Wednesday, May 7, 2008

Hutang Gambar

Dulu aku janji nak letak gambar masa gi Redang tu kan. Mula2 ingat nak letak jer kat entry Redang tu, tapi entry tu dah lama sgt, dah basi, so aku letak kat new post je lah yerk. Those yg tak baca lagi citer tu, bolehlah scroll2 ke bawah yerk. Kualiti gambar agak kureng, sbb aku snap jer dari album. Cam tak kuasa lak nak scan bagai.




Kat atas feri


Aku dan dia (5 tahun lalu)


Cantiknya pemandangan




Seronoknya snorkel

Besh sangat tau



Aku, Shim & Shah. Tiga2 kena kena sengat tebuan. Khemah2 kat belakang tu lah tempat tinggal kami.


Rasanya campsite ni dah tak wujud lagi kot kat redang tu.. tak salah aku dah kena roboh

*Tamat*

Lari

Aku tak tau lah apa yg telah aku buat, sumer date dalam blog aku ni dah lintang pukang.. Ntah camne date entry2 aku sumer tercepat satu hari.

Nantilah aku cuba diagnose tang mana problem nye... so korang paham2 jelah kalau date post aku haru rabu maknanya sebenarnya aku post kan dia hari selasa.

p/s: entry2 yg terdahulu jer yg terjejas.. entry ni betul hari ni punya

Cermin Mata

Masa aku cuti panjang hari tu, aku telah berjaya menempah sepasang cermin mata untuk kegunaan diri aku. Yelah aku risau gak, sebab masa demam hari tu, mata aku memang problem, so, aku stop wearing contact lense for a while.


Tengah ngambik spec yg telah siap

Kena adjust, sbb cam longgar skt

Dia pun sibok menerai sama

Jeng.. jeng.. jeng.. new look..

Ok ke tak?
Tapi sampai hari ni aku tak pakai lagi spec aku ni gi keje. Rasa cam tak biasa lah tetiba jer pakai spec. Rasa segan pun ada gak. Tapi kalau boleh aku nak kurangkan pemakaian contact lense ni... Abih kalau dah contact lense tak pakai, spec pun tak nak pakai, cam mana lak aku nak melihat? Takpe slow slow yerk.
p/s: Kalau sun glass ok lah!

Tuesday, May 6, 2008

Perihal Kentut

Terdapat sepasang suami isteri yg hidupnya bahagia sekali. Mereka menjalani kehidupan berumahtangga seperti pasangan2 lain juga. Cuma yang pelik sedikit pasangan suami isteri ini mempunyai perjanjian bersama yg agak pelik sedikit. Si isteri telah membuat satu undang2 yg mana mereka tidak boleh membuang angin (atau bahasa kasarnya 'kentut') di hadapan satu sama lain. Mula2 undang2 itu memang diikuti dengan baik sekali, sehinggalah satu hari si isteri telah tidak sengaja terkentut di hadapan pasangannya. Yelahkan time tido, manalah si isteri tu nak sedar. Tetapi si suami tidak berpuas hati, mengatakan yang si isterinya telah melanggar perjanjian yg dibuat. Semenjak itu, si suami terus tidak mengikut perjanjian itu, si suami telah dengan sengajanya melepaskan kentut di hadapan isterinya, tanda membalas dendam.


Si isteri tidak berpuas hati. si isteri telah membuat satu undang2 baru pula. Mereka berdua telah bersetuju dengan undang2 baru tersebut. Undang2 tersebut ialah sesape yg terkentut harus membayar RM0.50 sebagai gantirugi kepada mangsa yang terdengar kentutan tersebut.
Dah tu jerk.


*Sekian*


p/s: Dah ada 7 ringgit.

Thursday, May 1, 2008

Khas untuk semua Pekerja

Happy Labour Day

I'm Back

Alhamdulillah aku dah sihat. Harap hari Isnin ni leh lah start keje. Aku dah rindu kat ofis. Sape kata syiok cuti lama2 ni. Rasa cam menyusahkan kengkawan kat ofis jer sbb kena meng'cover'kan keje2 aku. Apapun mekasih byk2 kat Ryn & Kak Sherry yg cover aku sepanjang aku takde kat ofis. Mekasih kepada kwn2 sumer yg mendoakan kesejahteraan aku. Byk2 terima kasih jugak kepada asben aku yg menjaga aku dengan baik sekali.

