Thursday, March 26, 2009

Sepatutnya....

Kiterang ke Cameron Highland hari ni. Gi bercuti bersama-sama rakan2. Neena & Nuar dan Farah & Zali. Lama gak dah kiterang plan nak bervacation bersama-sama. Nak enjoy bersama-sama.

Tapi apakan daya, asben tak sihat pula. Walaupun dia dah semakin baik, tapi doktor menasihatkan dia byk berehat dan membuat rawatan susulan pada weekend ni.

Maka secara otomatik aku ngan asben tak dapatlah join percutian ini. Sob sob sob. Maka takdelah aku nak blog out gambar2 aku kat sana.

To neena & hubby: Enjoy ur holiday :) take care okey...

Wednesday, March 25, 2009

Cinta Untuk Ain

Anak buah aku si Ain tu suka tgk citer ni. Amboi kecik2 dah pandai nak tgk citer cinta2 yer. Ala citer yg Nabila Huda anak Amy Search yg berlakon tu. Setiap hari Selasa pukul 9.00mlm @ TV3.

Aku takdelah tgk sangat citer ni tapi bila si Ain tu sikit2 suh ingatkan dia bila citer tu, sbb dia nak tgk, takut dia lupa, yelah kat rmh dia tv asyik channel kartun jer, takde can nak bukak tv lain. Bila time citer Cinta Utk Ain tu harus dia berebut TV ngan si Adam adik dia tuh.

Satu hari aku tanyalah kat dia:

Aku: Pesal Ain suka tgk citer tu?
Ain: Ain sukalah sebab nama dia Ain
Aku: Ain paham ker tgk citer tu?
Ain: Paham
Aku: Kalau paham Cinta tu apa?
Ain: Ala ayang lah jawab...
Aku: Ayang mana tau cinta tu apa.. Ain bagitau lah ayang..
Ain: Alar ayang nie, cinta tu sayanglah, apalah ayang nie??

Wah, baru 6 tawon dah pandai cinta, sayang sumer yer?? Ayang pun sayang Ain jugak, Adam pun sama.

Tuesday, March 24, 2009

Boleh Tahan Sentimental Gak






Tak sangka asben aku masih lagi menyimpan segala kad2, love notes, pembalut hadiah dan apa2 jelah yg aku kasi kat dia sejak 6 7 tahun lepas. Waima kertas A4 yg bertulis tulisan tangan aku "Selamat Pagi" pun dia simpan gak.


Tu baru sikit yg diselongkar. Byk lagi rasanya..


Kronologi

Tetiba lak ye nak wat kronologi pasal demam yg menyerang asben aku ni.

14/3 - Sabtu
Asben balik kerja dia mengadu tak sedap badan. Patutnya malam tu dia nak tgk perlawanan antara Manchester ngan Liverpool kat luar. Tapi dia tak larat. Terus ketiduran.

15/3 - Ahad
Badan asben bertambah panas. Demam. Badan lemah. Mengadu badan2 sumer sakit. Especially tang pinggang. Kepala pulak pening teramat. Tak leh bangun. Bwk dia gi klinik. Dapat ubat demam. Petang tu pulak ada wat birthday si Ain, adalah masak2 sikit. Tapi asben tak join langsung sbb dia duk bilik jer takleh nak bangun.

16/3 - Isnin
Sepanjang malam tu aku tak tido sbb risaukan keadaan asben yg tak kebah2 demamnya. Aku amik cuti hari Isnin tu sbb tak sampai hati nak tinggalkan dia.


17/3 - Selasa
Still camtu jugak. Tak boleh jadi ni. Call ofis mintak cuti lagi. Nak bawak asben gi klinik lagi. Doktor wat blood test. Result - takde denggi. Doktor assumed viral fever. Tapi doktor kata kalau tak baik lagi datang balik hari khamis for the 2nd blood test. As for dengue, lmbt sikit nak detect.


18/3 - Rabu
Masih demam. Tapi sakit kepala dah hilang. Cuma lemah2 badan. Aku lak terpaksa gi kerja. Tak sanggup gak nak tinggalkan ofis lama2. Nanti susahkan org pulak. sambil berharap asben akan sembuh. Tapi keadaan memang weak, makan sumer tak mau. Malam jaga dia, letak tuala kat dahi asben tuk kurangkan temperature dia.

