Tuesday, July 28, 2015

Warna-Warni Di Aidilftri

Ok masih lagi entry berkisarkan hari raya. Kali ni kita rojakkan jer semua gambar2 yg ada sepanjang raya pertama hingga raya ketiga.

Takde nak citer apa pun cuma nak layan gambar jer.

 
Tahun ni tema purple pink

Gambar sama ngan yg atas tapi syg nak delete sbb geram tengok mata si Inara tu, jeling kat sape tu??

Selfie mefie dalam kereta bersama si bobot nie.. 

Dua beradik pergi beraya

Marissa main dengan Ammara Sofea. Cousin yg sebaya dengan Zahira

husband with cousin

dating kat motor ker? haha

Zahira layan jer selfie ngan mama dia

amboi kemain bulat mata tu

ni jelah aktiviti kalau dalam kereta

Zahira keletihan sampai tertido in her first baju kurung. Tak dpt nak family potrait sbb dia tido

Marissa with the cousin



Inara melaram ngan henbeg

atuk lek..lek jer duk amik angin

kesayangan aku tau budak nie, tapi yg selalu kena marah pun dia gak..dah tu kenapa perangai tu cheeky sgt??


family potrait tapi tak lengkap. Zahira tengah tido seperti gambar di atas

kunjung mengunjung amalan mulia

ko dah kenapa berjoget kat situ Marissa?


pakai jubah on second raya dan melaram ngan beg memasing


eh adik pun nak beg gak lah

bagun pagi raya ketiga

pinjam spek mama jap. Kang sakit mata mama tak tau yer

budak yg suka duduk tak suka baring

"ma hari ni kita tak beraya ke?" "tak.. duduk lepak rmh nenek jer tunggu org datang"

 sampai angkat balang nak makan kuih


adik baby dan kakak baby

Raya ketiga memang tak kemana-mana. Just lepak kat rmh mak jer. Petang2 tu lepak kat luar sambil amik gambar byk2.

me with 3 doters

masing2 dengan karakter masing2




anak2 pun layan jer pun berwefie

adik besar sikit lagi dah boleh join kakak2 dah

adik badik yg selalu sgt bergaduh


petik bunga nenek


yg ni lemah lembut dan gigirl2 sgt

yang ni ganas dan noti2 sikit


sambil tu kasi ini budak makan. Kalau tidak payah sangat nak suh makan. 

Ni jelah kisah citer raya kami. Sederhana serba-serbi. Nanti nak share pulak cerita percutian hari raya kami sekeluarga. Hah time tu memang best sumer org ada berkumpul dan we had so much fun terutamanya bebudak lah kan.

Raya Kedua Pulak

Raya pertama tak dapat berkumpul bersama2 dengan semua ahli keluarga. Raya kedua pun tak dapat gak kumpul semua sebab adik aku dah balik raya dengan mertua dia pulak. So, berkumpul dengan mana yang ada jelah.


ni gambar di pagi raya pertama - aku dan family akak aku lagi sorang takde

ni raya kedua adik aku ngan family dia pulak takde

masa raya pertama tak sempat nak salam raya, so kita salam on second raya


eh nak kumpul semua tuk amik gambar memang payah sgt lah sekarang nie

Gambar pun semua buat syarat jer, sbb masing2 tgh kelam kabut dah nak keluar beraya, so ada yg ada dalam gambar ada yg dah ada dalam kereta. Pastu budak2 pulak mana suka nak paksa2 nak amik gambar.

yang ni dah sumer ok aku pulak yg tak ready

Kat rmh mak biasa malam raya memang ada kumpulan takbir dari rumah ke rumah. Memandangkan aku takde kat rmh pada malam tu so, adik aku just anta wasap jer gambar pada malam tersebut.

 kumpulan takbir rmh ke rmh. Tak tau lah rmh mak yg ke berapa

 menu hidangan malam tu, nasih himpit, rendang, lemang dan meehun goreng 



 gambar semasa solat hari raya di masjid. Mak dan cucu ke-4

 di pusara ayahanda



Masa raya kedua tu kami beraya kat rmh sedara-mara belah arwah ayah dan sempat menziarah pakcik aku yg admitted kat KPJ Klang. Kesian pakcik aku kena admit 2 hari sebelum raya akibat sakit tulang belakang.  Semoga cepat sembuh hendaknya.





Ok nanti sambung lagi lah yer.

Friday, July 24, 2015

Bersalam-Salaman Di Pagi Hari Raya

Tahun ni turn beraya di rumah mertua. Dah dua tahun berturut-turut sebelum ni beraya kat rmh mak. Patutnya tahun lepas turn rmh mertua, tapi asben kerja time raya, so aku stay je lah kat rmh mak. So, this time around kena raya sana lah. Ala takyah nak kecoh sgt lah, bukan jauh pun, kalau ikutkan hari raya pertama tu pun memang kami cover dua2 belah pun, cuma turn pagi raya tu je lah. Nasib lah kawen ngan org dekat2 jer. Tak yah gaduh2. Hehe.


