The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Wednesday, June 11, 2008
Saya Suker
Pastu jenguk kat sini pulak, aku dapati aku punya blog punya link (apa punya ayat da...) dah diklasfikasikan sebagai 'My daily Doses'. Tetiba rasa cam sesuatu sangat tau. (well, u know who u are... & yes i really2 loike ur blog ok). Dia nyer blog memang my feberet tau...
Aku juga happy sebab korang2 yg tengah baca entry ni pun sudi singgah ke blog aku yg ala2 ini. & sudi tinggalkan jejak di sini. Walaupun ada yg senyap2 jer. I appreciate it. Since ada blog ni, aku ada ramai kawan2 baru ;)
p/s: blog2 yg lain2 pun saya suka juga.... suker sumer tau..
Tuesday, June 10, 2008
Birthday
Happy Birthday mak. Deqna sayang mak sangat. Deqna ngan Shah doakan mak sihat sejahtera, dan bahagia selalu bersama dengan anak2, menantu2 & cucu2 (cam byk jer.. padahal 2 org jer). Semoga Allah merahmati hidup kita sekeluarga. Sesungguhnya segala pengorbanan mak membesarkan kami sumer tanpa ayah tidak ternampu kami balas. Terima kasih mak.
p/s: Aku tak leh tulis panjang lebar. Aku ni sensitif. Kang bergenang jer mata aku.
Monday, June 9, 2008
MidNite Movie
Masa ni line dah tak panjang, tapi masa baru sampai tu que panjang lah jugak
Dah lama dah tak dating kat sini
_______________________________________________________
In 1957, Indiana Jones is thrust back in action, venturing into the jungles of South America in a race against Soviet agents to find the mystical Crystal Skull.
Also Known As:
Indiana Jones 4
Indiana Jones IV
Indiana Jones and The City of Gods
Raiders of the Lost Ark sequel
Untitled ("Indiana Jones" Sequel)
Production Status:
Released
Genres:
Action/Adventure and Sequel
Running Time:
2 hrs. 3 min.
Release Date:
May 22nd, 2008 (wide)
MPAA Rating:
PG-13 for adventure violence and scary images.
Distributors:
Paramount Pictures
Production Co.:
Amblin Entertainment, Kennedy/Marshall Company, Lucasfilm, Ltd.
Studios:
Paramount Pictures
Filming Locations:
Los Angeles, California USA
Undisclosed locations Around the World
Produced in:
United States
Saturday, June 7, 2008
Cepatnye..
Sempena 1st anniversary ni apa aku nak buat yer?? Apa yer hadiah nak kasi kat dia? kowang ada idea??
Hari tu adalah aku borak2 ngan asben aku. Aku cakap ngan dia kalau boleh 1st anniversary ni nak gi dinner kat tempat eksklusif sikit, contoh cam kat Restoran Berputar kat KL Tower tu (ekslusif ke pon???) lagipun aku tak penah makan kat situ. Lepas cakap tu, adalah secara tak sengaja aku tersendawa (ke terkentut? tak ingat ar) ada bunyi lah.. Pastu boleh asben aku cakap "tulah bukan shah tak nak bawak gi tempat2 cam tuh, tapi kalau dah perangai cam ni, camne shah nak bawak, buat malu kat org jer nanti". Sabar jelah aku, ooo kalau time aku ter ter ni kemain lah dia bising.. tapi kalau dia tu aku rilex jer. walaupun sebenarnya kengkadang tu dia sengaja jer.. paling geram kalau dia korek idung pastu sajer jer kuis2 jari dia tu kat aku, tu pun aku sabar jerk.. (dia main2 jer tu tapi kadang2 rasanya ada gak betul2). Mesti korang kata tak senonoh kan perangai kiterang nie... tapi kadang2 tu perangai cam ni lah yg boleh menghiburkan kita.. tak caya cuba korang test...
p/s: Tak sabar nak gi second honeymoon.. nak ikut?
