Monday, September 29, 2008

Buka Puasa Sebelum Raya

Lepas shopping2 sikit hari tu aku bawak family aku gi buka puasa kat luar. Saje nak bawak mak aku makan kat luar pulak.. Yelah takkkan aku jer nak buka kat luar kan sekali sekala tu pesalahnya bawak family makan sama2 kan...

adik aku ngan mak

adik bongsu.. 24 jam keja asyik nak bersms


Aku ngan asben.. takkanlah korang tak kenal aku lagi kan??

Balik beli barang tu singgah jap kat Restoran Cahaya Bulan (dkt jer ngan area rmh aku nie) buat reservation, amik order sumer pastu blah balik rumah jap. Dlm kul 7 camtuh kiterang pun pergilah balik restoran tuh. Nampak sumer tempat dah penuh. Seb baik dah reserve awal2. Makanan pun ada yg dah siap terhidang. Antara menu hari tersebut:

Tomyam campur

Daging masak merah yg tak berapa nak merah

Kerabu Mangga


Kailan Ikan Masin

Kerapu Masak 3 Rasa

Telur dadar


Ada lagi satu lauk udang masak petai, tapi memandangkan lauk tu sampai dah lambat, time kiterang dah start makan so aku malaslah nak amik gambar bagai.. lebih baik aku fokuskan pemakanan aku.. cea gelojoh sungguh..

Nampak cam byk jer makanan yg aku order nie, siap aku kata kalau tak abis kita tapau jelah buat lauk utk sahur tapi takde maknanyalah bila sumernya abis licin belaka.


Alah takde korang heran tengok makanan2 kat atas tu kan?? katanya dah nak hujung Ramadhan nie.. takkanlah jiwa korang tak kental lagi kan??

Bagusnya kedai ni dia ada pakej2. Aku pakej satu untuk 5-6 org. Senang tak yah pening2 nak pilih menu. Oh ya gambar minuman terlupalah pulak. Kiterang minum air tembikai + air kosong sahaja. Untuk makanan2 seperti di atas dan seperti yg tiada di dalam gambar kami dikenakan sebanyak RM79 sahaja. Aku rasa oklah tu.. daripada bwk makan bufet yg kita sendiri pun tau tak byk mana pun kita nak makan tapi kena bayar lebih kurang harga yg aku byr utk buka puasa ni tapi untuk satu kepala sahaja..

2 comments:

Suki Cida said...

mmg jiwa masih tak kental la... sedap tu... murah gila... erm berbaloi... erk adik perempuan deqna ker tu... ingat kakak... awat kakak lagi mudo... uhuhuhuh... dia tak bacakan deqna? kikikikiki

Deqna said...

suki cida - kah kah kah... rasa not bad especially siakap 3 rasa tuh.. pergh.. harga pun berpatutan.. ha'ah tu adik.. muda 3 tahun.... ntahlah tak taulah dia baca ke tidak.. tapi kalau dia tak baca pun nanti saya bagitau dia yer.. gurau jer