Thursday, April 12, 2012

Sekitar Masjid Nabawi - Raudah Taman Syurga

15 Mac 2012 - Program kami pada hari pertama di Madinah, adalah ziarah dalaman Masjid Nabawi. Tapi kumpulan jemaah dipecahkan kepada lelaki dan perempuan. Ini kerana, Raudah tidak dibuka sepenuh masa utk kaum wanita. Dia ada masa-masanya. Tak salah aku, waktu pagi sehingga sebelum masuk waktu zohor dikhaskan utk jemaah wanita. Ada lagi time-time dia yg lain, tapi aku tak pasti sbb sepanjang kat Madinah kami ke Raudah hanya pada waktu pagi.

Maka selepas sarapan, kami berkumpul di ruang lobi hotel. Memandangkan kami baru pertama kali menjejakkan kaki di sana, maka adalah lebih afdal kami bergerak dengan kumpulan yg diketuai oleh Mutawil. Mana yg dah biasa tu, memang terus pergi sendiri jer.


Masa ke sana memang aku tak bawak kamera pun. Gambar2 ni semua adalah gambar yg diambil oleh husband semasa ziarah jemaah lelaki.


Dataran Masjid Nabawi di waktu siang

Seperti yg dimaklumkan, Raudah adalah salah satu tempat yg mustajab utk berdoa. Seperti yg diriwayatkan, Raudah digambarkan sebagai tempat yg istimewa."Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman-taman syurga dan mimbarku berada di atas telagaku". Begitulah sabda Rasullullah S.A.W seperti dalam hadis Bukhari dan Muslim. 

Kawasannya juga tidak lah begitu besar, dan sgt2 terhad ruangnya tambahan pula jemaah yg ingin bersolat di sana mencecah ribuan org pada satu masa. Disebabkan itu, Marissa aku tidak bawa bersama semasa ziarah tersebut, nasib baik jemaah lelaki waktu pagi tu, tiada apa2 aktiviti ziarah, maka Marissa aku tinggalkan kat hotel bersama ayahnya.

masih di sekitar dataran Masjid Nabawi

antara pintu2 masuk ke dalam Masjid Nabawi

Ziarah kami pada pagi itu diketuai oleh Ustazah Mastura.  Ustazah Mastura ni warga Indonesia, tapi dah lama berkhidmat dengan Utas Travel membawa jemaah2 dari Malaysia. Kecik molek jer orgnya, sekali tengok macam Rossa penyanyi tuh.  Sekali dia speaking Arab terpegun aku dibuatnya.

Untuk ke Raudah, jemaah kena sabar byk2 utk menunggu giliran. Ini kerana terlampau ramainya jemaah dari seluruh pelusuk dunia yg ingin menunaikan solat dan berdoa di Raudah. Memandangkan Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan-santun, kumpulan2 jemaah akan dipecahkan mengikut negara2. Macam kita Malaysia biasanya akan digabungkan dengan jemaah dari Negara Indonesia. Bukan tak boleh nak ikut sekali jemaah dari negara lain, tapi alamatnya ada yg kena pijak, kena tolak segala lah. Serius, org2 Arab ini adalah sgt kasar dan kuat sekali. Sekali dia tolak, boleh terjatuh dibuatnya. Tapi tak semualah macam tu. Tapi bila dah keadaan memasak apa pun leh jadi.

Dalam masid tuh, ada a few pit stop utk kami berhenti dan menunggu. Masjid Nabawi adalah sgt luas dan besar ye kawan2. Boleh juga tersesat di dalam masjid itu. Polis memang sentiasa mengawal pergerakan jemaah di dalam masjid.

Biasanya dorang akan lepaskan kumpulan secara berperingkat utk masuk ke Raudah. Sementara menunggu giliran. boleh lah mendengarkan ceramah/tazkirah yg diberikan oleh polis2 Arab di sana. Jangan risau mereka boleh berbahasa Melayu. Opps bukan bahasa Melayu tapi Bahasa Indonesia. Tapi kita leh paham lah kan. Sambil2 tu jugak boleh lah membaca Al-Quran yg byk disediakan di dalam Masjid.



Makam Rasulullah


 

Alhamdulillah kali pertama ke Raudah, aku dapat menunaikan solat di sana. Org memang terlampau ramai. Terlampau2 ramai. Ada yg tengah sujud pun kena langkah, ada yg kena tolak, memang macam2 keadaannya. Syukur Alhamdulillah aku dapat ruang betul2 kat tepi bahagian tiang, so possibility utk dilangkah dan dipijak adalah kurang.

