Masjid.

Masa mula2 sampai, ye ye jer aku ikat dia dengan tali keselamatan for kid tuh. Tapi meronta-ronta dia suh aku bukak. Aku pun bukak. Tawakal saje dalam hati semasa menunaikan solat kali pertama di Masjid Nabawi.  Marissa sgt behaved, dia tak menangis, dia tak pergi ke mana-mana jauh dari kami, dia duduk sahaja di depan saf kami. Agak2 boring dia pun akan masuk saf dan solat bersama2 kami. Ya Allah I cant describe my feeling bila tgk dia solat sama2. Dengan rukuk, sujud mulut terkumat-kamit sumer lengkap.

Alhamdulillah time kita solat memang Marissa tak ganggu pun kami, dia tak macam kanak2 lain yg bila time mak2nya solat akan terdengar lah tangisan di sana sini pelusuk masjid. Marissa tak pernah menangis time kami solat. Dia akan buat hal sikit kalau dia boring tunggu lama sangat (biasanya time kami beriktikaf dan menunggukan masuk waktu solat), time tu kadang2 adalah dia menjerit dan menangis sikit. Tapi bila azan berkumandang jer dia akan otomatik diam, sambil jari telunjuk diletakkan diletakkan di antara hidung dan mulut, tanda suruh diam. Eh eh dia pulak suruh kita diam yer. Start jer azan, sehinggalah kami habis solat memang dia tak buat hal. Alhamdulillah kami dapat solat dengan tenang.

Tapi jangan risau baik Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, memang ada ramai budak2, dan jemaah dari timur tengah pun suka sgt pada anak2. Mereka akan berikan apa saje yg ada pada mereka terutamanya makanan kepada anak2 yg mereka jumpa. Marissa ni tah berapa kali ntah kena gomol ngan org turki lah, jordan lah...

Begitu juga di Masjidil Haram, Mekah, Marissa turut aku bawak sekali semasa solat fardhu. Tapi tak macam kat Madinah, kat Mekah ada jugak waktu yg aku tak dapat bawak dia sekali sbb cuaca yg agak panas dan berdebu. Kalau cuaca ok kurang berdebu/berjerebu aku akan bawak dia sekali. Bukan apa kesian kat dia. Lagipun hotel agak jauh dengan Masjidil Haram, adalah lebih kurang 300m.

Apa lagi nak citer yer, tak leh citer sgt sbb aku belum lagi nak bercerita pasal umrah ni sbb masih menunggukan gambar2, tapi pada masa yg sama nak jugak share sedikit gambar yg ada kat dalam hp nie. Nak tunggu asben transferkan bila lah.. yelah masing2 sibuk baru start kerja kan. Takpe2.. take our own sweet time dulu yer...

Berlatar belakangkan Kaabah

 
tercapai niatku utk bersama2 anakanda tercinta bersama-sama ke Rumah Allah

my kesayangan

Tak semestinya kalau di sana, anak pun kena pakai jubah dan tudung segala. Org Arab yg berlitup tu pun bawak anak pun sumer dressing camni jugak, yelah budak belum cukup umur pun. Tapi dun worry Marissa aku pakaikan jugak jubah dan baju kurung ketika di sana.
kat ladang unta



dalam bas

Walaupun sebelum ni aku sekat dia makan jajan, tapi kat sana aku umpankan jugak dia keropok mamee nie...sekali-sekala takpe... as long as anak mama behaved..ok

ewah ewah




masa tawaf

 


Yang aku takleh lupakan Marissa pun sama2 mengerjakan tawaf dan saie bersama-sama kami. Paling membuat hati aku cair bila dia pun sama2 membuat isyarat melambai dan mengucup hajarul aswad.. MasyaAllah perasaan yg tidak dapat digambarkan dengan kata2.

Bukan kata Marissa sahaja, budak2 lain pun aku tgk diam jer semasa tawaf, kuasa Allah kan. Dialah sebenar-benarnya sebaik-baik penjaga.

Masa Saie pulak, Marissa tersangat2lah manja dengan aku, bayangkan sepanjang saie dia nak aku jer yg dukung dia, bila ayah dia amik dia, dia nangis. Masa aku dukung dia memang aku terbayang dah kisah Siti Hajar mencari air utk anaknya sepanjang Safa dan Marwah. Bak kata MIL aku, Marissa tak nak kat ayah dia time tuh, sbb dia nakkan dengan mamanya sajer simbolik dari kisah Siti Hajar itu. Subhanallah... aku tak rasa letih pun melakukan saie walaupun mendukung Marissa, cuma sekali-sekali aku lepaskan dia kepada asben jugak sbb keletihan. Tapi time dukung Marissa, Marissa sgt2 manja dengan aku, berkali2 dia mencium aku sambil tenyeh2 hidung dia kat pipi aku sambil cakap "cayaaangg mama". Arrghhh cair hatikun dan itulah dia pembakar semangatku. Hinggakan sampai sekarang ni pun dia agak manja terlebih dengan aku.. sikit2.. cayangg mama.... i luv u too lah darling....

