Tuesday, May 20, 2008

Sabtu, Ahad, Isnin

Best kan cuti panjang2 hari tu kan.. panjang tak panjang lah 3 hari je pon, tapi cukuplah untuk merehatkan diri, memanjakan diri, melepakkan diri dan menghabiskan duet..

Sabtu:
pagi tu lepak kat rumah dulu. Main2 ngan si Ain ngan Adam dulu. Dah siap kerja rumah sumer baru lah aku ngan asben kuar berduaan. Cadangan nak tengok movie tapi cam tak besh jer tengok berdua, ajak kawan baik tapi asben dia keje lah pulak. So, niat tersebut dibatalkan. Maka kami pun pergi membeli-belah.. mana lagi kalau tak Sogo, ni kira episod dua punya shopping lar, actually hari Jumaat tu after office aku dah sempat rembat 2 helai baju, ni kira sambungan jer lah.. well, aku cuma beli sepasang kasut dan pembersih muka Clinique.. tu jer, eh tak jugak pastu naik kat warehouse sale, aku amik shampoo, pad, buah2han, cokelat, biskut, milo, susu, jajan, bla bla bla aku pun dah lupa apa mendenya lagi... tapi yg penting kesemua bende yg aku beli tu ditaja oleh asben aku lar.. apa kes aku nak bayar kan..

Abis shopping segala, jalan2 kat pasar malam Jalan TAR pulak. Sesaja jalan2 cari penat walaupun takde mende nak dibeli. Sempat gak menyinggah makan mi sup kat satu gerai. Not bad lah rasa dia.

Aku dah kata, asal amik gambar jer muka mesti jadi cenggini


Aku pun sama.. muka tak siap.. Dah tau mulut aku penuh time tu gaklah nak snap



Dah penat berjalan-jalan kami ke Angah Station pulak, lepak kat sana pulak. Pesal aku asyik ke sana? sbb FIL aku ada share kat situ.. suke2 jer aku. Minum2 kat situ sambil layan bola sambil dengar org karaoke. Dah pagi baru balik rumah.


Ahad:
Bangun lambat sbb tido pun lambat kan. Dalam kol 11 baru kuar cari b'fast. Makan nasi lemak kat Tarbus. Bukan Restoran Tarbus tu, tapi ni gerai kat ngan rumah aku jerk. Sedap nasi lemak kat situ. Pastu balik rumah tak ke mana pun.. duk rumah jerk layan DVD. Best fren janji nak kuar malamnya, aku pun standby jer lah kat rumah, alih2 kiterang tunggu sampai ke pagi, tak jugak derang call. So otomatik program cancelled.


Isnin:
Pun masih beristirehat di rumah. Cuci segala kain baju, kemas bilik. As asben dah janji nak bwk aku gi facial, petang tu kuar jap wat facial. Sedap tul. Sungguh rilex sekali.

Aku ajak asben aku wat sekali, tapi dia takmo dia lebih suka kalau.......


... aku sendiri yg facialkan dia... lagipun aku tak sanggup nak kasi awek kat kedai tu pegang2 muka dia...


Dah macam bibik rupa aku ni, citer pasal bibik ni baru aku tingat hari tu aku tgh masak2 kat dapur, ain letak cawan kotor kat sinki leh dia cakap "nah bibik". kurang asam tul budak tu

Mother's Day Lagi

urthfirutyriutyiuyburytbvityriybtuybfiurtyircufythfiughhhtvitughvtviyrtrituroit.rhurytryturtru rjhftuvbtuyuyuyfcurytcurygurygvutyvkjdfoeijreoiutyr8tyurtyutidit
yutrueryryyjikoldoljgjglopkjokjlllsls

Jgn betulkan komputer anda, tulisan di atas memang sengaja ditaip begitu oleh asben aku... patutlah aku dengar dia menaip laju semacam ajer, rasa aku mau 60 words per minute tu. Yg tak boleh blah tu, leh lah dia cakap 'eh laju gak shah taip yer'.. aku tgh iron baju time tu.. aku suh dia siapkan citer celebration mother's day mama dia, dan bila aku tengok, hasilnya seperti perenggan di atas itu.. Aku memang saje tak nak delete. Dia memang cam tuh asal aku suh create post kat blog ni mesti dia refuse, dia kata ayat dia skema, apa ingat ayat aku ni tak skema ker.. sama ajerlah.. , bila aku lambat update pandai lak dia nak berbunyi..

Dipendekkan cerita, Mira (SIL) yg plan nak wat surprise yg tak berapa surprise ni, so pada malam 11/5 hari tu bertempat di Angah Station, maka berkumpul lah kami sumer untuk meraikan hari Ibu buat mama kepada asben aku... merangkap mak mertua aku..