Kat sini aku nak kongsikan sedikit tips kat korang masa kat Raudah nie:

  1. Buat yg pertama kali ke Raudah, rasanya elok kita ikut jer Mutawil/petugas yg bawak kita. Dia akan terangkan kepada kita, dan bawak kita kita sana. Kalau menonong jer pergi mungkin tak jumpa.
  2. Kalau berpeluang amik lah ruang dekat dengan tiang ataupun sembahyang lah dekat2 dengan polis yg menjaga, so kurang sikit possibility utk ditolak.
  3. Bila dah habis solat, jangan terus bagi salam, kalau boleh sujud lama sikit dan berdoa semasa sujud tu, sbb bila ko abis jer salam, for sure nanti org lain pulak akan tolak ko kat tepi dan dia pulak solat kat situ (tanpa rasa bersalah ok). Memang org berebut2 nak menunaikan solat dekat Raudah ini.
  4. Kalau berkumpulan dengan ahli keluarga, boleh tolong gilir2 halangkan/kepungkan sesape yg tengah solat tu, daripada dilanggar atau ditolak oleh jemaah lain.
  5. Bila dah hari kedua, atau ketiga di Madinah, boleh lah pergi sendirian ke Raudah, kali ni elakkan daripada berjalan secara berkumpulan, sbb polis Arab tu kalau nampak jer kita tgh jalan ramai2, dorang suruh stop, dan ikut giliran dengan jemaah2 mengikut kumpulan2 negara. Kalau ko sorang2 senang nak lepaskan diri tak yah nak berhenti kat setiap pit stop.
  6. Kalau tak nak kena jerit oleh polis Arab "Ibu.. Ibu dari Malaysia sila jangan engkar, sila berkumpul di sini..." korang jgn lah pakai telekung putih yg biasa kita pakai tu, dorang memang cam sgt kalau telekung camni konpom dari Malaysia/Indonesia, so dorang suruh tunggu dulu. Pakailah tudung cam org Arab tuh, serba hitam. Bila tidak berada di dalam kumpulan yg besar, senang utk kita menyusupkan diri ke Raudah TAPI... bersiap sedia lah diri anda akan dirempuh dan ditolak oleh jemaah2 dari timur tengah yg ternyata lebih kuat dan besar dari kita. Memang berbeza sikit lah kalau kita ikut kelompok jemaah dari Malaysia/Indonesia, takdelah rasa kena rempuh sgt.
  7. Jangan lupa kerapkan melakukan solat hajat sebelum berangkat dan ketika beradai di Masjid supaya dipermudahkan dan diberikan peluang utk menunaikan solat di Raudah.
Ini aku kongsikan apa yg aku rasakan jelah yer, org lain mungkin berbeza caranya. InsyaAllah jika ada rezeki kita ditetapkan olehNya dapatlah kita bersolat dan berdoa di Raudah. Semoga Allah menerima doa kita hendaknya. Amin.




kediaman Rasululllah

Di bawah kubah hijau itu lah terletaknya Makam Rasulullah S.A.W

 

Raudah
Raudah



Makam Rasulullah

Makam Rasululllah terletak bersebelahan dengan Raudah yakni di dalam Masjid Nabawi. Oh ya terlupa pulak, semasa menunggu giliran ke Raudah, masa itulah kita menyampaikan salam kita kepada Rasulullah dan sahabat, juga menyampaikan salam2 yg dikirimkan oleh rakan2 dan saudara-mara.

Tapi jemaah perempuan memang tak boleh masuk kat kawasan makam. Cuma melihat dari luar pintu sahaja. Berbeza dengan jemaah lelaki mereka dibenarkan masuk.

Actually, memang kat sini takleh nak amik gambar, tapi sbb ramai je pun yg amik gambar, so polis pun memang tak leh nak kawal dah. Tapi still kena cover2 lah jugak.

Like my husband, dia pun curi2 gak amik gambar, tapi terkantoi dengan satu polis yg bertugas, dan polis tu hampir merampas kamera asben, tapi bila polis tu tanya dari mana & bila asben kata from Malayzie (lebih kurang gini lah bunyinya kalau diarabkan perkatan Malaysia) terus dia tak jadi rampas. Yes... kebanyakan mereka sgt mengkagumi Malaysia, kerana jemaah Malaysia memang berdisiplin dan senang dikawal kot.
polis yg mengawal

Byk benda lagi aku nak kongsikan, kalau boleh nak citer secara detail, tapi sbb aku pun taklah catit segala aktiviti di sana, so aku just taip mengikut apa yg terlintas di dalam kepala ini.

Kat bawah ni ada a few pics sekitar Masjid Nabawi.










cuba perhatikan kat kubah hijau tuh

Nampak tak mcm ada benda kat atas kubah tu? Mengikut apa yg diceritakan, pada zaman dahulu terdapat seorang pencuri yg ingin mencuri emas kat atas kubah tu, tapi takdir Allah, Allah telah menurunkan petir kepadanya, dan mayatnya tidak dapat diturunkan, dan mayatnya melekat dan terkubur kat atas kubah itu. Moga menjadi iktibar kepada yg lain.





balik2 gambar mamat nie .. hehe

ok nak gak menyelit sama


Byk lagi yg ingin dikongsikan bersama... nantilah ada kelapangan kita sambung lagi yer.....