That's all for now... ba bai... will write soon... take care

p/s: Sori, dah lama aku tak jengah blog kengkawan sumer... pas ni yer..

Saturday, April 26, 2008

Dari SJMC

Hye all,

Giler lama blog aku tak berupdate, tiap kali aku draft, tiap kali gak lah aku delete balik. Tak de idea lah sekarang ni. Tunggulah bila sumer dah setle nanti aku akan kembali dengan citer2 yg menarik.

Inilah perkembangan aku sekarang ni, kalau korang rindu kat aku lah. Sekarang ni sambil tengah tunggu2 doktor, baik aku update blog kejap, syiok sikit kat sini ada wifi.

Mengisi masa lapang

p/s: Masih MC - Doktor suh aku rest

Tuesday, April 22, 2008

Demam yg Panjang

Aku tgk blog aku jer rasa cam nak muntah ajer. Tapi aku cuba jugak untuk mengupdatenya. Aku masih dalam keadaan lemah. Aku demam since hari Khamis hari tu. Jumaat MC. Ingat Sabtu & Ahad ok lah, tapi still demam gak, nasib hari ni cam ok sikit, tapi badan still weak.

Telah memaksa rela si Ain memicit kepala aku... sedap jer dia buat rasa cam nak tetido ajer.

Thursday, April 17, 2008

Tak Larat

Am not feeling good today. Macam nak demam ajerk. Eloklah gilir2 aku ngan laki aku demam. Lepas sorang, sorang. Takpe, leh manja lebih skt.

Kuantan Trip

Gigih aku nak nyiapkan entry ni tau. Nak upload gambar bapak punya seksa (eh bapak2 ni trade mark mya nie). Sampai makan hari tau nak siapkan entry ni.

Ini citer masa aku & family mertua turun ke Kuantan untuk majlis pertunangan asben aku punya cousin a.k.a anak sedara FIL aku pada 12&13 April lalu.

Mula2 mama & Ayah duk depan. Ayah drive.


Kehadiran ayah adalah amat penting memandangkan ayah akan menjadi tukang cakap masa acara pertunangan itu.

Aku ngan asben, duk belakang bersama adik ipar & gf dia . 4 org kat belakang ok nasib kiterang ni saiz kecik



Shahrin ngan Yatie


Sebelum meneruskan perjalanan, kami berhenti mkn tengahari kat Anjung Rasa kat Medan Selera kat Seri Gombak. Pestaim aku mkn kat situ, sgt teruja tgk lauk pauk yg pelbagai jenis. Memang ramai mkn kat situ, makanan pun blh thn, klu tak sedap masakan sumer nye mkn sampai licin2 belaka. Harus aku bawak mak aku makan kat sini nanti.


Kat sinilah tempatnya

Wuyoo byknye lauk. Sampai tak tau nak amik ape. Aku amik gambar ni kira kat tgh2 kat belakang aku sebaris lauk lagi...sumer lauk dihidang guna dulang besar2 tau

Tgk.. masing2 makan sampai licin, kerabu mangga dia memang syiok



Selesai makan teruskan perjalanan. Ayah drive, yg lain2 sumer tido except aku layan mp3 sorang2. Asben aku pun tido gak.


Meneruskan perjalanan, time ni masing2 mata dah berat dah sebab baru lepas melantak kan

Baru je naik kete boleh nak terlelap



Lebih kurang dah separuh jalan, ayah dah penat, dia nak rest pulak, dia mintak asben aku lak yg drive. Oklah kan asben aku drive tapi yg tak ok nya ayah suh aku duk depan ngan asben aku, means ayah & mama duk belakang. Sian derang berimpit-impit kat belakang yelah mama ngan ayah dahlah saiz L gitu, kalau kiterang ni berempat duk belakang ok gak sebab kiterang saiz S. Aku cakap ngan ayah, takpelah aku duk belakang jer, nak jimat space lah konon kan tapi tetap suh aku duk depan & siap kejut mama suh tukar tmpt. Sian mama bersempit-sempit. Tapi takpe, fun sgt, kiterang memang tak nak gi 2 kete, tak syiok, gi satu kete best sikit. Ramai2 baru kecoh kan.

