Monday, July 7, 2008

Syahdu lah Konon

Mana nak start yer. Sebenarnya byk mende nak citer pasal anniversary ni. Maklumlah pestaim kan.

Kan aku ada citer yg hari tu aku kuar gi beli sumting tuk asben aku, yg sebenarya aku tak beli apa pun, cuma sekeping kad dan sekotak coklat ferrero. Kiranya yang ni sebagai kejutan lah kan. Aku plan nak kasi mende2 ni pada tengah malam anniversary kiterang.

So, malam tadi gigihlah aku nak menunggu ke detik 12 malam. Siap sampai tertido-tido lagi. Sebenarnya letih sgt sbb siangnya tu byk sgt program gi weddinglah, pastu gi ziarah nenek asben pastu gi jogginglah citer2 pasal ni akan menyusul kemudian.

5 minit sebelum kul 12 aku terjaga, pastu mulalah cari idea camne nak suh asben aku kuar bilik, sbb aku plan nak letak kad ngan cekelat tu atas katil. Kata nak wat seperais kan.

Aku pun ngan spontan cakap ngan asben aku yg hp aku kat luar (ruang tamulah). Aku mintak dia amikkan konon nak set jam nak bgn pagi esoknya. Asben aku pun ngan lurusnya pergilah keluar.

Akupun ngan sepantas kilat keluarkan kad ngan cekelat yg aku sorok baik punya kat bawah kain kat dalam almari. Pastu aku letak atas katil, pastu aku tutup ngan bantal.

Pastu asben aku pun masuk bilik, cakap hp aku takde pun kat luar tu. Pastu aku cakap dah jumpa dah. Walaupun sebenarnya waktu aku mintak asben aku gi amik, alarm hp aku dah nyanyi gegar2 lagi kat dalam handbag aku asben set reminder, seb baik asben aku tak dengar. kalau tidak kantoi..

Pastu asben aku landing lah. Landing atas bantal tu. Pastu dia rasa cam ada sesuatu. Dia sedikit terkejutlah. Dia pun bukaklah kad tu dan baca kat dpn2 aku gak. He appreciated it.

Aku pulak tah nape emo tak tentu pasal hujan lak. Patutnya happy, tapi aku memang happy pun tapi tah nape aku leh nangis tersedu-sedan pulak ayat tak leh bla. Aku ni kadang2 susah gak nak control perasaan nie, aku leh lak teringat susah payah masa nak kawen dulu. Yang pasti perasaan tu sebenarnya perasaan gembira bercampur sebak di atas kurniaan yg diberikan. Bersyukur ke hadratNya.

Dah lah malas nak taip lagi, aku ni kengkadang emo tak tentu hala, kang sambil taip mata merah jer. Tu belum lagi masa aku tulis kad hari tu, jiwang hingga meruntun perasaan perasaan aku jelah Tulis kad sambil bergenang je mata. Ntah apa2 betul aku nie.

:P pompuan happy nanges, sedih pun nanges..

p/s: Hadiah ulangtahun telah bertukar tangan sehari sebelum anniversary. Me like it so much :D

Mas Kahwin


Aku ada sedikit kemusykilan di sini. Benarkah duit mas kahwin yg kita perolehi daripada suami kita harus dibelanja/digunakan? Atau boleh tak duit tu disimpan sahaja buat kenangan.


Sesuai ker?

One of my colleague commented pasal pakaian lelaki masa gi wedding my officemate's daughter yesterday. Dia kata ramai staff lelaki yg datang wedding tu tak pakai proper. Maksud tak proper kat sini, tak pakai batik or kemeja. Katanya lagi ramai yg pakai t-shirt sahaja. Pada aku normal je tuh. Korang rasa salah ker kalau gi wedding org hanya pakai t-shirt? Maksud aku nice t-shirt lah, takdelah pakai t-shirt yg dah luntur kaler atau pun dah comot2. Perlu ker nak berbatik bagai? Takkan lah nak expect org muda belia nak pakai cam tu. Kalau cam taraf bapak2 org (standard uncle2) tu boleh lah kan..

