Friday, September 5, 2008

Happy Birthday

Ala hai cam ne aku leh lupa lak birthday anak buah aku Adam yg-2 pada 3 September hari tu. Present pun aku tak beli lagi..



Happy Birthday to Adam Hakimi. Love u Dik.

p/s: Nanti ayang kasi present yer... alamak kena beli 2 sekali sbb tak boleh kasi sorang jer kena kasi kakak dia sekali si Ain tu..

Tengok Apa Tu?






Cuba korang fikir apa sebenarnya yg berlaku nie???? Sape boleh teka dia memang pandai... sila jawab yer... mungkin ada hadiah yg menunggu... eh tetiba lak aku nak kasi org hadiah....bulan2 poser ni elok kalau kita memberi kan???? tapi satu pemenang sahaja ok.. yg tepat & terpantas dan terbuka kepada korang, korang dan korang2 sumer... penyertaan otomatik tertutup apabila sambungan entry ini di auto publishkan.


Jangan lupa teka yer.. apa yg dilihat ni hingga asben aku ni terlopong begitu sekali????

Thursday, September 4, 2008

Cuai


Aku ni dalam kereta suka sgt letak barang2 atas riba aku. Pastu stok klu nak kuar kereta main keluar je tanpa perasan barang2 kat atas paha nie. Dulu hp aku hilang, mungkin terjatuh bila aku kuar dari kereta. Kali ni aku wat lagi... isy... tak amik iktibar langsung aku nie...

Malam Merdeka Hari Tu

Aku sambut malam kemerdekaan aku kat padang bola belakang rumah aku jer 31 Ogos lepas. Mula2 plan nak bawak mak aku sekali ke Dataran Merdeka, so, sebelum gerak ke dataran singgah lah sekejap kat padang bola ni, saje nak tgk kemeriahan kat sini. Alih2 mak aku pun cam ok je kat sini terus jadi malas nak ke Dataran terpaksa lagipun cuaca cam nak hujan jer hari tu.

Adalah jugak 2 3 kerat artis yg datang malam tu. Ada Azza (Elite), Elly Mazlin & Acad. Pengacaranya pulak Azlee Senario. Bolehlah dari takde gitukan.. Asben aku kata apa tau.. dia kata ni mesti stok2 artis yg tak dapat undangan kat KLCC atau dataran.. hahaha..


Sape tah tgh nyanyi waktu nie.. time ni aku nak blah jap nak gi makan dulu

Azza Elite tgh perform. Kurus betul dia sekang. Suara ala2.


Hujan dah turun pun...


Mak aku pun semangat nak tunggu detik 12 malam. Elok aku nak snap jer mak aku pandang tempat lain, mak aku ni kurang suka skt nak bergambar


Bendera Malaysia dinaikkan semasa lagu Negaraku berkumandang tepat jam 12


Sejurus lepas tu haruslah ada pertunjukan bunga api


Tak lama pun lebih kurang 10 minit ajer.. tak mcm kat dataran sampai 20 minit

Sebenarnya aku takdelah fanatik pun nak sambut2 merdeka tgk bunga api ni, niat sebenarnya nak bawak anak buah aku si ain tu tengok bunga api, tapi alih2 dia tak nak ikut pulak..

Wednesday, September 3, 2008

Tetiba Lak Ye..

Mesti korang pelik kan (walaupun takde sape yg kesah pun sebenarnya) yg lately ni rajin tul aku update blog nie kan.. bila datang mood rajin ni kemain aku. Siap buat byk2 entry tau, pastu buat auto publish...

post yg ni pun aku pakai auto publish...

p/s: tgk time malas aku lak camne... aku tinggal cam tu je blog aku ni, tapi taklah lama2 sgt pun aku tinggalkan.

Boleh Dijadikan Sajian Berbuka Puasa

Cili memang saje dilebihkan... nampak cam kureng skt, tapi rasa sedap ok...
Atas permintaan ramai, (permintaan ramai katanya) aku letakkan gambar ikan sumbat yg aku ceritakan tempoh hari. Nak resipi sila scroll ke bawah ok. Kelmarin pun, atas permintaan asben, sekali lagi aku masak lauk ni sebagai lauk utk buka puasa.



Latihan Larian

Last Saturday aku ikut asben aku wat latihan jasmani kat Shah Alam. Dia kena lari 6 pusingan padang bersamaan 2.4km dalam masa 12 minit. Kita tengok yer sama ada asben aku berjaya atau tidak... (gambar kebiruan sikit, sbb aku duk bawah khemah biru)


Ke garisan.. sedia.. mula..

