Breakfast aku pagi ni
Hari ni rasa cam nak makan western set jer. So, turun cafe tapau jer bersama-sama Ryn. Di cafe bertemu pula dengan Kak Piah. Begitu sekali dia mengerling ke aku. Mentang2lah dia bwk sekaki payung. Ingat aku takutlah payung dia tu. Hehe. Tanpa pertanyaan dia menjawab "hantar anak kat sekolah tadi". OOo sudah ada anak sekolah ker?
Oh ya hari ni saya pakai purple. Pemberian akak aku semasa dia pergi ke Bukit Tinggi hari tu. Purple adalah warna kegemaran aku satu tika dulu. Tapi sekarang masih menggemari jugak. Datuk Fadzilah Kamsah berkata jika ingin berjaya pakai baju purple. Hari tu aku dengar dia cakap kat radio masa pagi2 nak on the way ke office. Setiap kaler ada mood2 tertentu.
Sila saksikan keunguan aku di hari ini. Keungguan ok, bkn keayuan, tapi kalau nak kata keayuan pun aku terima ajer. Hiks.
isy... really not so me.. posing sengsorang tunjuk baju..
Akhir kata jgn mengharapkan aku mengedate blog dalam tempoh terdekat. Tapi kalau korang nak click byk kali kat blog ni pun takpe.. kasi nuffnang ku pun meningkat. Org lain sumer dah membuahkan hasil.
p/s: sila bawa pen sendiri kalau nak gi meeting.
11 comments:
pesanan las tu yg tak tahan tu...hakhakhak
Thumbs Up tuk colour purple tuh.. cantik.. aku sendiri suka color purple... :D
sama la tema warna ari ni.. hihi
sy pun suka purple...ehehe
org ESIOT lar tu yg pnjm pen tu. tah2 bos sy? hahahahaha. sesi mperasankan diri ekh kak? tgkp gmbr layan bluessss. hahah. ok wat. sib baik xkuar muke CSK skalik.
TiNiE - mana taknya.. pen aku ni makin lama makin pupus kat sini tau..
NeenaAnuar - tq tq.. aku tau ko memang minat purple dari dulu lagi.. & aku ingat lagi baju dinner ko masa mlm pra graduan dulu.. very the purple..
Yaniez - yer ker..tapi hari ni memang ramai yg pakai baju purple.. series...
Beautifuldisaster - tak lah bukan ur bos.. bkn dari dept kita.. memang siot.. nasib dia return balik kalau tidak memang jadi bahan lah..
cantiknya... berseri...hahah samalah nak posing ambik gamba seniri macam sesuatukan deqna... tapi tuk blog punya pasal...layannnn
cantekkk..!!salam perkenalan..
Aduhh...yg pertama difikiranku adalah....ramping nyer pinggang dan peyut mu...cmner mnjaga tu? hahaha...
Suki Cida - :) tq.. haah cam sesuatu jer nak amik gambar sendiri semata-mata nak letak kat blog kan..
shi3la - hiks tq... salam perkenalan:)
HasraRazali - hahaha ada2 jer hasra nie.. itu adalah teknik tahan napas yg berkesan..
sangat cantik baju itu!!!!!!
Post a Comment