Kek yg disponsor adik2 ipar aku

Aku, mama & Mira

Kesian.. gmbr asben aku takde gak time tu (ada tu ada tapi tak jadi), yelah dia sibuk ambik gambar org jer, so terpaksa import gmbr lain, tapi lokasinye tetap sama, cuma hari je berlainan.. yelah cam tak adil jer kalau aku tak letak gambar dia sekali.. tak tau nape asal amik gambar jer mata dia mesti ala2 stim gitu.. susah tul nak ejas.

Akhir kata, kepada yg dah kawen, anggaplah mak pasangan kita tu, seperti mak kita sendiri. Yang penting, jangan putuskan hubungan mereka anak beranak, walaupun anak dia dah jadi laki kita, jangan sekat pasangan kita kalau dia nak balik rumah mak dia ker, dia nak call mak dia ker dan apa-apa jelah, sbb dia tetap emak kepada pasangan kita. Bak dalam nasyid tu..


Who next? your mother

Who next? your mother

and then your father


ingat yer anak2




Friday, May 16, 2008

Suker

Hatiku berbunga riang... syioknye... dapat email dari asben aku.. (memang setiap pagi dapat e-mail dari dia walaupun sama tmpt keje, tapi e-mail hari ni lain sikit)

Assalamualaikum sayang selamat pagi...mana nak shopping arie nie?

Aku pun reply:

Waalaikumsalam sayang..selamat pagi...shopping kat sogo lah... tapi takde duit (sambil wat muka kesian)

Dia reply balik:

berapa nak??? (sambil buat kening berkerut)

Amboi, harus ke nak berkerut-kerut nie.. tak kisahlah janji dah di offer... Berapa aku nak mintak yer? jap aku nak congak2.. tapi cukup ke masa nak shopping time lunch time nie.. takpe kalau tak cukup sambung weekend plak.. lagipun Hari Isnin kan COTI...

p/s: Tgk ar, klu rajin aku kuar tgh hari ni, klu mls aku postpone dulu shopping nie...

Selamat Hari Guru

16 Mei Hari Guru kan? So, kepada sumer cikgu-cikgi diucapkan:-



Selamat Menyambut Hari Guru. Mesti dapat byk hadiah daripada murid2 kan..



p/s: Ada cikgu baca blog aku tau..

OKB

Harus aku berbuat baik ngan laki aku sekarang nie... giler mata duitan aku nie... tak tido malam aku memikirkan apa yg aku nak mintak nie... laki aku dah tido dah, tido dalam senyum, tapi baru tadi ni dia terjaga jap, siap cakap dia sampai termimpi-mimpi... almaklumlah.. eh, apa yg dia mimpikan yer?? jap2 aku tanya dia... jahat aku okey siap kejutkan dia balik tanya apa yg dia mimpi.. oh mimpi jadi OKB rupenya..

p/s: Tahniah syg... "jgn lupa ai nye portion yer... "

Thursday, May 15, 2008

Apa ntah

Balik keje semalam masa dalam kete, nak dekat ngan Restoran Jenjantas dah:-

Asben: Lapar tak? Rasa cam nak makan Sate Kajang lah...

Aku: Tak lah lapar sgt. Tapi cam best jer yer.. sambil dah terbayang-bayang keenakan sate samuri itu

Asben: Nak makan ke.. tak? Asben tanya kat diri dia sendiri

Aku: Suka kan cam tu.. dah buat org terbayang-bayang.. jgn tak jadi lak.. kalau tak nak jangan cakap tadi..

Asben aku ni memang selalu cam tu kalau time balik kejer, memacam lak dia pk nak makan itu ini, tapi end up dia akan kata "takpelah makan kat rumah lagi best". Nasib hari ni tak. Memang aku dah terlior pun dah..

Maka, kami pun singgahlah Restoran Hj. Samuri yg ada kat Restoran Jenjantas tu.. Orderlah 20 cucuk untuk dua orang. Cukuplah tu kan. Aku paling kuat pun leh telan 8 cucuk jer. Lepas makan maka kami pun teruskan perjalanan ke rumah.

Aku: (Sendawa..) Alhamdulillah

Asben: Syg jgn mkn byk.. Nanti badan naik, jangan nanti sampai Shah cari......

Aku: (Dia tak abis cakap aku dah potong).. Hah, cari ape?

Asben: Cari ubat diet utk syglah... isy org tak abis cakap lagi...

Aku: Eleh.. dia yg makan byk... org makan sikit jer..


