Wednesday, October 8, 2008

Raya Ketiga

Kan kiterang dah plan yg kiterang nak berkonvoi raya ke rmh sedara-mara belah aku pulak hari ni kan. Memandangkan malam tu aku balik dari Perak pun dah sampai kul 2 pagi. Haruslah aku terbangun lewat sikit kan.

Bangkit2 pukul 9 terus bukak peti ais nak masak2 sikit. Yelah makcik aku kan nak datang pagi2 tu, kan hari tu dia dah pesan bila dia sampai jer sumer org dah bersiap-siap utk beraya. Tapi apakan daya sedang aku bertungkus-lumus memasak makcik aku segerombolan telah pun sampai. Bayangkan aku ngan tak mandinya lagi, dia terus ke dapur cakap kan dah pesan semalam siap awal2. Aku pun explain lah yg kiterang terbabas sbb sampai pun dah awal pagi.

Tapi bagus gak dalam kelam kabut tu aku masak pun cam sekejapan sahaja. Alah masak spagetti jer pun bkn susah benar pun. Sementara derang makan2 aku pun bersiaplah.

Mula2 pergi rumah mak cik aku yg kat Sri Kembangan. Kalau korang nak tau sumer pakcik makcik aku panggil pak cik or mak cik gak, takde lah paklong ke pak ngah ke, pak lang ker... semuanya cik cik sahaja.. senangkan


Konvoi 4 kereta. Mula gi rmh mak cik aku kat Sri Kembangan ke Puchong ntah... lebih kuranglah tu

Adam yg jual mahal bila nak diambil gambarnya


Tapi yg ni aku nak amik gambar org lain, tup2 dia lak nyangkung depan aku suh amik gambar dia.. layankan ajer.. pastu "nak engok.. nak engok" nak tengok gambar dia balik


Mak lang (Ayang) ngan anak sedara tersayang..


Mak aku berbual ngan kakak iparnya. Oh ya makcik aku ni adik kepada arwah ayah aku.. masa kiterang datang ni makcik aku tinggal ngan anak pompuan dia sorang jer, anak2 yg lain sumer balik beraya rmh mertua masing2. Sian derang berdua susah payah siapkan makan2 sumer..

Lepas kaum lelaki habis solat Jumaat kami dijamu makan tengahari. Lepas makan haruslah berehat-rehatan.. yelah mata pun dah berat kan..


Asben aku dah lunjur kaki. Tanda dia nak lelap lah tu.. amboi biasa yer lepas makan nak tido.. pompuan yg pakai baju merah tu pulak cousin aku, mamat baju merah tu pulak pakwe dia

Pehal lak ni main jentik2?


adik ngan akak aku ngan adam. yg belakang baju merah tu sedara nenek aku, tak reti nak gelar apa. Yg purple tu lak mak aku lah..


hah nampak tuh. asben aku dah jumpa port sesuai utk dia curi2 tido lah tuh..

Dua2 cousin aku nie. Yg baju merah ni kembar tau

nilah kembar dia, tapi kembar tak seiras lah. Perangai pun lain2 jer tak sama langsung. See aku ada keturunan kembar tau.. mana tau sok sok aku pun dapat kembar gak.. hehe

Adam wat muka bengis tak nak kasi beskal tu kat kakak dia.. pehal lah korang nie menan kan rmh org kemain lah nak berebut, menan kat rmh sendiri tak pulak ko heran kan..

Dari rumah mak cik aku tu kiterang gerak ke PJ pulak ke rmh pak cik aku. Masa on d way ke rmh pakcik aku tu, kami telah ditahan pak polisi. Sebabnya langgar lampu merah. Camni citernya kan kiterang ni konvoi, so asyiknya ngikut kete di depan jelah kan. Memang mula kiterang perasan lampu ngah merah, memang masing benti. Tetiba kete depan sumer jalan, asben aku pun follow jelah ingat memang dah jalan pun, masing2 tak tgk pun traffic lite tu assume bila kerete dpn dah jalan haruslah dah hijau kan.

Elok jer kiterang jalan, tetiba adalak bunyi siren polis. Tengok cermin belakang rupa2nya kete polis tu betul2 kat belakang kete kiterang. Tapi polis tu tak terus kejarlah, dia tunggu lampu hijau. Yang asben aku ni memang dah standby bawak slow2 jer bajet polis tu nak kejar kan. Sebenarnya takdelah polis tu nak kejar pun, tapi bila dia nampak kete kiterang dan2 tu dia nyala lampu siren dia tu. Asben apa lagi bentilah kat tepi jalan tu. Time tu si Ain tu dah gila cuak dalam kete siap nangis2. Ntah nape si Ain ni memang fobia ngan polis. Aku suh Ain tu diam, takut polis tu ingat kiterang kidnap budak pulak kang..