Aku bersyukur padaNya kerana memudahkan urusan kami malah aku rasa membawa anak kecil bukanlah satu sebab menjadikan kita kurang beribadah kepadaNya malah aku rasakan ia lagi memupuk sifat kesabaran kita sepanjang di sana.

Well ni aku just citer secara ringkas sahaja, still tak tau mana nak mula sbb hati dan perasaan ni sgt begitu teruja dan tidak dapat mengungkapkan segala kenangan ini dengan kata2. Byk lagi kisah2 yg ingin aku kongsikan... pengalaman2 yg menakjubkan (mungkin) buat diriku. InsyaAllah....

Nak Bagi Tau Ni Dulu

Assalamualaikum,

Isy..isy tetiba rasa lemau jer nak update blog sekarang nie. Dah seminggu dah balik, tapi hati ni macam masih berada di sana jer lagi.

So funny tau, hari tu, lepas sehari dua hari balik ke Malaysia, masa tgh tido, asben kejutkan (dia tengah layan fb time tuh) pastu dia cakap..."yang.. yang...Lee & Za sekarang ada kat Mekah lah...." aku pun ngan mamai2 menjawab... "hah.. baguslah leh lah kita jumpa dia kat sini" masa cakap tu aku rasa cam aku masih tido kat bilik hotel kat Mekah. Macam terasa berada di sana sgt. Pastu bila dah sedar baru perasan.. apa lah yg aku merepek nie???... now we are already at our home sweet home lah... hihihi...

Ok sebelum aku citer sedikit sebanyak mengenai perjalanan kami ke sana, ni aku nak bagi tau kat korang2 sumer, kot lah ada di antara korang or adik beradik, kawan2 ataupun sedara mara yg bakal menunaikan Umrah, mungkin jugak korang dah tau, dan mungkin jugak ada yg tak tau jugak. Macam aku dulu pun tak tau jugak, mujur mak mertua rajin surfing internet and get the information about this.

Seperti yg sedia maklum, setiap jemaah adalah digalakkan utk mengambil suntikan Umrah (tak ingat pulak apa nama suntikan/vaksin dia yg sebenarnya). Suntikan ni byk ditawarkan di klinik2 swasta dan kosnya kebiasaannya mencecah RM120-RM180 seorang. Ikut klinik lah ada yg murah, ada yg mahal sikit.

Ok, apa yg org ramai tak berapa tau, terdapat beberapa buah klinik kerajaan (tidak semua) yg menawarkan suntikan ini dan kosnya adalah RM5 sahaja. Ok cam kami dulu, kami wat  injection ni dekat Klinik Komuniti dekat Kelana Jaya sana. Dekat area KL kiterang survey memang takde rasanya, lepas tu dia tak bukak hari2 tuk injection tuh, like Klinik Kelana Jaya ni dorang buat injection utk umrah ni setiap hari Isnin dan Jumaat sahaja. Cop, sekali lagi aku terlupa sama ada hari Isnin atau Selasa yer?? tapi dua hari seminggu lah, dan waktunya dari pagi hingga tengahari sahaja.

Mula2 memang rasa cam alah.. tak yah susah2 wat kat klinik berhampiran jer sudah, tapi bila fikir balik wat pe nak membazir duit padahal ada pilihan yg lebih murah. Kalau takat sorang kira oklah nak bayar seratus lebih cam tuh, tapi kalau dah sampai 7 orang...mau sampai seribu lebih just nak buat injection tu kan....

Tu yg aku nak kongsikan ngan korang sumer, yelah kalau sape2 yg pergi berkumpulan tu baiklah pergi kat klinik kerajaaan yg ada buat perkhidmatan ini, so boleh jimat byk ok.

Kat Putrajaya pun ada jugak, tapi aku tak pasti klinik or hospital mana yg buat. Sbb neighbour aku and family pun wat kat klinik kerajaan dan dikenakan RM5 sahaja seorang.

Bila dah kena suntik, kita akan dapat international certificate of vaccination yg kaler oren cam kat bawah ni. Bila dah ada cert ni baru lah kerajaan Arab Saudi akan keluarkan Visa Umrah. Tapi tak tau lah, ada gak yg tak wat injection ni pun lepas jugak sampai ke sana. Tapi rasanya lebih baik mencegah dari mengubat, sbb kat sana kita bertemu dengan pelbagai org dari pelbagai negara, so risiko utk mendapat jangkitan penyakit adalah tinggi.



Oh ya Marissa pun tidak terkecuali kena wat injection ni, walaupun masa mula2 dorang kata tak perlu sbb baby dah lengkap dah dia punya vaccination dia, tapi at last dorang mintak Marissa wat gak injection ni. Aku ada citer pasal ni kat sini. Yang Marissa punya aku wat klinik biasa jer, dan dikenakan cas sebanyak RM150.

Friday, March 30, 2012

Sedikit Gambar2 Dari Gtab Nie

Ini ada sedikit gambar yg sempat dirakamkan, mostly gambar semasa berangkat. Bila sampai Madinah terus simpan tab tak keluar2. Tapi takpe gambar adalah byk kat kamera asben. Ni kira teaser jelah dulu yer.

Update ringkas je dulu. nak buh caption pun payah. Tapi bolehlah wat pelepas rindu setelah 2 minggu tak bersiaran kan.