Tuesday, July 15, 2008

Melawat Kawasan


Hai korang. Hari ni aku nak bawak korang jalan2 ke kebun bunga & buah2han. Yelah sgt kebun tu kan, padahal laman rumah jer pun. Ntah nape pada satu petang tu, aku lepak2 kat luar rumah, pastu rasa cam nak amik gambar pulak, yelah selalu kalau gi taman ker tasik ker kemain aku nak ngamik gambar kan, ni kat rumah sendiri tak nak ngambik pulak.. tak patut, padahal kat rumah pun byk jer pokok..



Barulah aku terperasan yg rambutan kat rmh aku ni dah kekuningan, yelah selama ni jaranglah aku nak tinjau kawasan kat luar tu, yelah pegi kerja hari tgh gelap, balik kerja pun hari dah gelap manalah aku nak perasan kan.

Tapi aku rasa buah ni tak sempat masak mesti abis dikerjakan oleh anak2 buah aku. Yelah pokok ni pun renek jer, senang jer derang capai2.

Selain rambutan, mangga pun ada gak kat sini. Pokok mangga ni betul2 kat tepi jalan. So, tak heranlah kalau buah tu hari ni ada esok dah takde. Dah dipetik oleh org2 yg lalu lalang. Lagipun yg makan mangga ni tak lain tak bukan anak2 buah jerk. Ada 3 jenis mangga, satu mangga yg seperti di atas, satu mangga epal dan satu mangga yg panjang2 tu.

Kat bawah ni pulak collection pokok2 spesis keladi mak aku. Memang hobi mak aku ni tanam pokok2, pastu apa jer pokok yg ditanam elok jer hidup.

Kita view gambar jelah yer..


ku lihat hijau


Aku tak tau spesis apa pokok2 ni, yg aku tau yg kuning tu orkid

Selain pokok2 hijau mak aku suka gak tanam pokok bunga kertas

Yg ni pokok bunga batang duri2. Yg sebenarnya aku pun tak tau apa nama dia.

Mak aku hari2 akan mengadap pokok2 dia nie. Kira terapi gitu. Kalau demam2 pun sanggup gak membelek pokok2nya, boleh jadi sihat dibuatnya. So far, akak aku yg sulung jer yg mewarisi mak aku tanam2 pokok nie, dia pun rajin jer tanam pokok kat rumah dia padahal ada gak sepasu dua yg dia import dari rmh mak aku. Aku belum lagi hihihi, tgklah nanti bila dah pindah rumah sendiri. Tapi rajinkah aku??

Nilah mak aku tak kira, penat camne pun, pokok2 kesayangan dia takkan terabai. Mak aku bengang jer kat aku masa aku curi2 nak amik gambar dia, dia kata segan kat jiran. Tapi dia suka jer kalau amik gambar bunga2 dia.


Aku lak menyibuk-nyibuk kat situ, bkn nye nak nolong ke apa, sibuk bergambar jer. Lps abis bergambar aku masuk rumah, tido. Boleh camtuh? kan ke bagus kalau aku tolong siram2kan pokok tu, dasar pemalas betul.

9 comments:

Suki Cida said...

wah... tak tercapai akalku nak tulis pasal pokok kat umah sendiri... bagi add umah... suka kalau makan mangga dengan rambutan... waahahah

zbelleza said...

sedapnyer mencicah buah mangga muda tuh..yummy..yummy..hijau jek laman tuh..sejuk jek mata memandang..leh jd terapi minda..hiks

Unknown said...

byknye pokok munge...ni kalu mak akak tgk ni dia mesti nk mintak benih...
tp part yg plg mengancam skali ialah..buah mangga...pas2 la sket... aii suka mangga muda u..hehhe

Hasra_Razali said...

Wah..wah wah..baguih la Mrs.Shah ni...ada je idea nak tulih blog, boleh pulak psl taman kt umah ek...btul kat Ms.Cida..tak tercapai dek akal..hehe..tp kan, masa baca ni, Hasra appar tau, nmpak mangga ngn rmbutan tu..slruppp sdap nyer...

p/s:Cantik la bunga2 mak u jaga...secantik anak dia..opss...hehehe

Deqna said...

suki cida - ntah tetiba lak amik gambar hari tu, pastu bila dah amik teringat lak boleh wat citer kat blog nie... ala rambutan tu tak lama lagi abislah tu di makan oleh anak2 buah saya tu...

zbelleza - suka makan mangga ker? nak kita pos kan ker? boleh ke pos2? memang jadi terapi pun buat mak saya.. dia memang suka gardening..

ellyn - oo mak akak pun suka gardening gak ker? biasalah mak saya pun selalu dapatkan benih2 dari org gak.. biasalah tu bertukar tukar collection gituh.. alamak mangga saya tu telah membuatkan ramai org kecur air liur.. isy tak baik saya..

camne nak kasi u olss mangga tu?

hasrarazali - idea tetiba jer, ada gambar jer mesti ada idea..hehe cuma tengok mood rajin ke tidak..

bunga tu memang cantik, but i'm not lah.. hehe

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

waahhhh mmg betul punya banyak tanaman-tanaman ni sumer.... mmg segar bugar je...mmg elok utk terapi minda cewah...
tulah kitorang ni pun baru nak plan gi beli pokok...rumah seketul pokok pun lum ada hehehe :D

nak kena tuntut ilmu ngan mak derna nih nampaknya :D

Deqna said...

Ezrina - bolehlah buat segarkan mata... agaknya tu pasallah rabun saya ni cam dah kurang sikit..hehe.

erin, kalau nak beli bunga beli kat sungai buloh.. byk tau...

tapi kan kalau org tu memang green thumb tanam apa pun sure jadi punya..

Ray said...

nak mango!!!

Deqna said...

ray - hai ray.. boleh tapi mehlah datang rumah..hehe