Tapi kiterang tak kena saman pun. Cuma diambil rekod jer dan diberikan nasihat..hehehe...

Pastu perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya. Tapi time nak sampai rumah pakcik aku tu, hujan turun dgn lebatnya. Bukan setakat lebat sahaja siap ngan ribut sekali. Asal nak beraya ke rmh yg tinggi2 ni mesti hujan turun lebat. Tahun lepas pun sama camtuh.

Sebenarnya plan dari rmh pakcik aku tu nak ke rmh pakcik aku satu lagi yg kat Klang pulak. Tapi dia tak balik lagi dari Johor. So, konvoi pun berpecah di PJ dan masing balik ikut haluan masing2.

Aku ngan family aku tak terus balik, gi beraya ke rmh sedara yg lain. Sesampai jer kat sana aku dapati sikit punya banyak baby.. (dlm hati musim mengawan apa?) rupanya makcik aku ni baru dapat anak (lebih kurang 2 bulan), dan makcik aku ni baru gak dapat cucu. Bermakna mak ngan anak beranak sama2 dalam tahun yg sama. Cam tak caya jer kan...tapi tulah bila kawen awal sumer ni tak mustahil.. yang lawaknya lagi 3 org daripada adik beradik makcik ni sumernya baru lepas beranak eh cam kasar jer bunyinya .. bersalinlah. wah baiik punya plan kan?? tahun menerima org baru.. tahun depan ko sedia jelah duit raya berganda ganda..

Malam tu pulak duk rumah jer, tunggu org datang beraya. Adalah adik mak aku iaitu pakcik aku ngan family datang diikuti pulak dengan abang sedara aku ngan family..

apsal lak aku tak ngambik gambar start balik dari rmh makcik aku tuh.. so takdelah gambar walau sekeping dua...

Tuesday, October 7, 2008

Raya Kedua

Pagi raya kedua baru aku beraya ngan family aku pulak.

Tak dapat raya pertama, raya kedua pun jadilah.. Tetap nak bersalaman jugak. Mohon ampun maaf sumer. Tapi kali ni aku takdelah nak emo2, control perasaan sambil wat2 lawak.


lebih kurang je kan baju kami?



Tak lupa, asben kasi mak duit raya..

Bergambaran ngan family. Tapi akak sulung aku takde, dia beraya kat rumah mertua. Tapi amik gambar time raya kedua dah tak syiok sbb kaum lelaki dah tak pakai baju melayu, so mood raya tu ada kurang sedikit..

Adik aku, mak aku, aku & laki aku..


Gambar raya tak byk diambil sebab kami sumer sebenarnya bergegas nak pergi ke rumah arwah nenek aku kat Gombak. Tahun ni beraya tanpa nenek. Nenek meninggal hujung tahun lepas. Tapi rutin raya mesti diteruskan, kebiasaannya kami akan pergi ke rmh nenek pada hari raya kedua. Walaupun nenek dah takde, makcik aku still ada duk kat situ lagi.



Dalam perjalanan untuk beraya.


Masa kat rumah makcik aku tu, kiterang planning nak konvoi raya rmh sedara mara keesokan harinya, so makcik aku pesan esok jgn lupa bangkit awal dia nak derang sampai jer kiterang sumer dah siap. Dia risau time dia dtg aku pakat membuta lagi. Kemain aku konfiden sebelum subuh aku siap. (citer pasal nie bersambung pada entry Raya ketiga)

Kat Gombak kami beraya dua rumah jer, sbb ayah mertua aku ajak beraya ke Perak. Ajak mak sekali. Seb baik mak pun ok jer nak ikut. Lepas beraya terus balik rumah, tunggu family asben dtg rumah, pastu terus gerak ke Perak. Boleh lak aku tak amik gambar kat rumah makcik aku tuh. aiseh terlupa lah.

Family mertua beraya kat rumah aku kejap jer, aku pun tak sempat nak masak apa2, makan kuih raya jelah. Pastu terus gerak ke Ipoh.