Aku cakaplah takkan nak pakai official kot, bkn majlis rasmi pun. Pastu dia kat majlis kahwin is majlis rasmi. Pastu dia tanya aku, aku bengang tak kalau org datang wedding aku pakai kasual jerk.. lar nak bengang apa nya suka hati deranglah nak pakai apa pun.. dah dtg tu pun dah cukup baik kan.. lainlah kalau aku wat kat hotel ker, pastu siap bertema bagai, haruslah aku sentap sentap sikit jelah kalau org tak ikut tema, kan..

Tak taulah mungkin majlis semalam tu sebab buat kat dewan kot.. tu yg kena pakai proper kot.. tapi apa masalahnya kalau wat kat dewan pun, bkn wat kat ballroom hotel ke pun. Kalau nak ikutkan masa aku kawen belah asben aku pun wat kat dewan gak, dewan yg ada kelas gak ar ni bkn ayat nak meriak taw, ada air-cond bagai..(according to MIL the best top 10 dewan kat KL nie - tak taulah fakta itu benar ke tidak) takde lak kiterang kesah apa org nak pakai.. nak pakai selipar pun pakailah, yg penting memenuhi jemputan itu wajib. Bkn pakaian menjadi ukuran.

Entahlah, mungkin tu persepsi org yang ado-ado kot kena jaga imej kot..

For ladies, takde masalah kot sbb dah tentu2 gi wedding pakai kurung or kebaya or apa2 pakaian kebangsaan yg lain.. tapi takkan lah had lelaki nak pakai baju melayu di tengah rembang matahari kot.. kang konfuse lah sape yg nak menikah..



Update: Malas nak buat new entry. Just tambah gambar jer kat sini. Lagi pun gambar ada kene ngena ngan majlis di atas.


Kami on d way nak ke kenduri kawen. Lakiku pakai t-shirt jer pun. ada aku kesah?? takde ok... nampak hencem jer pon.. cuba kalau pakai baju batik sure nampak tak hencem hehe

Gambar atas mula2 sekali yelah gambar dewan dari luar. Dewan belia kot, tak ingatlah.. kat Cheras nun.. Bawah gambar dewan lak gambar aku ngan asben, aku tengok takde masalah pun ngan pakaian kami laki bini, sedondon. sebelah gambar dewan tu pulak gambar tetamu tengah beratur nak amik makanan, ramai tul org.. & last sekali tu gambar pelamin.

Akhir kata, selamat pengantin baru kepada pengantin. Oh ye, yg komen pasal baju tak de kene mengena ngan keluarga pengantin, beliau adalah sebahagian daripada jemputan jugak.

Another Year


Another year to create precious memories together.

Another year to discover new things to enjoy about each other.

Another year to build a life rich in love and laughter.

Another year to strengthen a marriage that defines "forever."


Happy Anniversary!

7 July 2008

Friday, July 4, 2008

Pre-Anniversary Gift

Dalam sibuk2 aku ni sempat gak lunch time tadi kuar ke Sogo cari pre-anniversary gift utk my sayang. Sanggup tu kuar sorang2, jalan sorang2 & mkn sorang2 E..eh gift pun ada pre pre gak ker? yelah ikut suka aku lah kan.. hadiah yg betul2 nanti aku bawak dia kuar & let him choose apa yg dia suka. Kalau aku beli siap2 kang takut tak ikut taste dia. Biasa kalau hadiah untuk occasion yg lain2 memang aku beli sendiri jer, kasi surprise gituh kat dia, tapi kali ni aku nak dia pilih sendiri.

Aku tak leh gitau apa yg aku beli tadi, kang buatnya dia baca blog aku kang tak surprise lak kan..

p/s: Nanti aku leh pilih lak apa yg aku nak pandai tak aku?... isy tak ikhlas ke apa aku nie???

Grrrrr... Bengang nie

KO MINTAK TOLONG NGAN AKU, AKU TOLONG. DAHLAH MINTAK TOLONG PUN MELALUI ORG LAIN, TAK DIRECT DENGAN AKU.