Tak sesuwei betul lah... aku ni dahlah underweight tapi makan pun kena control...ape lah.. ala sebenarnya aku tau, dia saje nak balas dendam sebab aku selalu control diet dia..

Tuesday, May 13, 2008

Hari Bersama Keluarga & Mother's Day

Dari hari ke hari aku nak berdating ngan asben, rasa cam dah lama tak dating berdua-duaan, tgk wayang ker, bowling ker, karaoke ker, tapi tak jadi2 gak. Hujung minggu aku byk dihabiskan bersama-sama keluarga. Tapi takpe, daripada kuar berdua baik kuar ramai2 ngan family gitu kan.. Keluar berduaan any time pun boleh, ngah malam pun boleh; tgk midnite. Yg penting ada masa utk bersama family.



Cuba teka mana aku bwk mereka ni sumer?



Eh, si Ain tu tiru aku punya pose ke ape?
Left to Right: Aku, Adik aku, Ain, Akak aku (sambil dukung Adam) & Mak aku




Hahaha.. ke Tugu Negara aku bwk family aku jalan2? Oklah tukan, jgn ingat kita duk KL ni kita pernah jejak kat situ.. korang ado? cam akak aku tak pernah langsung jejak kat situ tau. Tapi sebenarnya saje nak bawak si kenit2 tu, kata nak memupuk semangat kenegaraan gitu..





Si Adam ni tetiba jer nangis2 kat tugu, rupenya dia takut tengok tugu yg besar tu.. so kejap je kiterang kat situ, kemudian kami ke sini pulak....

Ke Jakel.. Ala kedai kain tu. Akak akulah, sibuk nak cari kain tapi alih2 satu pun tak dibelinya.


Aku pulak yang beria memilih. Chiffon tetap menjadi pilihan aku.

Selamba ajer budak berdua ni wat tempat tu cam rumah derang jer.... ok .. ok korang boring yer...jom ayang bawak gi sini pulak..



Kite ke Lake Garden pulak... korang main2 lah puas2 kat sana


Lepas shopping2, jalan2, malam tu pulak kiterang makan kat Kg Baru. Sebenarnya program hari ni adalah untuk meraikan mak aku sempena sambutan Hari Ibu. Kiterang adik badik tong2 duit belikan apa yg mak aku nak & sama2 belanja makan. Alamak gambar masa makan2 takde lah pulak, almaklumlah masing2 dah kelaparan.



"Selamat Hari Ibu Mak, kami sumer sayang mak, terimalah pemberian kami yg tak seberapa itu"

p/s: Baru aku pasan gambar asben aku takdelah, yg nyata dia ada bersama-sama kami, sibuk mengambil gambar

Sunday, May 11, 2008

Tag

Bukan pasal smart tag lagi yer puan2 & tuan2. Mentang2lah aku citer pasal smart tag sebelum ni, tup tup aku dah kena tag oleh si Erin ni. Best gak yer.. This is the first tag yang aku kena buat tau...

Senaraikan 5 hadiah yg anda impikan:

Sebelum tu, dengan tak malunya aku nak cakap aku terima jer apa2 hadiah yg org bagi. Tapi untuk memudahkan korang (kalau ada org nak kasi aku hadiahlah) cari hadiah utk aku, refer je lah list kat bawah nie yer:-

1) Rumah Banglo
2) Notebook
3) Menang peraduan juta2 dgn tanpa disangka-sangka
4) GUESS handbag
5) Tiket Penerbangan percuma ke mana sahaja untuk seberapa ramai (Bkn Air Asia punya, Air Asia aku blh beli sendiri)

Senaraikan alasan atas pilihan itu:

1) Yelah kalau sendiri nak beli mesti tak dapat punya, kalau dapat pun bila aku dapat hadiah yg no 3 tuh.

2) Walaupun dah ada satu, tapi mcm tak syioklah sbb kadang2 asben pun nak guna sama. Ada 2 senang sikit.

3) Boleh beli rumah banglo. Hehehe. Taklah bkn tu jer, mcm2 aku leh wat dengan wang sebanyak tu. Selain itu, kalau dah dapat juta2 aku rasa aku lak akan hadiahkan hadiah kat org lain pulak.

4) Saje tak nak impi yg melampau sangat, kang takde sape yg larat nak hadiahkan kat aku, at least Guess handbag ni kira tak membebankan sangatlah.

5) Boleh bawak family aku & family mertua, jalan2 serata dunia. Gi Mekah ker..kan..