Lebuhraya Utara Selatan. Kelihatan lengang sahaja. Tak sampai 2 jam kami dah sampai ke Ipoh. Masa on d way tu, ada kejadian yg tidak diingini berlaku. Ada bas tu dia boleh lak termasuk kat lane kiterang. Dahlah time tu kete ngah laju kat lane laju, seb baik ayah sempat brek, pastu terus hon panjang2. Bongok jer driver bas, boleh lak ko nak tido kan.. Taim tu memang jantung aku berdegup kencang dah. Alhamdulillah takde pape.


Dah sampai Ipoh. Kat Ipoh ni ayah mertua aku ni nak beraya kat rmh kenalan dia yg dah lama tak jumpa. Since ayah pun tak tau area rmh dia tu, kiterang just tunggu kat tepi jalan jer, tunggu kenalan ayah datang jemput.


Sambil menunggu org tu datang jemput. Sempat lak ayah aku tu duk kat kedai makan. Tu nampak tu yg pakai baju hitam tu.


Mum in law & mum


Dan kami telah dijamu dengan mi bandung special oleh tuan rumah. Entah aku pun tak sure mee apa tu, tgk gaya cam mee bandung jer.


Depan pintu pun sempat gak..

Dari Ipoh kami ke Kuala Kangsar pulak. Tapi kat Kuala Kangsar satu gambar pun tak diambil. Sebab aku betul2 penat. Aku takde mood. Lagi pun cam segan jer nak bergambaran kat rmh org, kalau rumah sedara yg rapat2 oklah kan. Aku hanya fikir nak balik jer time tuh. Aku rasa ngantuk pun ia jugak sebab daripada malam raya rasa cam tak cukup tido ajer. Gerak balik ke KL pukul 12 tengah malam. Naik jer kete aku terus tido. Sedar2 dah sampai rumah kul 2 pagi.

Tu jelah citer raya kedua. Aku malas nak stori panjang. Mana ada gambar aku stori lah yer..

Oh ya lupa lak, masa kat kuala kangsar tu, mata aku dah tak selesa sgt, rasa dah melekat-lekat jer mata ni tak leh nak bukak. Nak tanggal contact lense aku tak bawak dia nye casing ngan solution. Mula2 aku tahan jer, pastu rasa tak selesa sgt aku tanggal jer terus aku campak jer contact lense tu. Padahal baru jer 2 minggu pakai. Dahlah aku tak bawak glasses pulak tu...


Monday, October 6, 2008

Raya Pertama

Cam biasa pagi raya lepas solat sunat hari raya haruslah berkumpul seisi keluarga bermaaf-maafan. Raya pertama beraya di rumah nenek pastu sedara-mara asben, pastu ke Seremban pastu ke Raub pulak... dari pagi sampai malam; non-stop. Malas nak citer panjang2 tgk gambar jelah yer...




Mula2 turn asben aku bersalaman ngan kedua ibu-bapanya. Masa ni ok lagi.. takde drama air mata lagi...
Mohon kemaafan dari mamanya pulak...



Turn adik asben pulak. Dah adik dia nangis masa bersalaman ngan mama dia.. Aku apa lagi.. aku tak leh tgk org nangis2 nie.. puas aku control2 perasaan tapi sayu gak....


Pastu turn adik pompuan asben pulak... oklah.. takde lah drama air mata pun...



Tiba tang aku, terus tak terkata baru kata "Ayah selamat Hari Raya... Deqna... " aku terus takleh berkata apa2 padahal dah siap2 hafal skrip nak cakap apa... tetiba lak nak nangis beria-ia. Memang tak dpt control2.. Yg aku dengar ayah kata "ya.. ya.." Aku rasa sedih sebab aku rasa lain. Setelah 20 thn beraya tanpa ayah.


Pastu salam mama pulak. Memang segala patah perkataan yg aku siap2 hafal terus ntah kemana. Sama cam ayah gak, baru jer cakap selamat hari raya aku terus banjir... tak dapat nak kata apa2... mungkin juga dikala itu aku teringat kat mak aku, sbb nilah kali pertama pagi raya aku berjauhan ngan family aku.... takdelah jauh manapun sebenarnya





Seterusnya dah tentulah acara kemuncak. Bersalaman dgn suami tercinta. Mula2 ok lagi senyum2 gitu....


Time ni tahan lagi sambil mohon ampun maaf atas segala kesilapan yg dilakukan sepanjang menjadi isteri...


Tapi bila mengenangkan semula dosa2 yg telah dilakukan (mesti ada punya kan.. kadang2 tak sengaja kadang2 sengaja) terkenang pulak kebaikan suami, terus berjujuran air mata aku ni keluar.. memang drama air mata btl lah aku pagi raya tuh..