Friday, June 6, 2008
Dulu2
Hai, kengkawan ku yg ada dalam gambar seperti di atas tu... Rindulah kat korang.. walaupun keje satu bumbung. koser aku. Rindu zaman dulu2 (5-6 tawon lps), sungguhlah seronok sekali. Dulu sumer bujang2 belaka, sekarang masing2 ada yg dah kawen, dah ada anak, dah jadi tunang org, dah jadi artis (artis ker) dan ada gak yg still solo... ingat tak vacation kita dolu2?? PD giler karok sampai ke pagi, Melaka, Cameron? Sonok kan??? p/s: Kepada kalian2 di atas kalaulah terbaca blog aku ni, sila lah tinggalkan komen di sini.. aku nak wat jejak kasih...
Mid Nite Movie
Thursday, June 5, 2008
Sembunyi
Syyh... aku ada projek besar nie.. Nak tau aku kat mana tu?
Aku kat dalam almari nie...aku sebenarnya nak terkejutkan asben aku. Kira nak balas dendam lah ni. Dia tengah mandi .. aku standby dalam almari ni siap pegang kamera lagi. Nak amik gambar dia tgh terkejut. Sangguplah aku berpanas-panas duk dalam almari tu dengan harapan dia akan terkejut badak.
Tetapi adakah aku berjaya????? ta rannggg......
Oh, tidak! misi kali ni masih tidak berjaya.... dia cam tau2 jer aku ada kat dalam almari tu, siap dia ketuk pintu almari pastu siap sembur ridsect kat luar almari konon nak kasi aku lemas.. Gambar kat atas tu dia berpura-pura terkejut supaya tidak menghampakan aku.
"La nape tak terkejut?? penat tau... isy...."
"Yelah terkejut lah nie........ Camne org nak terkejut, nampak cahaya dalam almari tu"
Aku pun bengong salah timing, time tu pulak aku amik gambar aku sendiri...
p/s: dah pasni malas nak main nyorok2 lagi... misi asyik fail jerk..
Tuesday, June 3, 2008
Letih Tapi Puas
Ok back to the story...
hah dah kilat pun... pasni leh pinjam lagi
muka letih... tapi sebenarnya sunguh lah tak tahan ngan bau longkang kat car wash itu..
Dah settle cuci, terus balik rumah in law, borak2 kejap, cuci muka pastu gerak. Tak terniatlah lagi nak mandi waktu tu sbb ingat lps tu nak balik terus jer.
Tapi dah alang2 kat rumah in law, aku ajak asben aku gi Taman Tasik Permaisuri nak cari sengkuang yg pernah diceritakan oleh Ceera di dalam blognya. Cam org mengidam aku mencari sengkuang itu. Sesungguhnya memang dah lama aku mencari sengkuang yg disapu dengan 'sos merah' (tak tau nak panggey ape) dan di atasnya ditaburkan kacang. Dulu masa sekolah rendah selalu beli kat depan pagar sekolah. Aku rasa korang pun tau kan?? Pastu bila dah besar ni cam dah pupus jer, tak pernah jumpa pun, sengkuang ngan asam boi tu biasa lar..
So, bermulalah operasi mencari org yg berniaga buah-buahan kat situ. Mula2 terjumpa ngan lori yg jual buah2han & minuman. Sampai2 jer terus aku tanya "Makcik, ada jual sengkuang tak?" Tapi makcik tu kata takde.. aku cam dah nak nanges jer.. yelah kat situ mana ada org lain berniaga dia sorang jer, so aku ingat tak dapatlah aku cari sengkuang yg diidamkan itu. Tapi seb baik anak makcik yg berniaga tu, bagi tau aku. "kak, kalau akak nak sengkuang cuba tengok kat taman permainan sana, biasanya kat situ adalah, tapi dia kurang perasan sikit tau sbb dia berniaga kat but kereta jer". Sebagai tanda terima kasih aku pun beli lah buah jambu ngan mangga dari makcik tu.
