Tuesday, September 7, 2010

Aku Rasa Gembira Sebab Dapat Berikan Yang Terbaik

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.

Makanan lengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan.

Ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi:
  • diberi susu ibu sahaja
  • tidak perlu air atau susu tambahan
  • tidak perlu makanan pelengkap

Ayat2 di atas adalah Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia. Dipetik daripada buku 'panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya'. Buku ni aku beli online daripada momslittleones. Sekali dapat ngan parcel hari tu.


Penyusuan susu ibu jugak dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Apa taknya time menyusu kita pangku anak kita kan dan anak kita pun akan bertentang mata dengan kita.
Sape yg menyusukan anak tu tau lah camne tak ternilainya pengalaman menyusukan anak tuh.




Tak bermaknya bila menyusu susu ibu botol tidak diperlukan. Pada ibu yg bekerjaya haruslah melatih anak menyusu menggunakan botol semasa dalam pantang lagi. Kalau tak payahlah nanti bila si ibu dah start bekerja. Ibu jugak digalakkan menyimpan susu perahan semasa dalam pantang lagi.

Kalau tak jadi lah macam aku nie. Siang dan malam bekerja keras mengumpul susu utk anak. Dah tu stok tak byk kan. Pam hari ni utk esoknya. Tapi sekarang ni Alhamdulillah, takde lah takde stok langsung. Cukuplah utk 2, 3 hari punya bekalan.


Alhamdulillah Marissa takde masalah bila menyusu menggunakan botol. Memang aku dah train dia menyusu pakai botol since aku berpantang dulu. Caranya, dulu dalam sehari sekali aku mesti kasi dia menyusu menggunakan botol.


Sekian, entry khidmat masyarakat. Org lain sibuk citer raya, aku citer pasal susu..apa kes??

3 comments:

NeenaAnuar said...

bagus2.. teruskan usaha ko yek! :D

btw, SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR & BATIN TO YOU AND FAMILY! ;)

Cik Pah said...

selamat hari buat deqna sekeluarga. maaf zahir dan batin

Unknown said...

macam dalam majalah PA&MA. posing baik punye...