Tuesday, August 4, 2009

Kampung Budaya

Aku memang dah plan, kalau dah sampai kat Sarawak aku nak pergi ke Cultural Village. Kebetulan pulak tempat ni tak jauh pun dengan tempat aku menginap kat Damai Puri tu. Dekat sesangat. Jalan kaki ajer.

Bayaran yg dikenakan adalah RM60 utk dewasa dan utk kanak-kanak pulak adalah RM30.

Erm.. boleh tahan gak mahal dia nak masuk kat situ. Tapi takpelah, yg penting pengalaman yg kita perolehi tak ternilai pun ngan bayaran sebanyak itu.

Keluasan tempat ni adalah dalam 17 setengah ekar dan terletak di kaki gunung Santubong.

Dapat pasport

Setiap pengunjung akan diberikan sekeping pasport tuk memasuki tempat tersebut. Kelas ko ada pasport. Actually, pasport ni digunakan sebagai check point rmh2 yg perlu dilawati. Setiap rmh yg dilawati akan mendapat satu cop. Kat sana ada bermacam2 jenis rmh etnik antaranya rmh panjang Bidayuh, rmh panjang Iban, rmh melanau, rmh melayu, rmh penan, rmh cina dan bermcm2 lagi lah. So, kalau nak pasport tu penuh dgn semua cop, kena lah pergi kat setiap jenis rmh dan rmh panjang yg ada di situ.



Sebelum menjelajah masuk harus bergambar di pintu masuk

Masa beli tiket. Mamat sebelah aku ni lah yg explain kemain pasal tempat tuh. Sbbkan dia gaklah laju jer aku nak beli tiket berharga RM120 tuk 2 org.


Ramai gaklah org yg datang berkunjung kat sana. Tu aku kata kat entry aku sebelum nie, tempat free cam muzium kucing tu tak ramai org datang, tapi tempat yg berbayar camni leh tahan ramai gak org yg datang.



Lencana yg perlu ditampal dibaju sebelum masuk ke sana




Check point yg pertama. Cop jangan tak cop

Cultural village ni merupakan lebih kurang cam muzium lah. Setiap rmh menunjukkan cari hidup setiap etnik di Sarawak.
mencuba skill bermain gasing

gasing berpusing macam gasing

Ni tak salah aku rmh tinggi Melanau. Memang tinggi nak naik rmh nie


Cara2 mengisar padi


Ni rmh iban kot


Di bawah bubu


Dengan peserta kebudayaan


Aku pun nak perform gak


Dibelakangku adalah jambatan buluh


Di pentas tempat cultural show dijalankan

Setiap hari jam 11.30 pagi dan 4.00ptg akan diadakan persembahan kebudayaan. Show berlangsung lebih kurang setengah jam.


Sebelum tgk show nak naik jambatan dulu



anak panah menunjuk jalan ke Dewan Legenda tempat pertunjukan


Tarian pembukaan

Kat sini konsepnya tengok show sambil duduk di atas kusyen yg diletakkan di atas lantai. Walaupun duk atas lantai tapi ada gaklah tempat tuk bersandar. Camnilah tempat dia..

So, kalau kaki panjang cam aku terkeluar sikitlah kaki tu..hehe



menonton bersama2


Tarian buluh yg membuatkan aku ternganga. Selamba jer org tu terpusing kat atas batang buluh tu

mencari mangsa utk disumpit

masa show nak abis. Sumer org dijemput tuk menari bersama. Mat saleh baju putih tu pandai lak joget melayu



cuba teka aku menuju ke rmh apa? rmh iban? rmh penan?

ke toilet dah...

Yang penting kat sini nampak kat luar pondok buruk jer.


mcm nie


tapi dalam cam hotel


Yer.. toilet nya adalah terbaik. Takdelah malu dengan pelancong asing.


Ni pulak kat rmh Iban kot


Cop pasport sendiri

Cara membuat pedang

Bermain alat muzik

Membuat kicap soya


Setelah hampir separuh hari di sana penuhlah pasport kami menandakan sumer tempat kami lawati

Damai Puri Resort & Spa

Selepas 2 malam stay kat Riverside Majestic Hotel, kiterang pergi ker Damai Puri pulak utk another 2 malam. Dari Bandar ke Kuching ke Damai Puri ni mengambil masa lebih kurang 40 - 45 min. Takdelah jauh sgt pun.

Actually mula2 aku plan nak stay kat Damai Beach Resort, tapi resort tu telah direserved utk Sultan2 sempena mesyuarat Raja-Raja tu. Damai Beach Resort dengan Damai Puri Resort & Spa adalah berdekatan. Kira sebelah menyebelah lah. Org kata Damai Beach tu local punya manakala Damai Puri pula dimiliki oleh Singaporean. Tapi tak tau lah betul ke tak. Tapi masalahnya masa kiterang kat situ, tak nampaklah tanda2 Sultan menginap kat Damai Beach tu. Setau kami Sultan2 sumer menginap di hotel kat bandar Kuching. Hotel apa ntah aku lupa.