19/3 - Khamis
Aku kerja gak. Asben gi klinik sorang2 tuk wat 2nd blood test. Kali ni punya result baru detect that memang kena denggi. Asben call aku dari rmh dia kata dia kena denggi and doktor refer dia ke SJMC (as requested). Aku terus tak keruan kat ofis. Time tu aku abis meeting, pastu mcm2 hal lak kat ofis yg berlaku yg membuatkan aku lagi bertambah tense. Aku tak dapat kawal perasaan. Aku menangis di depan seseorang. Pastu aku ok dah. Tak taulah nape mungkin aku stress kot plus aku letih sbb kurang tido & rehat sumer kot.


Balik ofis cpt2 sbb kalau boleh nak ke hospital hari tu jugak. Aku balik ngan tren. Tunggu tren kata tren delay. Kalau kat stesyen Bank Negara ni kalau delay harus aku tak dapat naik tren yg dtg sbb mesti penuh giler. Aku pun wat keputusan to take train from Stesyen KL. Aku pun amik lah train ke sana. Sampai sana org memang dah ramai gak. Train sampai tapi aku still tak leh naik. Penuh melampau. Pastu datang train lain, aku sedaya upaya memasukkan diri gak kat dalam train, yg aku fikirkan nak balik cpt nak bawak asben gi hospital. Penat2 aku selit2 badan aku ke tengah train, boleh derang suruh turun sbb train tu rosak. wtf. tetiba nak mencarut. Dalam hati apalah malang nasib aku hari nie. Pastu ada announcement suh gi landasan satu lagi for the shuttle train. Apa lagi bergegaslah aku naik tangga rebut ngan org ramai, dah macam rusuhan pun ya jugak. Tapi train sampai still takleh naik. Pastu patah balik ke landasan sebelumnya. Org bertambah ramai. Tawakal jer supaya aku dapat naik. Alhamdulillah dapat naik.


Sampai rmh dah kul 8 malam. Badan dah flat giler. Nak ke hospital pun aku dah tak larat. Apapun gi klinik Pusrawi dulu nak amik keputusan & reference letter. Doktor kat sana cakap, kalau nak pergi keesokan pun takpe, tapi make sure kena minum air byk2. So, kiterang decide pergi hari esoknya saja, sbb kalau gi malam tu jugak tak tentu sama ada katil ada kosong atau tidak kat hospital. Kang kena halau balik pulak. Lagi letih. So, baik berehat dulu di rumah.


20/3 - Jumaat
Kuar rmh pagi2 trs ke SJMC. Nasib dapat jumpa doktor mula2 sekali, walaupun kiterang takde wat appointment. Doktor terus nak tahan asben, as he said asben dah muntah2 takut ia bertambah buruk. Takpe, kiterang memang dah get ready for asben to be admitted. Tapi nak tunggu wad bapaklah punya lama. Siap dia suruh kiterang gi makan dulu kat kafe.



aku makan kuetiaw goreng. small portion sajer


Asben lak makan nasi goreng nie. tapi aku yg makan pun, asben tak selera. Jgn tak caya tuk kuetiaw ngan nasi goreng ni kami dikenakan sebanyak RM15.00.. air mineral sajer.. giler mahal lah.. taulah private pun.. tapi agak2lah..


tangan dah kena tebuk ngan jarum utk masukkan air nanti, tapi bilik still tak ready lagi

Masa nak check-in..


Bilik byk yg penuh. Bilik single sumer penuh. Dapat bilik double. Oklah tu.




akhirnya dapat gak wad


suka pulak dia main katil tu.. tak padan ngan sakit


air yg kena dimasukkan ke dalam badan


apa ini? tempat utk menyimpan urine. Setiap patient yg kena masuk air, urine kena disukat. That's why kena buang kat dalam nie. Nak tgk input&output air dari dlm bdn


Aku jaga asben sampai kul 10 malam jer. tu pun dah lebih masa. Aku tak leh stay sbb kongsi bilik ngan patient lain. Nasib watie & Am datang. Aku tumpang derang balik


21/3 - Sabtu
Aku bangun pagi2 basuh kain sumer. Pastu gi kedai cari ketam. Siap masak sup sumer aku ngan mak & adik aku gi melawat. Kat wad setiap pagi darah asben diambil tuk diuji. Pastu setiap beberapa jam ada jer nurse yg dtg cek temperature & blood pressure sumer. Ok gaklah duk kat wad, atlis leh monitor tu sumer.

penat baring, asben bangun tuk makan sup ketam


Malam tu patutnya aku nak balik pastu ada staff nurse kata ada bilik single yg kosong. Maka kami pun berpindah bilik. Syukur. Tak perlu aku nak balik rmh. Malam tu aku tido kat atas lantai jer berlapikkan kain sajer. Sakit2 badan tapi takpelah. Tunggu sleeping chair tapi tak kunjung tiba, takpelah aku lebih selesa tido kat lantai jer.