5 Impresi terhadap orang yang diminati:
1) Berbudi bahasa
2) Sopan santun
3) Hormat org tua & org sekeliling
4) Pandai jaga hati org
5) Tepati janji

Perkara hebat yang pernah dilakukan:
Kahwin. Kenapa kahwin? Adalah.... Tak yah taulah korang.. hehe..Takpelah aku gitau gaklah sikit. Akhirnya kawin jugak aku dengan dia, walaupun mula2 kenal tak terfikir dia nak amik aku jadi bini dia & yg paling penting 95% majlis kawin aku diuruskan oleh aku sendiri.

5 Ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju):
1) Segala-gala ciptaan Allah S.W.T
2) DVD kahwin aku
3) Blog
4) Handphone
5) Mekap

5 perkara yang dibenci:
1) Traffic jam
2) Komuter buat hal, pastu penuh gila b*bi, pastu ada bau ketiak.. eeii..
3) Org bersin / batuk tak cover2 men lepas je kat depan org, pastu terpercik kat org
4) Org yg suka citer belakang2 & tak abis2 jaja citer kat org
5) Cakap benda yg sama berulang kali

5 orang yang mahu di tag:

Ryn (opis mate)
Tini (saje nak suh dia update sikit blog dia tuh)
Cida (Member baru ni)
Cempaka (Member baru gak)
You! my silent reader (Aku tau ramai gak yg diam2 baca kan, kalau korang ada blog korang buat yer, pastu gitau aku)

Aduh... letih gak yer nak siapkan tag ni yer... akhirnya siap jugak. Sian laki aku sampai tertido-tido tunggu aku.. Aku dah ngantuk huargggh.. nak tidolah good nite.. eh good morning..


********************************************************************************
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2. Teristimewa buat ibuku dan ibu mertuaku. Dua2 aku syg sangat... mmmpphh..

Friday, May 9, 2008

Dah Ada Dua


Aku baru jer citer pasal smart tag semalam. Pagi ni masa on d way ke office ikut jalan yg sama, tengok2 lane smart tag dah tak jam lah. Rupa-rupanya derang dah bukak lagi satu lane untuk smart tag. Dengan penambahan lorong smart tag tersebut, maka lorong touch & go telah kurang menjadi satu.

Dah tu jerk.

p/s: Those yg tak tau, touch & go boleh digunakan di lorong tunai.

Thursday, May 8, 2008

Smart Tag

Baru tingat nak citer hari ni. Pagi kelmarin, eh bkn kelmarin, Isninlah masa on the way nak ke tempat keje. Cam biasa aku ngan asben akan melalui tol sungai buloh yg amatlah jam nye di waktu pagi. Smart tag punya lane ada satu jer, so berderetlah kete panjang2. Tiba turn kiterang, kete depan dah lepas, palang tak turun, kiterang teruskan ke depan, tapi card macam tak detect jer, takde bunyi, takde kuar balance, ah sudah... camne nih? kete kat belakang memang dah mencucuk-cucuk, so kiterang teruskan jelah...

"Eh, camne ni? nak kuar kat mana kat Duta karang ni?" kata asben. Aku dengan rilexnye kata "takpe, biar kita redah bersama-sama, kita kuar ikut lane smart tag gak lah". Dalam hati cuak sebenarnya. Yelah, dah terbayang kat Duta nanti harus kete byk kat belakang kete kiterang & akan menyumpah seranah punya. So, sampai kat tol duta, kami pun tawakal je lah ikut lane smart tag tuh, seperti yg dijangka palang tak naik, dan siren pun berbunyi nyaring. Dah lah tol gate girl tu lmbt lak dtg membantu kami. Terkial-kial dia cari kad dia untuk di touchkan untuk menaikkan palang itu. Kete kat belakang dah hon2 pulak tu. Ok, akhirnya palang pun berjaya dinaikkan. Tol gate girl tu suh kiterang stop kat depan, kiterang pun benti lah kat depan tu, giler keter tak henti2 hon kiterang.. cilakak btl.. sabar sikit boleh tak..

Pastu, tol gate girl tu kata lah yg kiterang kena penalti sebab kad kat sg. buloh tak detect. Asben aku dah angin dah, dah derang punya prob. kita lak nak kena byr.. otomatik kena byr 47.20 (tak salah aku lah) since baki kad tu ada lagi dalam 18.00 kiterang kena bayar balancenye tu. Ntah apa2 ntah. Tol gate girl tu suh kiterang report kat customer servis kalau nak settle, since kami memasing nak cpt ke tempat keje kami teruskan jer perjalanan. Aku lak terus campak smart tag tu dalam dash board sambil kata "org pakai ni nak menyenangkan, tapi menyusahkan pulak".


p/s: Dah settle dah & masih menggunakan ia lagi. hehe