Wednesday, December 19, 2012

Nama Baby

Ok hari ni nak perkenalkan pulak nama baby nie. Sbb apa lambat diperkenalkan? Sbb mak ayah dia pun lambat sgt nak confirmkan nama baby. Surat beranak pun hanya dibuat selepas seminggu baby dilahirkan.
 
Apalah yg difikirkan oleh baby ini yer?
 
 
Dia tengah fikir kenapalah payah sgt mama dan ayah aku nak kasi nama nie.. kasi jerlah nama apapun kan... janji mempunyai maksud yg bagus sudah..
 


ermmm takpelah biar dorang fikir, baik baby tido jer 

Time kakaknya dulu, takde masalah sbb memang dari dalam perut memang dah ada nama, so, memang dah dipanggil namanya since dalam perut lagi. Tapi yg adik nie, memang kiterang tak sempat pilih nama lagi.. masa dalam perut pun just panggil baby or adik jer.

Tapi, for next time rasanya kalau ada rezeki lagi, kalau boleh baby dalam perut lagi nak siap2kan nama. Senang. Bukan apa, lain tau, bila baby dah keluar, kita baru nak cari nama, jadi cam kelam kabut sikit. Org ni nak nama ni, org tu nak nama tuh, so cam berbelah-bagi di situ.

Lagi satu, yg membuatkan kami payah sgt nak pilih nama sbb baby ni terlalu istimewa buat kami, satunya sbb dia sama2 ikut kami semasa menunaikam umrah bln 3 lps (waktu tu aku pun tak tau yg aku preggy), pastu yg keduanya baby lahir pada tahun baru Islam; 1 Muharram. Ada pulak tu yg suggest letak nama Muharamah lah, Munawwarah lah dan macam2 lagi.

Payah sgt aku stick jugaklah dengan nama yg pernah memikat hati kami suami isteri sebelum ini. Ada aku sharekan kisah ni kat previous entry.

Dengan ini aku perkenalkan nama baby kami ialah Marissa Inarah. Sebab apa ada Marissa jugak?  Sbb aku suka sgt dengan nama Marissia. Hehe. Sebenarnya nak letak Inarah jer, pastu rasa cam tak adil pulak, nama kakak dua perkataan takkan nama adil satu perkataan jer. Dari payah2 sgt nak cari kita letak jer lah Marissa kat depan tuh.

Tapi baby kedua ni takleh lah nak panggil Marissa jugak kan. Kita panggil Inarah saje atau nama glamernya adalah Enara.

 
  
 alolololo
 
Itu adalah pose kegemaran Enara. Dari dalam perut sampai sekarang. Tangan didagu, mata ditutup. Hehe.

Tali pusat Enara tanggal pada hari kelima
 
 
Nak tau apa maksud di sebalik nama? Maksud Marissa aku dah gitau dulu kan? Kalau tak ingat, Marissa tu maksudnya sopan santun. Memang aku nak anak2 aku sumernya ada sifat sopan dan santun pada semua org. Ada sifat menghormati kat sumer org. Aku nak dorang ikut sifat sopan santun ayah dia. Dengan sopan santun tu lah aku jatuh hati ngan ayah dia. Eh tetiba lak..
 
Apa pulak maksud Inarah tu? Sila cari sendiri yer....
 
 
Semoga nama yg dipilih membawa berkat kepada baby dan kepada kedua ibubapanya dan keluarganya dan agamanya. Semoga terus bercahaya dan menerangi kehidupan mama dan ayah. Kelahiranmu sesungguhnya membawa seribu erti buat mama dan ayah.

6 comments:

NeenaAnuar said...

alololo.. comeyy nya baby Inarah! sorry Untie Nina & Uncle Nuar belum berkesempatan nak bertemu dgn kamu.. insyallah nanti kami dtg melawat ye! tak sabar nak ngomol baby Inarah nie!

btw, mummy suke tengok drama Dejavu di Kinabalu kah sbb pilih nama Inarah? hahaha.. anyway.. suke nama baby2 ko my fren! semoga mereka bakal menjadi anak yg bersopan santun dan solehah buat kalian berdua! :)

SURIA AMANDA said...

Sedapnya nama Inarah...maksud pun cantik jer...semoga Inarah menjadi anak yang solehah...amin..

Queen said...

alhamdulillah..sedap nama tu.. inarah =)

Irfa said...

EEEEEEEEEEE COMELNYA BABY MARISSA INARAH NI..CIUM SIKIT PIPI DIA ;)

Mak Izz said...

sedap nama tu kak. dan jarang2 org guna utk baby mereka. Marissa Inarah, semoga kamu jd anak yg soleh dan membahagiakan kedua ibu bapamu. AMIN...

mama-syira said...

Hai Inarah a.k.a Enara. Semoga membesar jadi anak solehah dan sihat selalu ye...