Bekalan air masak sentiasa digantikan dengan yg baru.. tak kira air abis atau pun tidak

view dari bilik.. asben menghuni bilik 514 & 508





Tempat aku bertenet. Selain menjaga asben aku juga meluangkan masa tuk mungupdate blog


Ahad - 22/3

Setelah 3 hari 2 malam Dr. Alan membenarkan asben aku kuar wad. Tapi doktor nasihatkan asben supaya berehat dan datang semula wat follow up pada Sabtu depan. Syukur Alhamdulillah.


Get ready to back home


Begitulah kisah aku ngan asben dari minggu lepas yang mengakibatkan berat badan aku pun turun mendadak sebyk 4kg.

Monday, March 23, 2009

Jaga-Jaga Nyamuk

Korang tau kan nyamuk adalah punca pelbagai penyakit especially denggi, so aku nak nasihatkan korang berhati-hati dengan nyamuk. Sesungguhnya asben aku memang trauma ngan nyamuk.

di tingkap wad

Yg nyata asben telah pun menyumbangkan statistik mangsa denggi kat negara nie. Setiap kali ada kes denggi pihak hospital akan memaklumkan kat pejabat daerah ker pusat kesihatan (aku tak berapa sure) kat kawasan tersebut tuk membuat pemantauan.

Tadi ada pegawai kesihatan datang kat kawasan kami dan memaklumkan yg kawasan kami telah pun diserang wabak denggi. Asben aku merupakan first case kat situ. Tapi tak taulah kat mana kenanya. Apapun petang ni derang akan wat fogging.

happy bila asben dah semakin baik tapi lihat mataku.. bengkak giler tak cukup tido

Terima Kasih

Buat pengetahuan korang asben dah discharged semalam. Alhamdulillah keadaan dia bertambah baik tapi badan masih lemah2 lagilah. Cuma doktor minta dia berehat byk2 kat rmh. Dia masih bercuti sakit. Next Saturday kena datang wat follow-up.

Anyway me and asben nak ucapkan terima kasih pada korang sumer yg mendoakan dan terima kasih juga kepada rakan2 yg datang melawat. Sesungguhnya rakan2 yg datang menceriakan kami berdua.

see.. my hubby dah leh senyum

with frens

my eldest sister

Apalah yg Nuar joke kan ni yer? yg nyata bukan tutup hidung sbb asben tak mandi lagi ye..


hubby's fren & family


Farid & Reza also came.. tq for the pegaga juice! berkeriut muka nak telan air tu taw..


sister & bro in law


mak aku


mak & adik pompuan aku




hubby's frens

seriusnya? cam doktor nak check patient jer

Mungkin ada gambar rakan2 lain yg aku tak sempat nak amik. Maafkan aku. Apapun kami amat hargai kunjungan korang sumer.

Tak lupa juga terima kasih kepada nurse2 yg comel2 & muda belia yg merawat asben ngan baik sekali. Korang jangan memain lelaki suka tau duk wad nie.. dapat layanan istimewa gitu...takpelah asalkan sihat.
Tgk kiri kanan diapit gitu..

Terima kasih tak terhingga kepada doktor yg merawat juga; Dr. Alan Teh. Doktor ni bagus sgt.. aku rekemen korang amik doktor ni kalau ada pape hal. Doktor ni merupakan pakar darah. Doktor yg baik sekali. I like him. Tetiba nak suka pulak.

Sunday, March 22, 2009

Pindah



Akhirnya dapat gak aku teman asben aku tido sini. Ada bilik single yg kosong. Maka tadi kami pun berpindah bilik. Dengan ini aku tak yah nak ulang alik lagi, duk jer kat spital nie ngan asben aku. Semalam takleh teman sbb dpt bilik 2 bedded. Seb baik kain baju aku memang dah standby kat dalam kereta.

Baguslah layanan misi2 kat sini.

p/s: Sejak aku tak leh nak transfer gambar dari kamera, syok pulak amik gambar pakai webcam nie, nak upload gambar pun senang.

Saturday, March 21, 2009

Sup Ketam

Gambar di hari kedua.

Org kata kalau kena denggi ni elok makan sup ketam. Tapi tak tau lah sejauh mana kebenaran tu. Tapi doktor tak pernah pulak cakap pasal ketam2 ni. Paling kuat pun doktor suh minum air byk2 jer.

Tapi aku wat gaklah sup ketam tu khas tuk laki kesayangan aku nie. Yelah selagi ada yg boleh aku wat, aku watlah.

