Tuesday, September 23, 2008

Main Malam2 lah Best





Tak sabar2 betul budak2 nie. Bkn nak tunggu mlm. Dapat2 jer terus nak main sekali. Tulah pangai anak2 buah aku nie...

Risau aku tengok si Adam tu main, org pegang hujung batang tu, dia pegang kat tengah2. Penat aku nak mengejas tangan dia tuh..


Ada Gaya Jadi Daddy Tak?


Adlina kiss uncle Shah.... so cute....

Monday, September 22, 2008

Lepas Buka ke Sini Pulak

Kami ke Old Town White Coffe pulak... katanya nak minum panas pulak kan... malas nak citer2 tgk gambar jelah..

Zas jelah.. walaupun dengan baju kurungnya tgh2 malam tu... aku ngan farah ada bawak baju spare tapi cam malas je nak bertukar.
Waitress tgh amik order

Harus ke nak pegang menu tu sebegitu sekali???



My enriched chocolate.. lazaaaatt

Kaya & Butter Toast.. delicious


Kan masing2 tgh kenyang belaka lagi kan, so aku order roti seperti di atas jelah.. amik single jer, tu pun siap pakat nak share ngan farah sbb dah kenyang sgt kan.. tapi bila dah makan roti tu, rasa cam tak cukup pulak...

Adegan tolak-menolak roti tu ke Farah, tapi farah still berdegil tak nak abiskan, terus husband dia...... ahhh susah2 aku jelah yg ngap..

Business talk... iyo lah sangat kan..

Dah abis air nie... order air ni pulak

katanya nak minuman panas kan..

Kesudahannya kiterang order 2 minuman setiap sorang malam tu... first round sumer amik cold drinks... pastu bila perasan yg sepatutnya datang sini nak pekena minuman panas terus order lagi..... Thanks to Zali sbb belanja we ols minum.....

Dkt kul 11 baru kiterang gerak balik. Sian anak si Farah dah tertido. Kalau ikutkan mummy & daddy & aunty & uncle ni haruslah sampai ke pagi kan..

p/s: Sorry neena aku baru perasan gambar nuar langsung takde masa kat sini.. takpe kat kamera ko ada kan??

Buka Puasa with the Gangs

Sepanjang puasa tahun ni, ni baru first time aku kuar berbuka di luar. Biasanya aku berbuka di rumah sahaja, sama ada rumah aku atau rumah asben aku. Tak aci tau blog aku takde langsung citer pasal bukak puasa, kali ni aku nak balas dendam.. lalalala

Last Friday bertempat di Cozy Corner Restaurant @ Ampang Park, aku telah berbuka bersama-sama member kamceng masa study dulu. Abis keja jer terus aku berdesup ke sana. Patutnya ada few frenz lagi yg diajak, tapi they all sumer ada hal memasing yg tak dpt dielakkan..

Farah, Aku & Neena. Ni ayat utk Lily (1 of our click jugak) "Lily kalau ko ada sekali lagi syiok tau.. tapi apakan daya ko jauh di sana"..

Memandangkan masing2 sudah pun mendapat status Puan haruslah perjumpaan ni diiringi husband memasing. Seb baik husband memasing sporting & boleh masuk antara satu sama lain. Cool ok.

Aku ngan Shah


Neena & Nuar

Farah & Zali + Adlina Hanni (their cute daughter)


Credit to Neena to organize such a wonderful time for all of us to meet up. Kiterang ni nama jer masing2 berada di KL tapi nak jumpa susah tau... sesekali berjumpa memang happening.. Borak2 punya borak, bergambar bagai nak rak, sampai tak perasan dah masuk waktu berbuka..

Sebelum makan baca doa dulu..


Diikuti dgn buah kurma kalau nak bertambah berkat

His & Mine

Chicken Chop untuk asben aku

Cantonese Fried Kuew Tiau untuk aku.. ni sajer tak cukup buat aku, harus ada cili padi potong..fuh terangkat beb


Makanan dkt sini.. memang marvellous... setap woo.. actually Cozy ni tempat makan favourite family Neena. That's why lah dia pilih tempat nie..

