Friday, October 8, 2010

Layaan


Dari tadi melayan si kecik ni berckp. Tak layan kang menangis plak. Sangap lah mama ko nanti.

Thursday, October 7, 2010

Bukan Mama Yang Baik Tapi Mama Sayang Kamu Sangat

Biasalah semua ibu2 sayang dengan anak masing2. Mana ada ibu yg tak sayang anak kan? Sbb sayang anaklah entry aku sekarang ni sumer berunsurkan anak. Padahal byk citer lain yg pending. Gambar pun byk yg terbengkalai camtu jer. Entry raya, open house, apatah lagi. Tapi walaupun esok last raya, entry raya bakal menyusul jugak kelak. Mgkn sampai raya haji bulan depan. Ok gak tu, raya jugak kan? Apa nak buat time very the limited sekarang nie.

Tambahan pula sekarang ni Marissa makin hari makin bertambah ragamnya. Kalau dulu, even masa dalam pantang pun Marissa agak jarang2 menangis dan berjaga malam, tapi sekarang ni makin besar makin leh tahan lah dia punya nangis.

Nangis tahap sampai ke anak tekak. Nangis sampai suara jadi serak. Nangis sampai kita pun tak tau nak buat apa. Kasi susu direct taknak, kasi botol tak nak, duduk salah, baring salah, kasi menan tak nak, pujuk tak jalan. Cek pampers sudah, cek suhu sudah, cek perut kot kembung pun sudah, segalanya dicek. Tapi tetaplah menangis jua. Macam kena cubit. Padahal mana ada cubit pun. Kalau cubit pun, cubit lite2 jer.

Hehe.. bukan mudah nak jadi mak nie kan.. sayang memang lah sayang sgt kat anak, tapi bila dah sampai satu tahap kita pun dah tak tau, kita pun dah naik blur, apa tak blurnya kalau asal nak terlelap jer anak dah melalak, memang hilang sabar jugak kan. Tapi aku rasakan, ni aku rasa lah, korang punya rasa aku tak taulah.. kita ni memang leh sabar ngan anak walau apa waktu pun, tapi kalau di bawah tahap kurang sedar contoh tahap mengantuk maksimum / tgh ko rasa baru nak tido dengan nikmatnya time tulah anak ko nangis, memang menguji kesabaran sikit kan. Lagi haru kalau dah berejam pun anak still takmo jugak tido.

Yang kita nie, mula2 oklah layankan lah anak kita tuh, tapi bila dah pukul 3, pukul 4, nak masuk pukul 5 pagi pun anak pun takmo tido jugak mulalah darah naik kepala. Ni aku bercakap pasal aku yer. Korang lain. Korang tak sama ngan aku. Aku ni dari dulu sampai sekang ni memang kalau pasal kerja memang committed jugaklah. contohlah anak tak tido satu malam, aku dah risau dah..camnelah nak kerja esok. Selalu aku cakap ngan anak "tolonglah sayang, esok mama nak kerja, kasi mama rehat sikit, mama letih sayang". Kadang2 terfikir kerja lebih penting kah anak lebih penting?

Dua2 penting bukan? Kerja untuk anak jugak. Bkn tuk org lain pun. Aku pun taknak anak dijadikan sbb produktiviti kerja menurun. Nehi..nehi..nehi.. malah anak lah pembakar semangat tuk lagi rajin bekerja. Cam pagi tadi, aku nangis sama2 ngan Marissa. Aku tak tau nak wat ape dah. Aku time tu tgh bersiap nak ke tempat kerja. Marissa menangis tak henti. Aku terduduk. Mak apakah aku ni? Di saat anak memerlukan aku, aku sibuk memikirkan pasal kerja. Takut bos marah. Takut prestasi terganggu. Takut org kata. Takut macam2. Takut yg tidak sepatutnya. Dalam pada berkira2 nak gi kerja atau emergency, tiba2 terdetik kat hati aku, mgkn jugak boleh dikatakan sebagai penunjuk wat aku. 'Baby kecik lagi, dia memerlukan aku lebih daripada org2 kat pejabat aku. Org kat office dah besar2 dah leh uruskan diri sendiri. Tapi baby kecik lagi, perlukan org tuk uruskan dia.' Terus aku capai hp, sms kat bos bagi tau yg aku terpaksa amik cuti hari ni.

