Tak terlewat lagi kan nak stori mori pasal hari raya. Ok tahun ni turn beraya dengan family suami. Ceh kecoh jer nak berturn2 bagai, mcm kawen ngan org jauh pada hal.. dokek jo.. Tapi turn tetap kena turn. Baru lah adil. Alah bukan apa pun, takat nak turn berpagi raya di mana jer. Sbb kiterang cam biasa pagi kat sini, petang kat sana, kang malam kat sini, kang besok kat sana. Memang ke sana sini sajer. So, itulah untungnya kawen ngan org dekat. Tapi letih sikit lah. Tambah lagi sekarang ni dah bertiga. Dulu berdua ok lah lagi.
Tahun ni ayah Marissa excited nak anak dara dia sendondon ngan dia. Nak wat persiapan awal memang tak leh lah sbb aku kan bersalin hujung bulan 5. Bulan 8 dah puasa. Nak beli tempah baju sumer kena awal2 kan. So, memang tak sempat early preparation pun. Tapi sempat gaklah masa dalam pantang hari tu keluar masa nak wat persiapan Aqiqah Marissa, kami gi beli kain. Tak nak pening2 beli kain sama jer. Tu pun pening gak. Nak kaler ni, kain tak cukup, kenan kaler tu, stok takde. Alih2 dapatlah kaler nie. Kaler maroon. Dah mcm kaler langsir rmh aku lah pulak. Kalau amik gambar kat dpn langsir harus nampak muka jer. Hehehe.
Marissa baru jer 3 bulan 13 hari masa 1st Syawal hari tuh. Memang tak sesuai sgt lah nak pakai baju kurung. Kalau dah pandai duduk atau berdiri barulah nampak cute kan. Ni tau baring jer mana nak nampak baju kurungnya. Tapi takpe, Marissa ni baru jer 3 bulan lebih, tapi org dok bajet anak aku ni dah 6, 7 bulan.
Cer korang tgk. Time bergambar ngan ayah dia ok jer. Time ngan aku mula lah cam menyengit. Eh adakah word menyengit. Tapi bukan senget tau. Apa2 lah janji sampai mesej yg cuba disampaikan.
Ok kembali pada cerita raya. Biasalah pagi raya standardlah ada sesi bermaaf-maafan. Tahun ni kira kali ke-dua lah aku beraya (pagi raya) di rmh mertua. Rmh in-law aku sekarang ni tgh wat major renovation, so sementara waktu ni duk kat rmh sementara. Memang persiapan ala2 jelah. Aku pun takdelah membz sgt mengemas.
Maka di pagi raya mula lah sesi bermaaf-maafan.
Stail belah asben memang ucapan ampun maaf memang panjang lebar lah. Cam ada text.
Tapi aku tak reti nak cakap panjang2, kang lagi panjang aku cakap, cakap ke mana, menangis ke mana.
Terima kasih mama, kerana sayang anak menantu sama rata. My MIL open-minded & sporting tau. Ceh bukan bodek yer. Mentang2lah mama pun baca blog ni kan.
Just cakap sesimple yg boleh. Sbb kalau tak akan beremo lah aku tak agak2. Ater byk dosa ngan laki kan. Tapi sebelum tu memang dah mintak maaf dah kat suami, siap kasi list tentang kesilapan yg pernah dilakukan. Kita laki bini kenalah mintak maaf kat suami tiap2 hari, bukan tunggu time raya je pun. Kan?.
Aku ingat lagi masa raya tahun lepas, masa duk dukung anak org aku pernah cakap, asyik dukung anak org jer, bila lah nak dukung anak sendiri. Tgk kat entry ni. Alhamdulillah, tahun ni rezeki kami dapat dukung anak sendiri.
Raya tahun dpn mama ngan ayah akan beraya ngan dua cucu. Oh ya, adik ipar aku tgh pregnant 5 bulan.
Lepas bergambar dan makan kami ke rmh nenek asben pula di Kajang. Tapi sebelum tu kasi Marissa susu siap2.
Ok pasni sambung citer pergi beraya ke rmh nenek pulak.
3 comments:
memang sayu ajer tengok gambar orang tengah bermaaf-maafan
Meriah raya tahun ni ada baby kan?
Marissa pun kejap jer dah besar tu..
Selamat Hari Raya :D
crita first syawal kami, tak crita lagi.. ;(
cik sufi kita ayahnya beli baju kurung kan jj, lipat tangan ngn kain gak le...tp, tak d pakai, sb baju raya asben tlupa bawak balik..kata nak sedondon..;p
Post a Comment