Tengah aku nangis2 camtuh, tetiba asben kuarkan angpau pulak tuk aku. Daripada nangis2 boleh lak aku sengih camtuh sekali bila dapat angpau.. tak sangka dapat. oklah sekurang-kurangnya boleh lah meneutralkan semula feeling aku yg sedih tuh... tapi sengih2 pun korang tgk tu air mata meleleh lagi kat mata tuh.. abis mekap aku taw..


Haruslah bergambar satu family kan.. oh ya, yg baju hijau tu gf adik asben aku. Dia beraya sekali sbb dia tak dapat cuti raya. Petang raya tu dia kena bertugas


Pasangan bahagia hendaknya..


Lebih kurang sama ngan di atas. Boleh tak jadi cover majalah edisi raya tak?


All ladies. Mak mertua aku frust pakai baju lama jer.. sbb plan nak gi beli baju malam raya tapi dah terkehospital pulak. Ada baju baru lain tapi baju baru mama tu vogue sangat.. kalah baju aku


Tahun kedua kami beraya bersama.


Ni berlakon jer.. yg betul2 time aku nangis2 tu


menggediks lagi


Lepas abis gedik2 bergambar lepas makan sumer terus menuju ke rmh nenek. Tak jauh pun. Kat Kajang ajer.


Nenek kesayangan asben.. ke cucu kesayang nenek? sama jelah..


Bermesra-mesra ngan nenek


Cucu2 dan anak menyakat nenek... Ingatan nenek dah semakin lemah. Bila ditanya kenal tak sape nie, nenek jawab nanti jap.. (dia nak recall balik).


Adik ipar, aku dan bakal adik ipar (kalau jadi)






nak jugak aku menyelit, padahal si mira tu nak amik gambar sensorang jer


Dari rmh nenek terus pergi ke Seremban pulak. Rumah makcik asben.


Kat sana duk tengok album lama... asbe aku kecik2 cute jer aku tgk.. nanti aku citer pasal gambar2 lama nie


with the cousins. Derang ni kacukan. Kebetulan derang baru pindah yg kiri kanan rmh derang tu kebanyakan org India. Adalah budak2 melayu nak beraya.. bila nampak kami sumer berbaju kurung, baju melayu bagai terus jerit "eh ni rumah melayu, rumah melayu" happy derang jumpa rumah melayu


Last pic untuk hari pertama raya.. asben yg kesengalan


Tidak.. first raya kami tidak habis di situ. Dari Seremban kami terus ke Raub, Pahang pula. Ke rumah kakak kepada ayah pulak (mak cik asbenlah). Tapi memasing dah keletihan sampai sana pun dah malam, kamera terus disimpan dalam beg. Kami tak bermalam di sana. Lebih kurang kul 12 kami pulang ke KL. Patutnya aku ngan asben terus balik rumah mak aku, tapi dah keletihan kami pulang awal pagi keesokannya pula...


Citer pasal Raya Lah

Tahun ni turn beraya belah asben aku. Walaupun sebenarnya setiap tahun memang raya kat dua2 belah pihak pun.. sbb kiterang ni dekat jer.. tak yah balik jauh2 nun. Ulang alik jer. Cuma kiterang ada turn untuk pagi raya jer.

Sehari sebelum raya (last puasa lah) aku tolong mak aku masak wat rendang sumer lah cam biasa.. Malam tu lepas kerja sumer dah setle aku balik rmh in-law pulak.

Malam raya tu, tetiba adik asben aku yg pompuan tu sesak nafas sampai bengkak2 muka. Terus bergegas ke Klinik. Klinik lak refer kes tu ke GH. So, bermalam rayalah kami di GH itu, keadaan kat GH tu tak macam malam raya, macam2 org sakit yg aku jumpa, insaf sekejap. Seb baik adik ipar aku tak apa2, lepas kena jap dia dah ok.. seb baik tak kena tahan wad, kalau tak beraya kat spital lah kami sumer.

nanti sambung lagi yer... eh tetiba lak abis.

Sunday, October 5, 2008

Tak Sempat

Aduh hai.. tak sempat lah nak jengah blog. Kejap2 boleh lah... nantilah ada masa kita citer pasal raya yer...

yelah masing2 sibuk beraya kan...mananya nak layan tetamu lagi...

Oklah nak beraya lagi nie..