Pusingan yg ke-3. Time ni dah nampak dah tahap kepenatan dia..

Pusingan yg terakhir....

Akhirnya sampai ke garisan penamat... kat belakang dia ada lagi satu group yg belum abis pusingan

Asben aku berjaya menghabiskan keenam2 pusingan, tapi lebih skt dari 12 minit. Tak salah aku asben aku berjaya menghabiskan dalam masa 12 minit 50 saat (tak silap aku lah). Ok lah tu, lagi pun lutut dia ngah injured tu. Last time he managed to finish before 12 minutes.

Kengkadang aku risau gak laki aku ni aktif sana, aktif sini sbb aku tengok sumer org yg aktif sport nie kaki mesti ada problem...

Tuesday, September 2, 2008

Pening

Asal dia datang jer aku pening kepala. Asal aku pening kepala jer dia datang....

Eh, apa yg datang nie??

Keluar Shopping

Hari Rabu lepas kan aku cuti. Apa lagi aku kuar gi shopping lah. Mak mertua aku pun nak ikut sekali. Mula2 kiterang gi Jakel. Aku nak cari kain. Bkn untuk raya, tapi utk lepas raya, yelah manalah ada taylor nak amik tempahan lagi kan. Aku beli 4 helai, termasuk 1 utk MIL. Mak aku punye aku dah belikan awal2 lagi dah. Ntah nape kali ni mata aku asyik terpilih kaler hijau jer.. mungkin kerana terpengaruh oleh awek hijau ni kot..



Salah satu collection utk lepas raya

Lepas borong2 kain, kiterang jenjalan kat sekitar masjid india sesambil tu nak cari salon yg ada wat facial. MIL aku ni hah teringin nak wat rawatan muka. Cari punya cari sampailah ke Pertama kompleks. Jumpa lah satu pusat kecantikan tu, tapi aku lupa nama dia. Sementara MIL wat rawatan aku ngan asben gi jenguk kedai raket. Asben aku ni lak fanatik tul nak beli raket baru, padahal dalam beg raket dia tu dah ada berapa btg raket dah... mentang2lah baru2 ni dia baru menang dlm badminton tournament kat ofis nie... bertambah-tambah lah semangat dia tuh.


Pilih raket cam pilih apa ntah... boleh lah aku wat bandingan mcm pompuan nak pilih kasut..




Yg ini yg berkenan di hati.. baru aku tau, lain raket lain fungsinya..


Dari Pertama Complex kami ke Sogo pulak. Sogo ni tempat wajib wat aku. Kengkadang rasa cam segan gak nak pergi, sbb rasa cam hari2 jer ke Sogo, tak lunch hour, after office hour aku gi. Sebenarnya aku nak beli clinique soap bar ngan Mac compact powder. Dah berapa hari aku datang asyik takde stock ajer... Seb baik time aku datang hari tu sabun muka tu ada, tapi bedaklak takde. Malas nak dtg byk kali aku amik jer kod lain, tapi tak jauh bezalah ngan yg aku pakai sekang nie..

Pastu beli aksesori sikit, ala subang2 jer.. aku nak beli subang bulat yg besar2 tu, asben aku tak galakkan, tapi MIL aku backing aku... hohoho.. seronoknya..Ingat nak beli subang besar yg leh masuk tangan aku nie, tapi fikir2 balik, sanggup ke aku pakai, so aku amik yg sedang2 jer...

Kesimpulannya, hasil shopping aku pada hari itu ialah: 3 helai kain utk aku, 1 helai kain utk MIL, 1 blouse utk mak aku, 2 t-shirt utk aku, Mac powder & sabun muka, subang & sarung kaki utk aku.

Nak gak letak gambar berdua. Gambar berdua takde pulak di hari kejadian, ni aku import dari gambar kejadian lain

p/s: Asben kata tak sia2 dia beli raket baru nie, asyik menewaskan org jer katanya..


Monday, September 1, 2008

Selamat Datang Ramadhan

Seribu senyuman
belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa

Selamat Menyambut Ramadhan

Semoga Ramadhan AL MUBARAQ INI membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina….

Maaf di atas ke terlanjuran bahasa dan kata sekiranya mengguris hati..........
SEMOGA RAMADHAN KALI INI AKAN LEBIH BERERTI DLM APA JUA AMALAN YANG KITA LAKUKAN..

p/s: Hah! sape yg tak poser tuh?