Baby si Farah siap buat 'good/best' sign lagi..



"Pasni ko jangan kata aku ni asyik susah nak diajak jumpa yer Neena.. aku ok jer.. kalau tak ok tu maknanya memang tak dpt dielakkan lah tu.."


The bill.. oklah.. worth it


Hai.. tengah buat kira2 ker?

The husbands.. masa ni ada salesman ntah promote barang apa ntah... katanya ubat kuat. Perlu ker?


Dah abis makan sumer, si Zali ajak gi pekena hot drink pulak.. kami sumer on ajer..

Gedik tul minah sorang ni taw.. mula2 elok jer dia pose.. bila aku nak snap tetiba lak dia lari..

Tengah kasi direction for the next place to go

Sebelum gi bayar parking dulu yer..

Kemana kami pergi selepas itu? Nanti aku sambung balik k.

Saturday, September 20, 2008

Who, What, Where?

Tag ini datangnya daripada Cik Tini yg sekarang ni tak salah aku masih lagi dalam maternity leavenya.... tapi masih lagi aktif berblogging walaupun dikelilingi dengan 4 org anak daranya yg aktif2 itu...

The Who’s
Who Was The Last Person You Talked To? Husband
Who Was Your Last Kiss? Husband
Who Knows The Most About You? Husband
Who Can Make You Laugh No Matter What? Husband
Who Can You Always Count On? Husband … can ar??
Who Has Your Heart? Husband
Who Is or Was Your Favorite Teacher In School? Cikgu Malisah
Who Is Your Best Friend(s)? Husband
Who Loves You? Husband

Ek eleh cam takde org lain jer.. asik asik husband eei meluat… mesti korang kata camtuh.. hehehe aku nye sukalah… lalalala

The What’s
What Is Your Favorite Song At The Moment? Raya songs
What Are You Looking Forward To? New House
What Is Your Favorite Color? Purple, pink, green
What Website Do You Visit Most? My Blog/Facebook
What Is Your Favorite Smell? My perfume & husband’s
What Is Your Favorite Movie? Don’t have any
What Makes You Mad? When people make me mad
What Curse Word Do You Use Alot? Puasa tak leh cakap tu..
What Kind Of Phone Do You Have? Nokia 3500 kot
What Was The Last Song You Listened To? Raya songs

The When’s
When Was The Last Time You Went To The Mall? Just now - Ampang Park
When Did You Talk To Your Crush Last? Not sure
When Do or Did You Graduate? 2001
When Is The Next Time You’ll Do Something Fun? Afterwards..hehe
When Was The Last Time You Ate or Drank Something? Buka puasa
Birthday? 24 December 1980 (pls set ur reminder ok)
When Was The Last Time You Went To The Movies? August 2008
When Is Your Parents Birthday? Mak (10 June 1957). Ayah passed away (5 Sept 1998)
When Were You In The Car Last? This evening
When Will You Be 21? Dah lama berlalu
When Will You Be Taking Your Next Vacation? End of October (tentatively)

The Where’s
Where Do You Live? My mum’s house
Where Is The Best Place To Be? On the bed.. sleeping
Where Was Your Last Vacation? Kota Kinabalu
Where Were You Born? Selangor
Where Is Your Best Friend? At her house lar...
Where Was The Last Place Your Were Besides Your Own House? Ampang Park (buka puasa with frens - will blog about it later)
Where Do You Think You’ll Be In 10 Years? Don't know
Where Is Your Cell Phone? charging
Where Are Your Parents? At home
Where Was Your Display Picture Taken? Beach

Senang jer tag nie... jawab sepatah2 jer.. tak yah penat2 nak fikir.. tapi kalau nak jawab panjang2 pun boleh.. tapi rasanya aku lebih rajin nak jawab sepatah2....

aku tak nak kasi tag ni kat sape2lah sbb aku kendekut....