Setelah bertukar tempat, aku ngan asben duk depan pulak, selesa...
akan tetapi......


Beginilah pulak keadaan di belakang.. abih dah ayah suh aku duk depan gak... Yatie mesti marah aku letak gambar ni... tang mulut tu bukan dia sengaja nak pose camtuh yer


Ada situasi agak panik, yg mana kereta kami hampir kehabisan petrol, nasib sempat sampai ke petrol pump yg berhampiran, tu pun setelah menelipon no. kat tiket tol yg tertera, bertanyakan kat mana petrol pump seterusnya yg terdekat.



Aiyoo.. manalah R&R ni tak nampak batang hidung pun, minyak dah kering dah nie


Akhirnya berjumpa juga dengan Station minyak. Time ni masing2 kuar keter buat regangan badan



Tak lama pun sampai Kuantan, lebih kurang 2 jam kiterang sampai pun ke rumah Pak Tua (Abg kepada ayah). Sampai2 jer kami terus dihidangkan makan tengahari, derang siap tunggu kiterang sampai lagi nak makan sama2 padahal jam masa tu dah pkl 3 petang dah. Yang kiterang ni pulak memang dah siap2 makan dah sebelumnya. Tapi sebab lauk yg dihidangkan tu mampu mencairkan semangat aku, so aku pun langgar pantang hari tu, makan lagi. Oh ye, aku sebenarnya kalau boleh hanya makan nasi sehari sekali jer. Tapi kat sana, aku langgar ajer, mkn sampai berkali-kali. Asben aku pun sama.


Petangnya selepas berehat-rehat kami ke Teluk Cempedak yelah dah alang2 sampai sana kan. Mak Tua tanya kat mama, nak ke mana, mama cakap "Ni hah nak bawak budak2 ni jalan2 gi Teluk Cempedak" Budak2 lagi rupanya kiterang ni yerk... memang terasa cam budak2 jer, walaupun dah kawen..hehe.

Dah lama benar aku tak kesana, rasanya last ke sana masa form 3 ke form 2 dulu


Masa kat Teluk Cempedak aku tak mandi pun, Sharin jer yg mandi. Ayah ngan mama loving sangat, derang duk berdua kat tepi pantai sambil tengok matahari terbenam tapi sebenarnya tak nampak matahari pun kat situ, tau2 dah gelap. Kiterang siap cari2 mama ngan ayah rupanya derang berdua tak berganjak-ganjak kat tepi pantai tu.. Takpelah kita kasi can kat derang berdua.

Bersama family

Sajer kerut2 muka tuh.. penat jer aku senyum2 sorang2


Hot couple.. bluweks


Ni lagi hot. "Awak punya perut dah macam patung Budha". Kata mama kepada ayah. Bukan aku cakap yer, derhaka kalau aku cakap camtuh kat ayah.

Asben with mama with love


Bercanda di pasiran pantai...lalalala



Aku sibuk bergambar & membeli buah tangan utk mak ngan anak buah aku; Adam & Ain. Masa tengah kat gerai2 tu, adalah 3 org mamat lahahat ni, sibuk kacau aku. Gelaran lahanat ni asben aku yg kasi tau, dia memang anti dengan mamat kaum 'C***' ada kisah lama, tapi tak perlu diceritakan di sini. Mamat 3 org ni sibuk kacau aku, aku dah cuba elakkan, sbb kalau asben aku nampak naya mamat 3 org tu. Tapi asben aku nampak gak, dia sound mamat2 tu "Lu kenal dia ke?" sambil tunjuk aku. "Ada apa hal?". Hah kan aku dah cakap, asben aku ni very protective gituh..hah menjawab mamat 3 org tu. Nasib derang ok jer bantai borak ngan asben aku. Aku tak amik port. Dan2 asben aku cakap ini wife I, asben tak kasi can derang tanya pasal aku. Apa derang ingat kiterang ni adik badik ape? Since, derang tak dapat kaco2 aku, derang kaco awek2 yg berniaga kat gerai2 tu.. tapi aku tengok mamat lahanat ni 1 kind lah, derang mcm ada agenda tersendiri ajer, aku harap awek2 kat kedai tu tak termakan lah dgn kata mamat lahanat tu...