Mula2 sampai Damai Puri kiterang a bit upset gak lah, sbb servis kat situ ala2 kureng sedikit. Aku tempah tuk satu bilik jer, tapi tah camne under nama kiterang book 2 bilik with connecting room. Ntah bila pulak lah aku book sampai dua bilik tu. Pastu dapat bilik sikit punya ceruk ke hujung. Tapi takpelah nice view. Mengadap Gunung Santubong dan pantai.

Tapi bila melihat keindahan dan kedamaian di situ kami happy semula.

Oklah malas nak citer panjang2, kita tgk gambar jelah. Gambar adalah tidak tersusun. Penat dah nie. Ikutkan nak stop jer update, tapi oleh kerana dorongan suami tercinta aku teruskan gaklah update yer.



Welcome to Damai Puri Resort & Spa

Menikmati angin pantai

Damai Puri Resort ni adalah besar. Ada 2 wings. Tapi aku tak ingat nama wing dia. Malam pertama kiterang duk kat wing yg mengadap kat swimming pool kanak2. Pastu next day tu kiterang diminta tukar bilik ker next wing pulak. Mengadap kat swimming pool dewasa yg ada jakuzi tu.

Reason management hotel suh kami pindah sbb katanya wing yg kiterang duk tu nak wat maintenance work. Cam tak logik pulak tetiba ko nak halau guest suh pindah bilik sbb nak wat maintenance kat wing tu. Derang kata lagi, sbb nak wat maintenance hari tu sbb bilik2 kat wing yg aku stay time tu tgh kosong, guest sumer dah check out (yelah weekdays time tu), so tinggal aku ngan asben yg menghuni kat wing tu. Giler. Sebanyak2 bilik kat wing ni boleh bilik aku jer yg ada org. Isy takottt. Aku mula terfikir tah2 kat wing aku ni berhantu kot, mungkin malam tu derang nak buat upacara halau hantu kot. Pastu aku asik teringat jer hantu yg kat rmh hantu kat Jom Heboh tu. Terbayang2 jer. Isy sungguh merepek sungguh aku nie.

Tapi mungkin logik gak kot derang nak buat time guest tgh kurang, so takde mengganggu sgt, so, derang tutup satu wing, & pindahkan kami kat wing satu lagi. Ok gak. Dapat bilik baru dengan pemandangan baru. Kat wing yg satu ni memang penuhlah sumer bilik.



Malam kedua aku pindah kat bilik kat wing nie


Seronok dapat bersantai-santai di sini sambil menghirup udara segar



gambar sorang2. yelah tripod takde, so aku amik gambar asben, dia amik gambar aku. Takde lah gambar kami berdua2 an
Pantai Damai

Kat sini ada juga disediakan kemudahan kenderaan shuttle. Kalau nak keluar ke bandar bolehlah naik shuttle. Utk sekali perjalanan sehala adalah RM10. Maknanya kalau pergi dan balik kena RM20 seorang lah. Tapi kalau guna shuttle dari Damai Puri itself dia nye fare RM15 sehala. Pergi balik RM30 lah. Pelik lak aku pesal bertambah mahal, padahal kita dah menginap kat hotel dia.


pool berlatar belakangkan Gunung Santubong



View dari bilik kami yg kedua @ another wing


Dari lobi



Tempat letak kereta berlatar belakangkan gunung santubong


Kalau korang perasan gunung santubong ni kelihatan seolah-olah macam org tgh tido. Dipercayai Puteri Santubong lah tu.



Replika burung enggang. eh yer ker enggang?



Kulihat hijau



Dari lobi. Restaurant facing the sea.

Masa malam pertama sampai kat sana kiterang adalah sgt penat dan tak larat nak keluar. Nak cari makan kat kawasan berhampiran memang takdelah malam2 tu. Kalau siang boleh gaklah makan dekat Cultural Village, tapi malam dia tutup. Oh ya, Cultural Village dengan Damai Puri adalah dekat sahaja.

So, malam tu kami amik keputusan tu makan di hotel sahaja. Time tu memang dah lapar nasi, sbb siang tu kiterang tak makan nasi pun. So, kiterang pun orderlah nasi putih & gulai ikan (main dish), gado2 (starter) ngan satu desert. Utk 2 org makan jer kami kena RM78. Mahal ko. Tapi takpelah sama gak kalau kiterang keluar pun RM40 abis tuk byr shuttle jer, pastu penat lagi.

Malam tu kami mau relax2 sahaja. Pas makan lepak kat lobi jap, pastu balik bilik.


Lepaking at Lobby


Gediking at lobby


tempat menjemur diri


Haruslah mat saleh2 yg suka berjemur. Kita ni kulit dah sedia tanned tak perlu nak berjemur lagi..