 Ni lah family potrait yg semenggah sikit rupanya. Yang lain2 sumer tak jadi. Kalau jadi pun adalah a yg ada, ada yang takde, sorang lari sana, sorang lari sini

Dengan pertambahan anak2 ni memang tak samalah cam dulu2, lar nie nak selfie laki bini pun payah inikan pulak nak kumpul bebudak tu sumer. Amik gambar je pun leh jadi letih ok.


 keluarga mertua ku

Nak dapatkan gambar family ni punya lah hazabedah. Kelakar sgt. Mula2 dah dapat lah shot satu family, tup2, bila tengok gambar ada sorang takde, anak buah asben tah ke mana pulak menghilang. Puas mencari satu rmh, rupanya tengah main laptop atuk kat dalam bilik dendiam. Terpaksalah amik sekali lagi. Maka dapat lah gambar seperti di atas. Seb baik jadi. Seb baik anak2 pun sporting. Rasa paling over si Marissa tu lah kot kemain moncong.

Tahun nie lengkap adik badik asben sumernya ada beraya sekali. Cumanya suami adik ipar yg tiada sbb kena bertugas pagi raya tu. Alhamdulillah tahun ni bertambah 2 cucu En. Jamil dan Puan Nora.

adalah satu gambar selfie suami-isteri nie

wefie ngan anak2



 nak ajak Inara wefie sekali amatlah payah, tah apa lah sgt dia sibukkan, sudahnya kami bertiga jelah


 dah besar dah anak dara ni

Tak sah kalau pagi raya jika kita tak bersalam-salaman mohon kemaafan sesama keluarga. So, sesi salam-salaman dimulakan oleh asben. Ni pun actually nyaris2 lupa nak salam sbb memasing sibuk dah nak keluar beraya ke Raub kononnya. Tapi alih2 tak jadi pergi sampai kat Gombak jalan jammed gila.
 mohon ampun maaf dari ayah & mama


Lepas asben turn aku plak. Cam biasa lah aku tak reti nak cakap panjang2 cam asben. Aku punya kata2 short & sweet jelah. Hehe.

 with father in law. Ni jelah ayah yg aku ada sekarang nie. Eh Marissa tu kemain terjegat kat situ, tak sabar tunggu turn lah tu. Dia kan suka drama dan ratu air mata juga.

 with super sporting MIL. Inara pula yg tercegat di situ.

 Marissa punya turn pulak. Tapi kali ni takde pulak adegan air mata. Mungkin dia segan kot bila sumer og gelak tengok video tahun lepas punya. Kemain tacing lagi dia time tu.

 adik baby with atuk

 Inara with nanny. Inara ni memang copycat nanny dia.

 kena terapkan dari sekarang sesi salam2 ni sumer kat bebudak. Kang dah besar esok tak delah kekok or terlupa nak buat.

 Semoga dimaafkan segala salah dan silap sepanjang menjadi isteri

 Disebabkan pagi raya tu tak dapat bersama dengan keluarga sendiri, maka kami just berwasap je lah gambar keluarga masing2 dan ucap selamat hari raya. Walaupun tak dapat bersama tapi ada gak gambar kami sekeluarga. 

my beloved family

Lepas salam2 dan dapat duit raya masing2 maka keluar lah kami pergi beraya ke rmh sanak saudara. Lepas habis beraya petang tu aku balik rmh mak pulak, nak beraya kat sana pulak. Cam biasa kat sana first raya memang lah full house sentiasa. Tak menang tangan mak aku. Nasib ada adik yg membantu. Oh ya lupa nak cakap this aku dapat duit raya lagi dari asben, ayah dan Mr. Bos. Alhamdulillah rezeki. Ok sambung citer raya di lain entry. At least, siap gak satu entry raya.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Assalamualaikum. Salam lebaran buat kengkawan semua. Hari ni macam rajin pulak nak post citer raya. Tapi sebelum tu just nak post gambar ni jer. Tahun lepas aku janji nak up entry raya tapi satu pun nan ado rasanya. Time tu kemalasan melanda. Rupa2nya simptom pembawakan. In Sha Allah tahun ni rajin sikit kot.



Gambar curi dari fb adik ipar aku dgn statusnya berbunyi "setiap tahun bertambah cucu :)"


p/s: Tengah gigih menyiapkan entry Raya 2015 dengan harapan tidak tersimpan lama di dalam draft.