Friday, September 19, 2008

Tudung

Tadi aku beli tudung. Ala tudung yg org sekarang ramai pakai tu.. tudung yg ada 'awning tu'. Walaupun aku ni belum lagi bertudung, tapi apa salahnya pun kan kalau aku nak beli pun.. manalah tau satu hari nanti kan...

So, lepas beli pun aku cam biasalah tak sabar nak menerai.. naik ofis terus try.. amat mudah sekali pakai tudung itu.. siap lilit2 lagi....

Maka berlakulah coversation ini:

Encik T: Tudung camne u beli tadi?
Aku pun kuar kan lah tudung tu...
Aku: Ala tudung yg biasa org pakai tu.. yg ada awning tuh..
Encik T: Eloklah tu... kalau hujan tak kena tempias.....panas pun blh berlindung..

Aku tak tahan terus tergelak.. kah kah kah kah...

Thursday, September 18, 2008

Ko Pergi Jua Akhirnya

Wah tajuk tak boleh blaa...

Aku sedih. Dah seminggu dia tak balik rumah. Tak pernah pun dia buat perangai camnie. Sebelum ni kalau dia menghilangkan diri pun 2, 3 hari mesti dia balik rumah jugak. Selalu bila aku balik kerja mesti dia dah siap tunggu aku kat dpn pintu. Pastu asben akan main2 ngan dia dulu.

Pulanglah kami semua merinduimu.

My Meow.. (2003-2008). 5 tahun dah..

Inilah dia kucing aku yg dah seminggu tak balik. Tak tau mana hilangnya. Ntahkan hidup ntahkan tidak... uwaaa... cedey lar... walaupun aku ni bukanlah seorang cat lover, tapi aku sayang kat dia, aku dah anggap dia macam sebahagian daripada family aku.. eh boleh lak cam tu ke? segala makan pakai dia aku yg belikan... tipu lah aku ni kan kucing mana pakai apa2.. hehe

Ada sejarah kucing nie, kucing ni dulu kucing yatim piatu. Mula2 dia dijaga oleh akak aku yg sulung. Masa dulu akak aku selalu travelling, so jarang ada kat rumah. Kesiankan kucing tu terabai, akak aku hand over kucing ni kat rumah aku pulak. Masa tu dia baby sgt. Dia lahir sama tahun ngan anak buah aku Ain tu tahun 2003. Kucing tu pun berkongsi susu yg sama diberikan utk Ain masa tu. Daripada penuh taik mata sampailah kucing tu sihat walafiat sampai jadi besar dan panjang. Cuma satu jer kucing ni agak garang sikit, bkn jenis kucing2 manja yg kejenya nak meleser jer. Berkhidmat menjaga keselamatan rumah aku nie. Kalau ada menatang yg pelik2 ke apa dia lah yg akan menghalau atau menghapuskannya.

Lagi satu kucing ni sayang kat mak aku sbb mak aku selalu siapkan makanan dia. Kalau mak aku kat laman rumah tanam pokok bunga ker, siram pokok ker dia mesti temankan mak aku sekali. Mak aku sorang jer yg tak pernah diserang oleh kucing nie.. Cam aku ni dah banyak kali lah setakat kena cakar ngan dia.. katanya kucing tu kan garang.. tapi dia tak mengganas membabi buta, cuma kalau dia laparlah dia mengganas. Pastu tak reti nak mintak elok2 main cakar2 pulak.

Sekarang ni bulan puasa. Selalunya time cam ni memang byk lah habuan makanannya. Sedih tgk makanan yg terhabis. Selalunya tak risau kalau tak abis pun sbb boleh kasi kucing, sekarang ni sumer kena ditongsampahkan. Tu belum lagi tengok 2 bungkus makanan dia yg aku beli bulan lepas. Tak bukak lagi tau. Kebetulan pulak bln lepas aku beli kan dia paket yg sederhana besar jer.. selalunya aku beli yg paket besar. Tapi takpe makanan tu telah pun aku berikan kepada kucing FIL.