Pastu apa lagi segeralah kami ke tempat yg dicakapkan itu. memang tak nampak cam ada tanda2 org berniaga kat situ. Oh ya sebenarnya kawasan di situ memang tidak dibenarkan berniaga, DBKL sentiasa meronda dengan kuda. Sibuk jer derang tu tau. Org nak berniaga pun tak senang. Cam org bengong jer aku setiap bonet kete yg park kat situ aku tengok satu2. Finally, yes! i found it.
Sampai 4 keping aku beli tau. Sengkuang dia besar2 sekali. Lepas beli, tak nyempat2 terus duk kat bangku kat situ terus makan. Cam mengidam siot. Ntah apa2 lah aku ni. Sori pic tak sempat nak snap. Tengok2 dah abis. Taklah abis sampai empat2 keping tu, aku makan sekeping jer siap kongsi ngan asben. Lagi 3 bawak balik, ingat sampai rmh baru nak amik gambar tapi dah lembik, cam dah tak cantik so malaslah nak amik.
Ingatkan lepas tu bolehlah balik rumah terus, badan aku pun dah letih. Tapi tetiba asben nak jumpa nak jumpa ayah dia pulak yg ada function kenduri kawen kat Dewan Belia kat Flat Sri Sabah. Aku dah sound awal2 kat asben aku yg aku takmo turun kete sbb aku rasa aku tersangatlah serabai. Tapi bila dah sampai, takkan lah aku nak duk dlm kete jer kan. Apa jenis menantu kalau camtuh. So, nak tak nak terpaksalah jua aku keluar dari kereta. Dan dah tentu2lah bapak mertua aku suruh makan kat situ. Siap dia yg tolong amikkan lauk. Aku kata aku segan sangat, dia kata tak yah segan2 tuan rumah ni kawan ayah.. yolah senang lah cakap, aku ni terasa tersangatlah selekeh di kala itu.. tapi taklah selekeh sgt pun, aku jer rasa camtuh. Apapun, inilah pertama kali seumur hidup aku gi majlis org dengan tak sempurnanya - tak mandi taw, pastu pakai jeans jerk.. huk eleh burok perangai... tapi takpe time tu pun dah kul 4 lebih tetamu pun dah takde sgt dah.. fuh selamat... tapi makanan dia memang syiok.. ker memang kiterang memang tgh lapar..
Selepas itu barulah kami terus pulang ke rumah. Sampai rumah pun dah pukul 5 lebih. Aku memang dah weng time tu.. rasa melayang-layang jer.. masuk rumah boleh aku terlanggar dinding pulak, sakit tau bahu aku.. tak tau camne leh terlanggar dinding tu, yg aku tau aku jalan nak menyenget jer, aku jalan straight tapi badan cam di tolak ke tepi ajer.. letih sangat kot.. pastu masuk bilik pulak boleh pulak kaki aku ni terlanggar kaki katil pulak.. meraung lagi sekali aku.. sakit tau.. pastu tak tau nape aku emo tak tentu pasal terus aku campak segala beg aku kat bawah katil pastu menjerit sekuat hati... LETIH!!!! BAB* BETUL. ntah apa2 betul aku ni.. bodoh punya aku.. nak marah2 kat sapa ntah... pastu mandi, terus landing.. wah baru terasa nikmatnya tido..
Monday, June 2, 2008
Jom Camping
L-R: Watie, Am, Asben aku, Yus & Nita.. ooops ni tak adil aku takde di situ..
Me & Asben, baru adil cam nie kan..