TAPI KO SELALU MENYUSAHKAN AKU. KENAPA???? AKU TAK PAHAMLAH ADA GAK ORG CAM GINI....

BILA CALL TAK PERNAH NYE NAK DIJAWAB... INGAT AKU SUKA2 JER NAK CALL KO.. WOI NI URGENTLAH!!!!


p/s: hah amik ko huruf besar aku taip, nampak nar aku tengah giler bengang nie..

Thursday, July 3, 2008

Perosak Betul

Ko memang dasar perosak!

Tak suka tau. Hadiah2 kawen aku belah asben, aku simpan kat rumah MIL jer. Bkn tak nak giler wei tak nak hadiah cuma sekarang ni kan aku still stay kat rumah mak aku, takkan lah aku nak hangkut sumer hadiah2 tu ke rumah mak aku. Takde tempat dah nak simpan, hadiah belah aku ni pun ada aku letak atas almari, ada tumpang kat bilik adik aku, ada letak kat almari mak. Adalah gak yg dah kami gunakan. Selebihnya nak tunggu pindah rumah nanti, barulah kami hangkut hadiah2 tu sumer.

Nak dijadikan citer, asben aku ni memanglah kalau balik kat rumah mak dia akan menyelongkar segala almari, laci, kabinet & apa2 jelah, aku pun tak tau apa yg dia cari, tapi yg aku tau bila dia wat cam tu kira dia leh lepas rindulah kat rumah dia tue.. Hadiah2 dalam almari mak dia tu pun selalu gak lah dijenguknya cuma tengok2 dari luar jer, tak bawak kuar lah. Tapi, pada suatu hari asben aku tergerak hati nak check hadiah2 dia tu, dia pun bawak kuarlah salah satu kotak... WHAT?!! oh NOO.. kotak2 itu diluar nampak cantik rupanya di dalamnya telah dimakan oleh anai2. Aku ulangi anai2 ok. Nasib baiklah anai2 tu tak makan plastik, so barang2 tu masih terselamat lah.. pinggan mangkuk & brg letrik pun selamat, cuma kotak2 dia jer dah lembik2. Terkejut aku, MIL aku apatah lagi, tak sangka lak anai2 dah berumahtangga kat dalam almari tu..

Seb baiklah, kami perasan awal. So, barang2 tu sumer dapatlah diselamatkan... Syukur..

Wednesday, July 2, 2008

Jawapannya

Ada ker korang kisah nak tau jawapan teka-teki aku hari tu???

Takpe ar aku nak gitau gak.. yelah sape yg baca komen tu, tau lah apa jawapannya..yg tak baca ni aku bagi tau jawapannya yer..

Buah yg tidak terbakar adalah:-

Pisang emas,
Buah Cempedak &
Buah Keranji

Kenapa lak buah2 ni tak terbakar?

Kerana buah2 ni sumer takde ditempat kejadian semasa kebakaran tersebut sebab:-

Pisang emas dibawa belayar
Buah Cempedak di luar pagar
Buah Keranji di dalam perahu

Cik Ret telah berjaya menjawab teka-teki ini dengan tepatnya... tahniah..

Hadiah Istimewa

I'm still thinking. Apa nak bagi nie??????
Tak tau nak bagi ape, tapi dah tau nak mintak ape..

Sekejap jer dah setahun..

Tuesday, July 1, 2008

Apa2 Jelah

Jalan2lah ke blog org lain dulu yer.. Aku rasa cam ketiadaan mood nak stori mori lah....Citer byk tapi cam tak baper semangat nak update lar..

Tapi sebelum tu aku ada teka-teki ni pak mertua aku tanya kat kiterang masa lepak2 kat kedai mamak:-

Terdapat satu ladang buah-buahan
Suatu hari ladang tersebut terbakar
Abis segala buah terbakar
Dalam byk2 buah terdapat 3 buah jer tak terbakar

Buah apakah itu?