Hari ketiga (25 Julai)
Hari ni plan nak bangkit awal sebab nak jalan jauh. Tetapi apakan daya kami terlajak bangun. Siap cpt2 pastu gi breakfast kat Kingfisher Restaurant pulak, makanan kat situ ok sikitlah compared to The Penyu, sbb kat sini ada makanan melayu sikit spt nasi lemak, kuew tiau goreng dll.
Makan pun cepat2 jer kata nak jalan jauh kan. Pas makan gi ke kereta & check dulu keadaan kete. Memanglah tuan kete tu tak check dulu kondisi kereta tu, nasib baik laki2 kami ni berhemah nak check dulu kete, ada ke patut kete tu minyak hitam betul di bawah paras low. Kalau nak citer pasal kete ni memanglah hangen, dah lah sebelum tu, masa mula2 dapat kete masa drive terasa bergoyang-goyang jer kete, rupanya tayar ada prob. tu pun seb baik kiterang inform kat owner pastu owner bawak workshop kasi tukar tayar. Dah2 aku bkn nak citer pasal kete, tu pun seb baik ada kete, klu tak camne kiterang nak jalan2.

Berhenti kat Petrol pump dulu check minyak engine.. seb baik check kalau tak, tak taulah apa jadi
Back to the story, masa nak start perjalanan aku terperasan gelang yg aku dapat free dari akak yg jual gelang semalam tu dah hilang, dah satu keje aku patah balik ke tempat makan tu, nak cari balik, ikutkan malas nak cari kata free kan, tapi asben suh cari, aku carilah. Tapi tak jumpa. Takpelah.
Tinggal kenangan jer gelang yg aku pakai ni, tak tau mana cicirnya.. tapi aku dah dpt penggantinya..
Perjalanan yg sepatutnya bergerak kul 8.00am telah bertukar ke 9 lebih. Dahlah perjalanan ke situ mengambik masa selama 2 jam lebih... Nak tau kiterang ke mana? Kami nak ke Kudat. Jarak Kudat dari Bandar KK adalah lebih kurang 215 km dari bandar KK. Lebih kurang nak ke Melaka rasanya. Tapi jalan nya idaklah sama sbb bkn ada highway pun kat sana plus ngan adanya jalan yg tak berturap lagi. So, sedikit mencabar di situ...
Apa ada di sana? Apa yg specialnya di sana? Apa tempat yg kiterang pergi tu? Tunggu... next entry yea.. aku akan buat entry khas pasal tempat nie. Very very nice place to go... (pics wait to next special entry pls)

Gambar sepanjang perjalanan ke tempat itu..berlatar belakangkan Gunung KinabaluDari Kudat, kami terus ke Tuaran. Since kawan baik nak sgt gi jumpa buaya, so kiterang pun singgahlah ke Taman Buaya Tuaran. Bayaran masuk RM10 untuk dewasa. Mula2 masuk tempat tu rasa cam tak menarik jer. Visitor pun tak ramai time tu,yelah hari bekerja kan, what can u expect, so adalah berapa kerat manusia kat dalam taman tu.
Bila dah masuk dalam tu cam ok pulak, takdelah boring pun. Mula gi rumah buluh & rumah panjang. Posing2 kat situ.
Kami di rumah buluh..

Ni kat rumah panjang pulak.. siap kiterang menari-menari kat atas tu..Time kat situlah malang tak berbau, asben aku kena sengat ngan ntah aku pun tak tau apa nama natang tu, but according to budak yg kerja kat situ nama natang tu penyengat. Sian asben aku kena sengat 2 kali satu kat kaki, satu kat pinggang. Rasa bersalah jer aku dah lah time tu dia tengah nak amik gambar aku, tiba2 jer dia campak kamera kat tanah, rupanya dia kena sengat, dia panik, dia ingat dia kena serang tebuan cam dulu (ala citer kat redang tu, kan kiterang kena serang tebuan). Nasib baik tak apa2. Risau aku.
Masa amik gambar aku ni lah dia kena sengat... gambar kecik tu bukti dia kena sengat.. sian laki aku..
Kat Taman Buaya tu memang ada byk buaya. Difahamkan satu kolam tu menempatkan 600 ekor buaya. Woo gayat tul tgk buaya2 yg besar giler & pelahap tu. Terfikir gak aku kalau lah terjatuh kat dlm kolam tu sure lah tak dapat selamatkan diri, mana taknya mulut2 buaya tu sumer dah siap nganga2 dah kat bawah tu... isy seriau aku.
Aku takmo letak gambar buaya ni byk2 kat blog aku.. tak syukerr.. derang buas
Selain buaya, kat taman tu ada gaklah haiwan2 lain seperti ostrich, kura2, kancil, burung merak, Ular besar, ikan arapaima dan byk lagi..

Tgk asben aku bertindak kejam cekit leher ostrich tu sbb dia patuk tangan asben aku masa bagi makan. & tgk gambar kura2 tu. Aku berjaya amik gambar derang tengah bercium. Lama weh.. tanpa segan silu..
Oklah tempat tu... worth it lah ngan RM10 tu, cuma kiterang terlepas cultural show sbb terlewat sampai.
Lepak kat Taman Buaya tu sampai taman tutup kul 5.30pm, kiterang lah visitor paling akhir yg kuar dari taman tu.
Dari Taman Buaya Tuaran, kiterang terus pergi ke Tanjung Aru. Lebih kurang cam Teluk Cempedak or PD lah tempat dia. Tengok sun set kat sana. Kalau ikutkan cantik lagi beach kat tempat kiterang tinggal, cuma aku beria nak kesana sbb nak beli jeruk jambu batu yg dijual di sana. Sedap woo. Jeruk2 kat sana tak sama cam jeruk penang.

Dating2 kat tepi pantai..
Lepas borong jeruk, singgap makan kat gerai2 kat situ. Makan nasi goreng jer. Laki si Watie tu cerewet sikit pasal makan. Dia tak makan kat situ, dia tgk jer kiterang makan.

Gerai2 kat Pantai Tanjung Aru
Sebelum pulang ke hotel, kiterang singgah jap kat kuarters branch office aku nie. Nak jumpa kenalan di situ. Yelah, dah alang2 sampai sana haruslah kita melawat mana2 yg kita kenal kan.. lagipun derang layan kiterang dah mcm sedara. Jumpa ngan family kak Mah & Kak Ana. Derang bengang jer sbb kiterang datang tak bagi tau, bukan tak nak bagi tau, sbb tak nak nyusahkan sbb jenis derang ni, kalau datang rumah harus derang masak sedap2 jamu kiterang. Takpelah len kali ada rezeki kami datang yer...
Ingatkan pastu boleh terus balik, sekali Kak Mah bawak kiterang ke Pasar Malam pulak. Bkn pasar malam biasa ok. Pasar malam tu penuh ngan jualan gelang2, batu2 dan segala perhiasan lah...Pasar tu terletak dekat ngan Hotel Meridien.
Dah penat shopping barulah kami balik ke hotel. Mandi2 terus babam....