Kata berlapan, tu baru 6 orang mana lagi 2 orang? Oh yer, Cikgu wan & Cikgu lanun (nama sebenar Husnul) gi separate, kiterang terus jumpa derang kat sana. Derang sampai giler awal, kiterang sampai kul 11 lebih. Sbb apa lambat? Sbb last minute Nita kata transport dia problem, so kiterang terpaksa rombak balik planning asal. Planning asal aku ngan watie pergi satu kete. Wan & Nita satu kete. Since wan dah gi separate & nita takde transport kiterang terpaksa bwk dua kete. So, kalau bawak 2 kete tak enjoylah kan sebab kalau nita & yus naik kete aku, watie & am akan pergi berdua sahaja dan begitu juga sebaliknya.. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pergi naik MPV ajer. So, dapatlah kami berenam pergi bersama-sama.
Ketibaan kami semua telah pun disambut dengan senapang cicak yg dibeli lanun di pasar malam, boleh derang bengang kan kiterang derang nak main tembak2 pulak.
Tak cukup dengan itu, bini lanun juga agak bengang di atas kelewatan kami, dia juga telah menyambut kami dengan sebuah penumbuk yg turut dibeli di pasar malam di PD itu. Tu korang nampak penumbuk yg dia pegang tu? Penumbuk tu sebenarnya adalah alat bantuan untuk mengurut, tetapi telah disalahgunakan oleh mereka. Begitu juga pistol tembak cicak itu, telah disalahgunakan juga.
Selepas itu, tanpa membuang masa kami sama2 bergerak utk mencari port yg sesuai utk mendirikan khemah. Akhirnya, pantai Cermin (dekat ngan kem askar) menjadi pilihan kami sumer. Sampai2 dah tentulah byk khemah dah sedia terpacak kat tepi pantai tu kan. Yg kami ni barulah terkial-kial nak mendirikan khemah. Tak sesuai betul tau kiterang ni, org kalau nak camping siang2 dah ready sumernya, ni kiterang dah tengah malam baru nak pasang khemah bagai. Tapi ada kiterang kisah? takde ok.. yg penting kami happy...
Sesambil makan, sambil berbual-bual dan bergelak ketawa. Riuh tul, khemah sebelah menyebelah dah sunyi sepi dah, seb baik tak kena sound sbb bising. Tapi ada gak ramai yg masih tak tido lagi, cari apa ntah kat tepi pantai tu.
Lepas2 makan, kami duduk bersama-sama sambil bercerita dan mengimbau masa2 lampau. Kami sumer tak kering gusi dengan lawak jenaka si Am.
Khemah ada 3 biji, tapi sumer lepak kat luar khemah baring2 sambil2 tengok bintang2..
Nita & Yus yang merindui 2 org jejaka hatinya. Yes, Nita is a mother of 2 kids. Thanks for spending your time with us... best tak? & derang yg paling risau sbb tak bawak sijil/kad kawen
Watie & Asben.. Am yg tak abis2 mintak pegawai agama datang ambush, tak abis2 nak saman malu nak juta2 konon. Banggalah sgt dengan sijil kawen dia tuh..
Aku ngan asben... yang sentiasa bersamaku.. Ntah nape aku pegang kepala dia sebegitu sekali..
Wan & Lanun. Wan tengah peknen 4 bln, tapi masih aktiflah sgt. Esoknya pulak derang berdua nak celebrate anniversary kat Pulau Tioman.
Kiterang bercadang tak nak tido pun malam tu, tapi bila jam dah pukul 4 lebih, memasing mata pun cam dah kuyu jer, so kiterang pun masuk khemah tido. Ala tido pun takdelah nyenyak sgt pun, sekadar nak merehatkan badan jerk.
Pagi2 tanpa mandi sumer, apatah mandi laut (tak plan nakmandi laut pun) selepas merobokan khemah kami pun bertolak pulang. Lagipun cuaca macam nak hujan, that's why cepat2 berkemas..
Kesimpulannya, walau dah kawen & beranak pinak, tak semestinya kita tak leh enjoy ok.. malah lebih enjoy sbb nak satu khemah pun no problem punya...Memang penat teramatlah sangat. But, we had fun & enjoyed so much.