Pagi tadi aku pun kuarlah mencari ketam. Bila taim nak ketam ni cam susah pulak nak cari. Tapi akhirnya aku berjumpalah jugak dengan ketam2 itu. Tapi ketam tak berapa fresh lah. Bolehlah dari takde.

Gigih aku masak sup ketam. Tapi gambar lupa nak amik. Tapi memang rupa sup lah. Rasa pun rasa sup ketamlah. Hehe.

Lepas siap masak, aku pun siap2 nak gi melawat asben kat wad. Aku gi ngan mak ngan adik pompuan aku.

Selain bekalkan ketam tuk dia, aku gak bawakkan dia nyer shaver. Asben terlupa bawak shaver hari tu. Asben ni aku kalau tak shave sehari dua mau jadi cam banduan terlepas jer nanti.

Berbalik pada sup ketam tu, tadi aku ngan asben makan sama2. Tapi masalahnya sup ketam yg aku bawak aku jer yg bedal lebih. Macam mana tu? Yelah org sakit, apa sangatlah nak makannya kan.. Jadi aku jerlah yg mengopek-ngopek ketam tu sampai licin. Asben hirup sup jer, tapi aku kopek kan gak isi tuk dia. Tapi dia tak makan byk, takut gatal pulak nanti.

Yelah aku pun konpius gak org kata makan sup ketam tu, makan sup jer ker atau boleh makan ketam sekali?

p/s: Thanks to Reza & Farid yg bawakkan jus pegaga ngan hempedu & Neena dan Nuar yg datang melawat.. siap buah tangan lagi.. Semalam Watie & Am pun datang gak melawat siap tumpangkan aku balik sekali.. Pastu kawan2 asben pun ramai gak yg melawat pagi tadi & semalam.. Sori nama sorang2 aku tak berapa ingatlah... Nanti aku wat entri bergambar tentang pelawat2 sekalian. Tapi ada gak time kawan2 datang aku lupa amik gambar.. sori yer kalau gambar korang tak ada. Aku kadang2 terlupa nak amik. Ada pulak time korang datang tu, aku takde kat wad, so takdelah org yg nak menyenap.

Friday, March 20, 2009

Kena Tahan

Wargh.... aku tak tau nak wat pe kat spital nie. Seb baik bawak laptop boleh gak mengurangkan tahap keboringan di sini. Oh ya asben aku akhirnya ditahan di wad (SJMC). Semalam asben wat 2nd blood test, baru dpt detect that he is on dengue. Patutlah lama semacam jer demam dia kali ni. So, pagi tadi bwk asben kat sini terus admitted.

Sedikit sebyk gambar2 di wad. Gambar pakai web cam jer. Sebenarnya aku dah byk amik gambar pakai kamera tapi kabel ngan card reader sumer tak bawak so tak leh nak transfer gmbr, alternatifnya pakai web cam jer.

sian dia.. pestaim kena tahan wad "get well soon syg".


aku layan blog, asben layan tv




kena masuk air



isteri yg sedang risau



Kalau boleh asben nak aku stay kat sini teman dia, tapi aku tak leh stay sampai malam sbb dapat bilik double bedded, paling latest pun sampai kul 9.30pm jer. Kalau single bedded leh lah aku stay. Tapi bilik single sumer full house. Masuk senarai waiting list jer.

Ok korang doakan semoga asben aku cpt2 sembuh dan cepat kuar dari wad ini yer. Thank u to u all :)

Wednesday, March 18, 2009

Goreng Pisang ke Goreng Plastik Nie?

Hari tu aku adalah beli pisang goreng kat tepi jalan kat tempat biasa aku beli nie. Pisang goreng dia & apa2 yg dijual tu memanglah sedap je selama ni.

Biasa kalau aku beli mesti aku mintak kerak lebih. Kerak dia sedap jer buat kunyah2. Tapi semalam masa aku tgh layan makan pisang goreng bersama keraknya itu aku ternampak cam ada serpihan plastik jer kat tepung yg dah jadi kerak tu.

Terus aku teringat yg aku pernah baca dalam paper yg org berniaga goreng2 nie suka letakkan plastik dalam minyak gorengan mereka utk memastikan hasil gorengan adalah rangup dan nampak sedap.

Masa aku baca berita tu kat paper aku rasa cam tak berapa caya jer.. tapi bila semalam aku dah nampak ngan mata kepala aku sendiri, baru aku percaya betul2.

So, korang berhati2lah bila membeli makanan yg goreng2 nie.

p/s: Tapi aku taknaklah wat fitnah kata peniaga tu memang saje letak plastik, ntah2 mungkin plastik tu kebetulan terlekat kat situ ker...