Memang dia nak perhatian dari mak dia. Bila aku tak jadi gi kerja, elok jer perangai dia. Tido dari pukul 7 pagi sampai pukul 11. Tak nangis2. Ngan aku2 sekali dapat qada' tido. Bila tgk dia dah ok, terus teringat balik pasal ofis. Terus siap2 dan masuk ofis petang. Half day. At least leh jimat cuti. See, masih fikir pasal kerja jugak kan?

Walau bagaimanapun, anak lebih penting dari segalanya ok. "Marissa walaupun kadangkala mama ternaik suara ngan kamu, percayalah jauh di hati mama ni mama sayang sgt kamu. Segala apa yg mama buat sekarang ni adalah utk mu nak. Mama sayang Marissa. Sayang sgt. Sebab syg sgt tulah mama tak leh kawal perasaan kadang2."

Alas Perut


Blm sampai rmh. Masih dlm komuter. Lapar. Seb baik ada air cekelat dutch lady & cekelat zip. Blk ni nak mandi2 dulu baru amik marissa kat rmh akak. Rindunya.

Rindu


Lambatnya lah tren ni. Aku tak sbr nak gomol Marissa ni. Mlm ni aku janji nak jadi mama yg baik.

Wednesday, October 6, 2010

Membawa Marissa Berjumpa Paed

Dulu2 sebelum berumahtangga aku tak taulah apakebenda paed nie. Paed adalah singkatan daripada paediatrician. Atau dalam kata lainnya pakar kanak2.

Marissa kan start tak sihat daripada hari Jumaat malam. Badan dia panas on and off. Kejap 37, kang kejap kang 38, ayah Marissa memang dari semasa ke semasa memang sentiasa pantau suhu badan anak dia. Cool fever pun memang tak lekang lah dari dahi Marissa. Sambil tu jgk kasi Marissa ubat demam.

Maka, hari Ahad lepas bawak Marissa jumpa ngan Paed. Walaupun memang dah tau, kalau jumpa doktor pun, cam biasa doktor pun wat camne kita wat gak kan pastu kasi consultation lebih kurang. Tapi biasalah saikologi kan, bila kita dah jumpa doktor kita rasa secured sikit. Kan?



demam2 pun nak cenyum gak, gud girl

Org adalah meramai kat klinik. Yelah hari Ahad kan. Pastu lepas musim2 raya ni, memang ramailah yg sakit demam. Sempat gak lah kami 3 beranak pergi breakfast dulu. Dah siap breakfast pun tetaplah kena menunggu gak.

Marissa yg tak berenggang ngan ayahnya
ataupun ayah Marissa yg tak berenggang ngan anaknya

Ke hulu ke hilir dikeleknya si Marissa. Aku suh duk dendiam jer kat kosi, tapi asben rajin nak mendukung. Silakan. Janji anak tak nangis. Bukan apa, aku agak merimas dengan budak2 yg dok main2 kat playland tuh. Terjerit sana, terjerit sini. Lompat sana, lompat sini. Dah nama budak2 kan. Itu dunia mereka.

anaklah ayah

Marissa sudah ngantuk lah


Gigit-gigit tangan ayah


Marissa sekang ni memang suka menggigit-gigit. Aku saspek gusi dia sudah gatal lah dan aku jugak saspek gigi dia dah nak tumbuh. Wah awal benar gigi dia nak tumbuh. Meniarap pun belum pandai lagi. Walaupun gigi belum tumbuh lagi tapi kalau dia menggigit memang terasa gaklah. Especially time menyusu. Fuh leh tahan dia punya kepit.

Kadang2 kalau time dia nangis, kiterang tekan2 ngan jari gusi dia. Dia diam. Mungkin rasa lega lah tu kot. Ada gak beli teether utk Marissa tapi yelah Marissa pun belum pandai sangat memegang. Sikit2 terjatuh teether tuh. Tu pasal sekarang siang2 aku memang biarkan Marissa tak pakai sarung tangan. Walaupun kuku dia panjang ke. Sbb nak merangsang motor dia utk berkembang. Dia pun dah pandai takdelah dia nak mencakar muka dia sendiri.

Setelah siap 2 kali aku menyusukan Marissa, barulah nama Marissa dipanggil berjumpa doktor. Doktor Tan nama dia. Aku sebenarnya bajet nak ngan doktor lelaki, cam Doktor Zarul my gynae..hehe sempat lagi kan.. tapi Doktor Tan ni pun ok jer. Cumel dan cantik.
Doktor tgh periksa



Masa cek time tuh, suhu Marissa normal jer. Takde demam. Tapi doktor suh monitor biasa baby demam on and off pastu last2 keluar cam campak halus bergantung pada antibodi baby. Tapi doktor kata Marissa mungkin tak lah, since Marissa fully breastfeed.