Kita ni kengkadang bercuti kat negara sendiri pun terasa asing. Apa taknya tak nampak pun org tempatan di situ. Kebanyakannya adalah foreigner. So, boleh lah feeling2 bercuti di oversea.


Gunung di belakangku


Mat saleh di belakangku



Pantai kat sini cantik gak ar.. putih bersih jer


Langit dan laut sama2 biru

tenang


Lobby


Ni pula view dari bilik kami pada malam pertama sebelum pindah bilik



Masa check-in


Bilik kami


Rate bilik kami tuk satu malam ialah RM254. Kat sini boleh wat macam aktiviti pantai seperti berkayak, naik bot dll. Tapi aktiviti tu sumer tak termasuk dengan room charges. Maknanya nak main kena bayar lah. Tak macam kat certain2 hotel kita leh main secara free contohnya Hotel Damai Laut kat Perak tuh.

Selain tu, kat sini gak ada spa. Org2nya khas didatangkan dari Bali. Tak dapat ber spa di Bali di Sarawak pun jadilah kan. Detail about spa in next entry yer.

Ok, tu jelah sedikit sebanyak mengenai Damai Puri Resort & Spa. Apapun kat sini memang dapat menenangkan fikiran dan jauh dari kesibukan kota.

Monday, August 3, 2009

Di Malam Hari

Kalau my buddy menghabiskan masa malamnya dengan suasana aman damai dan penuh keromentikan di Kenyir tu, aku pulak bersesak2 dekat Waterfront tuk menyaksikan perarakan kapal berhias dan perasmian kompleks Dewan Undangan Negeri.




Konsert semestinya ada


Lama sgt menunggu. Kaki sudah letih. Aku duduk jer di tengah2 lautan manusia.

Penuh dengan lampu2

Bangunan yg yg terang benderang nilah yg nak dirasmikan



Kamera aku wat hal time tu. Langsung gambar satu kapal pun tak amik. Lepas tu ada pertunjukan bunga api selama lebih kurang 10 minit.


***************************************************************

Ok pasni aku akan sambung pulak dengan citer2 di next resort pulak. Sepanjang di Kuching aku menginap di dua tempat yg berlainan. Dua malam pertama di bandar kuching dan 2 malam kedua di tepi pantai yg indah. Kat tempat yg ni barulah betul2 merehatkan diri. Tempat ni agak jauh sikit dari Bandar. Jauh dari kesesakan. Aman dan nyaman. Sesuai utk ber......... cuti-cutian.

Kucing Sana Sini

Lepas beli kek, kami ke Muzium Cat pulak. Yelah dah alang2 kat sana apa salahnya singgah kat muzium kucing tuh. Lagipun bukannya kena bayar pun masuk situ. Masuk percuma. Tak kiralah dewasa ker kanak2 ker. Cumanya bayaran hanya dikenakan utk kamera dan video kamera. Utk kamera RM4 sahaja.


Lengang jer. Tak ramai org pun. Pelik tau, tempat free tak ramai org tapi tempat berbayar yg mahal cam Cultural Village tu ramai pulak org.


Citer Cultural Village akan menyusul kemudian. Ni aku nak abiskan dulu kisah selama berada di bandar Kuching.

Meow! Meow! ganas tak aku?

Kalau takde member asben aku Pian membawa kami ke sini, takdelah kami datang ke sini. Bagus gak ada dia, kalau tak aku pun tak tau kewujudan muzium ni.

DenganSiti, anak sulung Pian.


Tandatangan guest book

Asben aku jahat, masa dia tandatangan dia letak nama blog aku sekali. Aku tak suka tau. Dia ni over tau cam blog dia pulak. Pastu sibuk suh aku update selalu. Lambat sikit kang aku kena sound lah. Ni citer Kuching tak abis2 ni dia dah bising dah pun. Hah nak cpt sgt updatelah sendirik.

Kalau kat muzium ni wajib bergambar di sini. Kucing mana yg comel sekali?


dengan kucing lagi



Kat muzium nie apa2 saja yg berkenaan kucing akan dipamirkan. Antaranya:

Garfield

Hello kitty

Lukisan / poster

kubur kucing - pun ada

friskies pun

Mcm2 lah ada. Segala cerita dan kepercayaan mengenai kucing juga ada dipamirkan.


Hubby & Pian

Bangunan Muzium Cat


Oh ya aku lupa gitau, kan hari pertama tu kami sewa kereta. Tapi memandangkan kami tak familiar dengan jalan sekitar Kuching, dengan sign-board yg tersangatlah kurang kami mengambil keputusan tuk memulangkan semula kereta itu kepada tuannya. Lagipun, setiap kali ke mana2 kami pergi ngan member asben Pian, so buat apa nak menyewa kereta lagi. Apapun berbanyak2 terima kasih kepada keluarga Pian yg byk membantu. Juga tak lupa kepada Edy sekeluarga.