Sesiapa ada menjumpai kucing di atas sila hubungi aku yer... masih mengharap tuh.. walaupun aku tau yg sebenarnya mungkin dia takkan balik lagi buat selama-lamanya... tapi kalau benar2 dia dah takde, dimanakah kuburnya??

Happy Birthday


Happy birthday to my mother in law

18 September 2008


Wednesday, September 17, 2008

Dah Sampai Pun


Hadiah yg aku kirimkan hari tu telah pun selamat sampai kepada tuannya. Kalau korang dah baca blog dia korang taulah siapa & apa yg aku kasi tu... hadiah tu bersempena kuiz ntahapeape aku hari tu...

Since dia dah blog it out, so tak kisah lah kalau aku nak gitau apa yg aku kasi tu..plus ada org tanya aku ape bende yg aku bagi..

Aku bagi ni sebenarnya:

Hahaha gilo ape aku nak kasi dia date stamp ni kat dia.. dia nak buat apa bende nie?? takde sebenarnya aku nak cpt, aku cari jelah apa2 kotak yg ada kat ofis aku nie.. kat rumah ada kotak tapi aku tak sabar nak wrap kat ofis. Yelah kan masa lunch break tak tau nak buat apa. Peeja mesti ko ingat aku tak betul kan kalau aku kasi ko nie..

Alamak terbalik lak gambar nie.. ah redah jelah. Dalam kotak tu aku letak lak kotak kecit ni pulak.. konon nak kasi cantik sikit aku letaklah reben nie hah.. memang aku takde keja lah tu time lunch time tu...

Sila sengetkan kepala anda sekali lagi yer. Dalam kotak kecit tu pulak aku letaklah benda2 seperti di atas... sedaya upaya nak gak aku masukkan ke ke dalam kotak kecik tuh.. sorilah peej aku dah desperado nak cari kotak, aku guna jelah apa yg ada yer.... hope u loike it.. tak suka pun cakap suka gak tau!

Hadiah dikirimkan berserta dengan wang tunai sebanyak... byklah wang tunai
aku.. hehehe.. berserta dgn kad hari raya sempena hari raya yg bakal menjelma tiba.. dah lama tak tulis kad, aku memang saje tulis panjang2 tapi lupa nak ckp kat dia jgn letak kat blog sbb tulisan aku buroks... tapi dah terlepas pun.. takpe aku tak kisah pun...
Akhir kata, kalau aku buat kuiz len kali korang rajin2lah menjawab yer.. walaupun hadiah biasa2 ajer yg penting tu tanda ingatan kan.....

Tuesday, September 16, 2008

Hadiah

Bulan ni aku cam terminat nak kasi org hadiah ajer...

Ni untuk anak buah aku, si Adam tu, sempena birthday dia hari tu. Kena siap2 dua sekali hadiah sbb satu lagi tu utk kakak dia, kalau bagi adam sorang je, mau sentap kakak dia tuh... apa dalam tuh? aku belikan derang baju raya... malas nak kasi barang menan nanti buat sepah2 jer... tag harga pun aku tak buang tau.. bkn saje tak nak buang, takut baju tu tak saiz derang ke kan... so, kalau tak sesuai nanti boleh tukar lain lah... alang2 biar akak aku tau yg aku ni mak lang yg baik lagi pemurah..

Yang ni pulak adalah utk org tuh... tak taulah dia dah dapat ke belum? kalau tak dapat lagi sila salahkan pos laju yer.. gigih aku ke post office hari sabtu hari tu... sambil tu asben aku ada urusan kiriman wang pos kat sana. Oh ya, utk makluman semua, kadar pengeposan kad perayaan bagi tahun 2008 ialah sama dengan mel biasa. Maknanya kena guna stamp 50 sen. Sorry aku baru tau & aku dah terpos beberapa keping kad menggunakan stamp 30 sen sahaja... tak tau lah sampai ke tidak.. harap2 sampailah...