Sambil tu jugak Dr. Tan monitor perkembangan Marissa. Doktor tunjukkan graf Marissa. Ermm berkembang pesat. Nak tau berat Marissa berapa? Betul jangkaan aku. Marissa dah 7kg. 4 Bulan dah 7 kg ko. Aku siap tanya doktor berat badan ideal ke obese ke. Doktor kata baby mana ada obese. As long as baby membesar & grow nothing to worry about. Lagi risau kalau baby tak grow. Pastu doktor kata nanti bila dia semakin besar dan aktif bila tenaga dah byk pakai baby akan kehilangan berat badan.

Oh ye lagi satu, aku tanyalah kat doktor, kalau baby demam panas ni boleh ke kita kasi ubat bontot. Apa ke namanya tuh.. sub er.. sub apa ntah.. Sbb aku memang stendbai ubat2 demam tuk Marissa kat rmh. Doktor kata not recommended unless baby dah 6 bulan ke atas. Sekarang ni masih kecil lagi. Just kasi ubat syrup mencukupi.

Utk sesi konsultasi semata ngan doktor kami dikenakan bayaran RM49. Tanpa ubat ok. Apapun masing2 nak yg terbaik tuk anak2 masing2 kan. Yang penting anak sihat dan cergas.

Tuesday, October 5, 2010

Diari Seorang Ibu

Camne yer nak mulakan entry nie. Tapi sebenarnya dari dulu lagi aku nak create satu entry pasal rutin harian aku sejak kembali bekerja selepas dah ada baby nie. Ok kita taip ikut sedap jari-jemari jelah yer.

Sejak bulan Ramadhan hari tu, rutin harian aku bermula seawal jam 5 pagi. Perkara pertama yg aku lakukan bila terjaga, aku akan beri salam kat Marissa. Walaupun Marissa tak nangis nak susu, aku susukan dia sebab biasanya malam memang dia tak berjaga mintak susu. Walaupun mata dia still terpejam dan kadang2 mamai dia tetap hisap dengan seleranya. Sambil sebelah aku susukan dia secara direct, sebelah lagi aku pam. Ni sumer tuk memastikan bekalan tuk dia mencukupi pada belah siangnya.

Lepas tu, siapkan barang2 Marissa yg nak dibawa ke rmh kakak. Yup, akak aku yg tolong jagakan Marissa semasa aku keluar bekerja. Siapkan bekalan susu dia. Pastu siapkan keperluan yg mesti aku bawak ke ofis. Sekarang ni benda yg paling wajib aku bawak ialah beg susu (beg pump & cooler bag). Ni memang tak leh tinggal. Kalau tertinggal harus aku patah balik rmh amik. Beg susu adalah paling penting daripada henbeg sekarang ni.

Biasanya seawal jam 6.30 pagi, kami dah keluar rmh nak hantar Marissa ke rmh kakak. Dalam kereta, kalau Marissa tak tido aku susukan dia lagi sekali. Sambil tu borak2 ngan dia, pesan ngan dia supaya tidak nakal/meragam dan jadi budak yg baik. Dia dengar aku pok pek pok pek sampai tertido balik.

Pastu teruskan perjalanan ke ofis dengan menaiki komuter sambil menggalas beg yg leh tahan jugak keberatannya. Aku & asben walaupun keje satu company, tapi tempat lain2, so tak leh gi sama2. Haluan berbeza.

Kat ofis pulak, aku ada dua sesi utk express breast milk. Sekali pagi dan sekali petang. Nak buat byk kali boleh, tapi tak sampai hati nak tinggalkan workstation. Kalau nak wat lebih aku gi time lunch time. Kang org kata kita gi mengular pulak. Mujur kat tempat kerja aku ni ada menyediakan kemudahan lactation room. Lengkap dengan sinki dan peti ais. Ramai gak ibu2 kat sini yg menyusukan anak secara ekslusif. Merekalah pembakar semangat aku.