Pergi mana2 souvenir utk anak buah mesti tidak dilupakan



Dalam kul 9 camtuh baru kiterang beransur balik ke rumah pak tua, rmh anak dia sebenarnya; Kak Liza. Eh, belum balik lagi kiterang singgah kat tepi sungai yg ada tulisan KUANTAN yg besar tu siap ada spot light gerak2 lagi, aku pun tak sure apa nama tempat tu. Tapi ramai org memancing kat situ. Ingat nak naik bot tapi dah malam bot jalan siang ajer. Masa kat situ masa tengah jalan2 kiterang tgh naik tangga lah, tetiba ternampak ayah pegang tangan mama... wah wah hari tu memang hari mereka betul lah, jarang tau nak tengok mereka cam tuh. Adik asben siap cakap "Long ko nampak tak apa aku nampak", tapi asben tak sempat tengok sbb lps tu ayah lepaskan balik.

Penat yer? dah jomlah kita balik..


Dah penat jalan2 kiterang pun balik. Cuaca malam tu memang panas sgt kat situ, menyebabkan kami sekeluarga mengambil keputusan untuk tido di beranda tingkat atas ajer. Maka kami pun tidorlah diterangi cahaya bintang dan bulan. Nyamuk giler byk. Dlm kena gigit nyamuk tu jugak, lena gak aku tido. Bangun pagi tolong2 apa yg patut. Iron baju. Beramas mesra ngan sedara-mara belah asben. Derang ni sumer memang lah ramah tersangat-sangat. Kalo cakap memang non stop punya. Mcm2 topik ada, tak kering gusi melayan. Satu persamaan mak tua ngan adik badik dia, derang sumer ada taik lalat kat muka (at least ada 2) yg penting sumer ada taik lalat kat mulut. Kedudukan lebih kurang ajer. Memang unik sekali.


Org lain tengah sibuk aku pun wat2 sibuk iron baju.

Time ni memang kelakar, ia2 lah ayah (baju merah) ngan pak tua menunggu lama kat dpn toilet. Ingatkan ada org kat dlm tu sbb pintut tutup rapat. Sampai je mama, tanpa rasa bersalah tolak pintu, takde org, dgn selambanya terus je mama masuk potong que. Ladies first.

Puaslah aku mencari serata rumah, rupanya kat atas ni asben aku membuta.. org tgh sibuk2 dia tido pulak.. Kat atas nilah kiterang tido secara berjemaah pada malam hari tu

Bangun tido, baca surat khabar pulak.. dah mcm dalam toilet gayanya.. isy isy laki sape lah tu?


Lepas Zohor maka berangkatlah kami ke rumah bakal tunang si Adha (cousin asben akulah). Ayah spt biasa akan jadi tukang cakap majlis. DJ lah katakan, haruslah pandai berceloteh kan. Siap pantun2 bagai.. Memang sumer adik badik ayah kalau anak memasing nak tunang, kawen sumer panggil ayah jadi tukang cakap.

Lepas majlis abis, perut pun dah kenyang again kami disajikan makanan2 yg sedap lagi lazat kami pun berangkat pulang. On d way nak balik tayar kete bocor pulak, terpaksa singgah pusat tayar kejap gi tampal. Pastu singgah rmh pak tua jap nak say hye hye bye bye... pastu terus balik.. cam biasa ayah bawak separuh jln, asben bawak separuh.


p/s 1: Kesimpulanya, aku nak citer pasal majlis pertunangan si Adha tu kan, tapi gambar majlis nye langsung takde aku tepek yer, nanti lah aku dah penat lah.

p/s 2: Aduh.. ini entry paling seksa sekali... berhari2 pun tak siap ok.. phew!