Tuesday, April 10, 2012

Menjejakkan Kaki di Bumi Madinah

Setelah beberapa jam perjalanan, aku rasa dalam lebih kurang 4-5 jam kot, maka sampai lah kami di Madinah. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar, Marissa pun tido sahaja sepanjang perjalanan di pangkuan aku.

bas yg membawa kami

Di Madinah kami menginap di Hotel Elaf Taibah, lebih kurang 30-40 meter ke Masjid Nabawi. Di Madinah memang kebanyakan hotelnya terletak dekat sahaja dengan Masjid Nabawi.

Cuaca di Madinah pulak adalah agak sejuk dan nyaman. Rasa macam berada di tanah tinggi Cameron camtulah.
Kelihatan Masjid Nabawi dari hotel kami

Selepas memunggah barang turun daripada bas, kami berkumpul di lobi hotel dan diberikan sedikit briefing oleh petugas Utas. Kami juga diberikan nombor2 bilik pada masa itu.

berkumpul dulu

 

Marissa masih lena

mendengarkan apa aktiviti yg telah dijadualkan



bilik kami

mula2 sampai memang kemas, tapi bila barang2 dah masuk, cam gini lah jadinya... tapi tetap selesa

 

Masjid Nabawi dari hotel

Selepas briefing kami pulang ke bilik masing2 dan berehat seketika. Tak lama lepas tu kami bersiap sedia tuk menunaikan solat Subuh di sana. Hati berasa sayu dan gembira kerana pertama kali menatap Masjid Nabawi tersergam di depan mata.

berjalan ke masjid


beginilah keadaan setiap pagi ataupun setiap kali waktu solat

Semua org berpusu-pusu menuju ke masjid apabila tiba waktu solat. Alangkah indahnya jika perkara yg sama ini berlaku di masjid2 negara kita bukan?

Masa ni Marissa dah jaga dari tidur. Aku ye ye jelah nak pasangkan dia dengan tali keselamatan tuk budak tu, tapi meraung budak tu takmo pakai. Tapi oklah dia pun tak ke mana pun time kami solat.

Kali pertama solat dekat Masjid Nabawi, hati rasa gementar dan seolah tidak percaya yg diri sebetulnya sudah berada di sana.  Yelah mungkin satu sbb pun perjalanan yg jauh jugak menyebabkan kita rasa seperti di awang-awangan. Kami pun baru sampai dan memang tak sempat berehat pun sebelum tuh.

setelah selesai solat subuh




Dekat Masjid Nabawi, memang peraturan ketat sikit, dekat pintu masuk ada polis2 yg jaga dan memeriksa setiap org yg nak masuk. Kami telah dipesan yg kaum perempuan tidak dibenarkan membawa kamera ataupun telefon berkamera ke dalam masjid. Jika kantoi, sama ada nanti kena rampas atau mungkin tidak dibenarkan masuk tuk solat di dalam.

Berbeza dengan kaum lelaki, dorang dibenarkan tuk membawa kamera ke dalam masjid. Itu pasal lah masa kat Madinah ni bila tengok gambar, balik2 gambar yayah Marissa saje, sbbnya kamera sentiasa dengan dia 24jam.


terang berderang cahaya di Masjid Nabawi
tapi gambar gelap lah pulak - salah setting lah nie


kami semua

ibu dan anak


cucu dan atuk

nanny and cucu
cucu dan atuk dan nanny
suka gambar ni



Selepas Subuh tu memang sakan kami bergambar dekat dataran masjid. Kalau dekat luar masjid takpe, nak amik gambar takde masalah, cuma kat dalam kena cover2 sikit lah.

My SIL dah  cam budak sekolah

perhatikan tiang2 kat belakang tu



anak-beranak

Selepas Subuh, payung-payung besar ini akan dibuka. Ni lah gambar tiang2 yg kat atas sebelum ni, masa ni payung start mengembang.

kembang sikit


sudah kembang begini lah rupanya




view dari tingkat 14 hotel Elaf Taibah

Selepas solat Subuh kami kembali ke Hotel utk bersarapan pagi. Sepanjang kat Madinah dan Mekah, pihak pengurusan memang menyediakan makan minum; sarapan, lunch dan dinner kepada semua jemaah. Alhamdulillah sepanjang kat Madinah, kami rasa apa saja yg dihidangkan adalah sedap2 dan lazat. Walaupun kengkadang nampak macam tak berapa, tapi bila dah makan, MasyaAllah sedapnya....

sedang breakfast

Ok sambung lagi nanti yer......