Petang kalau komuter tak wat hal dapat lah aku sampai ke rmh awal. Kalau komuter wat hal merasalah aku kuar ofis 6ptg, tapi kul 8 masih berada kat stesyen Komuter Bank Negara. Fuh penat jangan nak katalah. Mujur asben ada. Biasanya kalau dia kerja pagi, dia yg akan amik Marissa dan mandikan Marissa. Aku balik biasa Marissa dah siap wangi2. Aku cuma kasi susu jer sebaik sajer sampai rmh. Tapi kalau asben kerja petang, alamatnya kelam kelibut lah aku sorang2 nak wat sumer. Tu yg kadang2 pukul 9 malam pun aku tak sempat nak mandi. Yelah, susukan Marissa, pastu ngan2 aku sekali tertido keletihan.

Malam, kalau Marissa tak wat hal, dapatlah main2 ngan dia. Layan2 borak ngan dia. Kadang2 dia tido awal gak. Kadang2 dia tido sama time ngan kita. Sebelum tido, cuci & sterilkan botol susu, puting dan pam. Biasanya petang balik kerja dah siap2 rendamkan ngan air sabun. Tinggal nak bilas dan steril ajer.

Pastu, bukak almari, cari nak pakai baju apa pulak keesokannya. Cari baju yg senang digosok ajer. Aku sekang ni gosok baju pun ala2 ajer. Sambil gosok baju pun leh terlelap gak tau. Baju asben memang since peknen aku tak iron dah. Sumer hantar dobi saje. Ater dah letih kan. Tu belum lagi kalau sebelum tu kena cuci baju lah, lipat bajulah. Tapi biasanya asben banyak membantulah. Dia rajin tlg kemaskan bilik, kosongkan bakul sampah dalam bilik yg penuh dengan pampers terpakai, buang sampah dll.

Sebelum tido, susukan Marissa sekali lagi. Kalau tak letih aku akan pam lagi sebelah. Gigih kan. Abih tu nak wat camno stok nan ado. Korang lain lah stok satu peti ais.

Walaupun Marissa jenis tak berapa berjaga malam, tapi aku ni takdelah layan tido tak bangun2. Aku tido pun sekejap2 jer. Bila terjaga, kalau belum solat, aku solat dulu. Kalau ada kerja yg terbengkalai, aku siapkan dulu. Kadang2 wat keje sikit pastu terlelap. Pastu terjaga sambung balik wat kerja.

Tu belum lagi, nak bagi masa nak duk dpn lappy lagi. Nak update blog lah. Nak bukak fb lah. Opps fb memang kadang2 aku tak bukak langsung pun. Sowi yer.

Pastu kul 5 pagi bangkit. So, ulang balik rutin yg sama.

Penat kan? Tapi penat2 pun berbaloi bila tgk anak membesar di dpn mata. Tambah lagi bila tgk dia semakin bam bam. Membesar dengan susu ibu. Priceless.

Kurang Ajar!



Aku rasa aku tak nak maafkan org yg tendang aku dari belakang masa sume org berpusu2 naik tren ni. Train tadi penuh giler. Bkn aku yg tolak, malah aku pun kena tolak,tapi aku plak yg kena tendang. Nahas ko!

Terima Kasih Suami


Selain boleh menjaga anak dengan baiknya, asben jgn byk membantu aku wat kerja rmh. Tgklah elok je tersusun kain2 yg dilipatnya. Sungguh ada improvement hasil lipatannya lps jadi ayah ni. Klu takde asben membantu memang tak terkejar aku nak wat sumer. Asben kata, dia bantu aku sebagai penghargaan dia kpd aku sbb susukan anak. So sweet. Aku plak baru2 ni kasi dia sumting sebagai reward sbb byk membantu. Baguslah begini saling menghargai satu sama lain. Moga kekal selamanya.

Keletihan


Cam biasa anak segar bugar, mak ayah yg keletihan. Apa taknya Marissa kan demam 3 hari yg lps. Tak tido mlm gaklah mama dan ayah dia. Tapi semalam dia dah ok dah. Tido mlm pun takde terganggu. Fuh memang menguji kesabaran dan ketabahan bila anak demam ni kan. Tapi demam jgk bgs utk baby develop antibodi sendiri kan. Sori agak liat nak update blog sekrg ni. Update pun ringkas2 pakai hp saje. Byk citer tertunggak. Tunggu gmbr2 diupload kat lappy baru leh citer panjang2. Buat masa ni lyn lah entri pendek2 ni dulu.

Saturday, October 2, 2010

Tak Cehat


Sian Marissa. Patutlah mlm tadi hmpr tiap jam marissa terjaga. Klu marissa ok krg, kita gi open house yg dkt2 ni jelah ye. Kwn2 yg lain sori ye klu tak dpt memenuhi undangan hari ini..